Sebuah lagi kisah yang amat menyentuh hati dan perasaan aku. Titisan air mata jatuh membaca setiap pengalamannya. Semoga Allah merahmati kehidupan Ummi Najla sekeluarga dan Al-Fatihah buat Najla Batrisya... Jom sama-sama kita hayatinya...
sumber dari najlabatrisya
Saya telah selamat melahirkan anak sulung yg dinanti selama
setahun pada 3/8/2011,pd pukul 1.02pagi secara normal.Najla Batrisya nama
diberi..Namun Najla dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pd 30 minggu kehamilan
kerana preterm premature rupture of membranes atau pecah air ketuban pramatang
dgn berat cuma 1.5kg..
Selama 5 hari Najla diletakkan dalam incubator dan disuntik
antibiotik..Selama itu juga saya bekalkan Najla dgn EBM..Saya berulang-alik
setiap hari ke hospital utk melihat Najla..Alhamdulillah pd hari ke-6,Najla
sudah bole tinggal di luar incubator dan tidak disuntik antibiotik
lagi..Namun,Najla masih perlu tinggal di wad A3 (di HSA) kerana berat yg tidak
mncukupi..
Pada hari ke-7,saya dihubungi pihak hospital memaklumkan
anak saya telah diturunkan ke wad A2 dan saya dipinta utk tggal bersama Najla
utk belajar direct bf..Selalunya bayi2 yg tidak cukup bulan tidak kuat dan tidak
mahir utk suck sewaktu bf..Jadi kehadiran saya di situ amat perlu untuk najla
berlatih sebelum keluar hospital..Sejak itu,saya tinggal bersama Najla dan saya
sgt gembira dpt bersama Najla setiap hari..Saya gembira dapat peluk dan cium
dia tiap saat..Saya gembira melihat Najla yg begitu aktif..Saya gembira melihat
kenaikan berat Najla setiap hari..Saya sangat gembira dan bahagia bersama Najla
walaupun saya menguruskannya seorang diri dalam keadaan diri sendiri yg tidak
berapa terjaga..Saya bahagia ketika itu aishah..Suami saya juga terlalu teruja
dgn kehadiran najla yg dinanti2 selama ini..Tidak putus2 ucapan terima kasih yg
keluar dari bibirnya kerana telah melahirkan zuriatnya..Segala persiapan dari
kamar tidur,peralatan mandi,alat permainan,pakaian2 yg comel disediakan oleh
suami sewaktu saya dan najla di hospital..Membayangkan segala persiapan
itu,saya tidak berputus asa untuk membangunkan najla setiap 3 jam untuk
memastikan berat najla sentiasa bertambah agar najla lekas keluar..Ahli
keluarga dan rakan2 juga tidak sabar untuk berjumpa si kecil najla..Saya begitu
teruja utk menyambut aidilfitri bersama najla dan suami..Najla begitu
menghiburkan hati kami..Walaupun saya tidak cukup tidur menjaga najla di
hospital,tapi perasaan saya cukup bahagia..Sangat bahagia sehingga masa yg
berlalu tidak saya sedari..
Namun semua tu tiba2 berubah jd satu peristiwa yg sy tak
boleh lupakan spi bila2.. Pada hari ke-18,muka Najla beberapa kali bertukar
biru utk seketika..Susu yg diminum muntah beberapa kali..Saya rujuk pd MO yg
ada dan doktor kata kmungkinan Najla tersedak susu..Namun semua tu jd lebih dr
apa yg disangka.(Aishah,saya x mampu nk tulis balik apa yg berlaku pada hari
tersebut..saya belum cukup kuat utk ingat balik..saya masih bersedih lagi
dengan setiap kenangan yg saya lalui bersama Najla..saya masih lagi trauma).
Najla dimasukkan ke wad NICU A4 selama 6 hari kerana
jangkitan kuman yg menyerang paru2 dan mengganggu sistem pernafasan Najla..pada
hari ke-6,kesihatan Najla bertambah baik..mamun semua itu tidak lama..lebih
kurang pukul 6.30petang,23/8/2011,najla lihat saya dan menangis sekuat
hati..saya rasa tak sedap hati..saya nampak di kerongkong najla penuh
susu..najla muntah lagi!Saya jerit panggil staff nurse,kemudian mereka lakukan
rutin biasa utk menyedut keluar susu yang tersekat..Hati saya berdebar..Kuat
dalam hati saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena..Selepas susu disedut
keluar,saya tak tinggalkan najla..Saya tak sedap hati..Betul telahan
saya..5minit selepas itu bacaan oksigen najla drop dari 96% ke 17%!Saya panik
dan saya jerit sekali lagi panggil staff nurse..Keadaan jadi kelam kabut..Najla
segera dibantu dengan ventilator..Mesin yang begitu canggih itu tidak dapat
membantu pernafasan najla ketika itu..Saya faham melalui pemerhatian saya dari
ruang cermin apabila beberapa staff nurse di situ memeriksa pernafasan najla
menggunakan steteskop..Paru2 najla tidak expand!
