Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala
kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang
disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah
disyariatkan oleh Allah s.w.t.
sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:
"Setiap anak yang lahir itu
terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu
Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Alhamdulillah last months berkesempatan juga buat simple majlis Aqiqah untuk our little baby Saiful Ihsan Rizqy. We decided buat dekat kampung Mr H di Johor. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...
 |
| Azam really excited bab balik kampung |
 |
| Baby Ihsan Rizqy yang comel |
 |
| Sempat tangkap gambar lori besar yang membawa lembu |
Perjalanan ke kampung berjalan lancar tanpa traffic jam. Kereta memang banyak so we drive slow and steady je la. Sampai dikampung Azam la yang paling seronok sebab macam2 aktiviti yang dilakukannya. Especially bila dapat main bersama dengan sepupu2nya. Almaklum la kalo di rumah asyik cakap dengan ibu dan ayah aje... Dapat balik kampung sekali sekala... mcm ni la aktivitinya...
 |
| Bermain masak2 ala master chef la tu |
 |
| Hmmm my prince with 3 princess |
 |
| Main basikal dengan sepupunya (all boys la pulak) |
Tambah seronok lagi bila dia ikut Mr.H ke tempat memilih dan menyembelih kambing sempena aqiqah adiknya Baby Ihsan Rizqy. Nak tgk sangat2 tapi bila dah sampai takut pulak...
 |
Berkerut2 muka tahan bau wangian dari kandang lembu
(ayah pujuk dia tangkap gambar kat dalam tu) |
 |
surrender taknak masuk kandang kambing
(tgk dr luar kandang je) |
 |
| Kambing yang telah dipilih di bawa ke tempat sembelihan |
 |
| Menyorok belakang Tok Man (tok saudara azam) masa proses sembelihan |
Dah settle semua proses, hantar pulak daging2 tu ke rumah Tok Nan (tok saudara azam juga) untuk masak dengan nasi briani... Pastu ucu (paksu azam) bawak round kampung naik motor pulak...
 |
| vroom vroom... best nye dia dapat naik motor |
Sebelah petangnya buat simple makan2 untuk saudara mara terdekat sebelah (mak dan ayah mertua) dan malamnya pula barula berlansungnya majlis doa selamat + yasinan (bacaan yasin) dari ahli jemaah surau dan orang2 kampung. Alhamdulillah ramai yang hadir...
 |
| Azam excited potong kek from Atok n Opah yang datang dari Ipoh |
 |
| Malam Majlis Aqiqah, Doa Selamat dan Yasinan |
Terima kasih pada my parents in-law yang banyak membantu menyempurnakan majlis kami dan terima kasih juga pada my beloved parents (abah n mama) serta semua yang sudi hadir...
P/S : Tq to Mr H as a freelance photographer... ^__^
Thank you for reading this entry...
No comments:
Post a Comment