2 orang HO datang,tapi mereka tiada kepakaran dgn keadaan
najla..Seorang staff nurse bergegas menghubungi MO dan memaklumkan keadaan
najla..Saya berdoa agar MO segera dtg..Saya tak nak kehilangan najla ketika
itu..Lebih kurang pukul 7.45malam,MO datang diikuti doktor pakar..Saya dapat
lihat doktor melakukan CPR dan bantuan utk jantung najla berdegup sebab saya
dapat dgr dan lihat bacaan jantung najla di mesin, drop hingga bawah 20 dengan
bunyi amaran yg begitu kuat..Ya Allah!Suami terus solat hajat..Saya hampir
jatuh terkulai tapi saya tetap terus berdoa..Saya hubungi semua ahli keluarga
dan rakan2..Saya juga turut segera publish di fb minta rakan2 fb
doakan..Alhamdulillah mereka terus berdoa,ada yg berjemaah buat solat
hajat,bacakan yassin,rakan2 di fb juga ada yg publish di wall masing2 minta
mendoakan anak saya..Begitu ramai yg mendoakan kesejahteraan anak saya ketika
Najla sedang kritikal.
Bantuan yg diberikan oleh doktor berlarutan sehingga 3 jam
lamanya..hancur luluh hati saya bila melihat najla dicucuk-cucuk hingga lebam
setiap penjuru tubuh kecil itu..Tilam najla penuh dgn darah kesan tusukan jarum
untuk memasukkan pelbagai ubat dgn dos maksimum. Hinggakan suatu ketika yg amat
kritikal,salur darah najla sukar untuk ditemui,doktor terpaksa mencari salur
darah di kepala najla..Najla terus bertarung nyawa..Saya dan suami bertarung
air mata dan tidak putus2 berdoa kepada-Nya..pukul 10.30 mlm,keadaan Najla
kembali stabil dan najla begitu aktif..Aktif seperti hari2 sebelum dimasukkan
ke ICU..Mata najla terbuka luas dan najla tersenyum bila saya berdiri di
sisi..Najla terus melihat2 sekeliling dan memandang ke arah family saya yg hadir..Pertama
kali najla memandang dgn wajah yg begitu menggembirakan dan melegakan hati
semua org..Begitu comel dan wajah terakhir itu tidak mungkin akan dilupakan
sampai bila2..
Saya terus merujuk kepada doktor pakar ttg keadaan najla.
Menurut doktor,keadaan najla sangat2 tidak stabil kerana daripada sample darah
yg diambil didapati terdapat kandungan garam yg sgt tinggi apabila antibiotic
dimasukkan untuk melawan serangan kuman menyebabkan jantung najla terhenti dan
najla berhenti bernafas..Keadaan najla sgt2 tidak diduga sebegitu rupa kerana
najla dijangka akan sembuh dan keadaannya jauh lebih baik sebelum ini
berbanding bayi2 lain yang sedang kritikal..Namun melihat keadaannya yg aktif
kembali,doktor tetap suruh saya berdoa kerana bila2 masa shj apabila ubat2 yg
dimasukkan telah habis digunakan,najla akan kembali tidak stabil..Sempat saya
bisikkan pada najla sambil merenung matanya dalam2,"Najla,terima kasih
sebab masih bersama ibu..Najla kena kuat ye sayang..Ibu akan kuat supaya Najla
kuat..Nanti Najla dah sihat,Najla dah boleh minum susu ibu..".Najla tak
berkelip dan tak henti memandang wajah saya..Sewaktu itu,ingin sahaja saya
mengangkat dan memeluk najla..Namun dengan wayar dan tiub yang berselirat tidak
memungkinkan saya utk melakukan semua itu..Air mata saya tahan sedalam2nya
walaupun jauh di sudut hati,hati saya remuk melihat keadaan najla sebegitu
rupa...
Saya mengambil keputusan utk tetap di situ bersama
suami..Suami tidak berhenti berdoa dan solat hajat di luar wad bersebelahan dgn
tingkap yg menempatkan najla..Kami suami isteri saling berpelukan,cuba
menguatkan hati masing2..Saya tidak henti2 memohon maaf daripada suami atas
dosa2 saya selama ini..Waktu itu,saya dapat rasakan cinta kami suami isteri
begitu utuh..
Lebih kurang pukul 3 pagi..saya yg sedang berbaring atas
riba suami di luar tingkap wad terdengar bunyi mesin oksigen najla..bunyi itu
begitu kuat dan saya faham dgn maksud bunyi itu!Najla berhenti bernafas!Saya
berlari masuk ke dalam wad,suami terus sujud memohon kepada Allah..Sekali lagi
Najla cuba dibantu oleh beberapa staff nurse dan doktor..Pelbagai bantuan
dibuat tapi akhirnya..Najla tidak memberi sebarang respons..Bacaan jantung dan
oksigen najla tidak dapat dikesan..Doktor suruh saya memanggil suami,dan
menyatakan keadaan najla sudah tiada harapan..Saya genggam tangan suami
erat2..Air mata ditahan..Kami diizinkan utk memegang najla..Kornea mata najla
menebal,najla kaku,dan matanya terbuka dan tidak boleh ditutup..
Saya dan suami masing2 memegang tangan najla kanan dan
kiri..Kami bisikkan kalimah2 Allah dan shahadah..Tiba2 najla memegang erat tgn
kami..Begitu erat seperti genggaman tgn org dewasa..Dan tiba2 juga bacaan
oksigen najla meningkat kepada 100% dan bacaan jantung najla meningkat kepada
166..Saya tergamam..Doktor juga bingung..Saya dan suami diminta ketepi dan
pemeriksaan dilakukan.."Dia masih ada lagi..",kata doktor..Namun saya
tahu,najla masih ada kerana ingin menguatkan hati kami supaya redha dengan
pemergiannya nnt..Saya tahu najla tidak mahu kami ralat dan ingin bersama kami
utk suatu ketika yg lebih lama..Gerak hati saya begitu kuat sbg seorang
ibu..Saya bisikkan pada suami,"kita jgn siksa dia lagi ye..".Suami yg
begitu inginkan najla tertunduk,bibir diketap kuat,air mata yg ditahan2
tertumpah dan akhirnya akur bila saya berkata sedemikian..Saya tahu suami takut
utk terima hakikat itu..Entah dari mana kekuatan dtg utk saya redha dgn apa shj
ketentuan-Nya tika itu kerana saya yakin Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk
kami bertiga..Sedari awal kami tidak berputus asa berdoa walaupun kdgkala saya
sendiri hampir mengalah..Dan najla begitu jua..Tidak berputus asa bertarung
nyawa utk memenuhi permintaan kami suami isteri utk hidup bersamanya..Najla begitu
kuat.."Sekuat ibunya..",kata kakak saya.Saya tidak tahu dimana org
lain melihat kekuatan saya selama ini apatah lg pada waktu segenting itu...
Pukul 5pagi saya mengambil keputusan utk memaklumkan pada
semua ahli keluarga bahawa najla sdg nazak tapi dihalang oleh suami
saya..Renungan yg sepenuhnya berharap agar keajaiban berlaku dari mata
suami..Saya bisikkan padanya,"Kita berdoa dan berharap keajaiban-Nya
ye..".Suami saya angguk..Kami terus berdoa namun hati saya tidak sedap dan
terbayang betapa ralatnya ahli keluarga saya jika tidak dapat menghadap najla
di saat2 itu..Pukul 5.30 pagi saya pujuk suami..Saya bgthunya,perlu utk
maklumkan pd semua..Suami akur..Saya terus menghubungi ahli keluarga dan
rakan2..Tidak sampai sejam,wad A4 tiba2 dikerumuni oleh rakan2 karib dan ahli
keluarga yg ramai..Saya minta izin doktor utk ahli keluarga saya masuk secara
bergilir ke ICU itu..Doktor mengangguk dan memenuhi impian saya walaupun
peraturan seharusnya tidak membenarkan..Syukur mereka seolah memahami..Semua
ahli keluarga yg hadir akhirnya buat pertama kali dan terakhir dapat memegang
najla sejak 22hari yang lalu..Saya dapat lihat wajah2 yg begitu berduka dgn
keadaan najla pd saat itu..Air mata saya seperti tidak mahu keluar lagi..Saya
redha dan berserah pada-Nya..
Bacaan yassin dan kalimah2 Allah terus berkumandang di wad
A4 pada subuh yg hening itu..Suasana jadi begitu sayu..Bayi-bayi lain seolah2
turut mengerti bahawa Najla akan pergi selamanya..Suasana jadi sunyi sepi..Yg
kedengaran hanya esakan air mata kami,dan bunyi2 mesin diselang-seli dgn bacaan
kalimah2 suci Allah..
Pukul 8pagi,doktor pakar hadir,pemeriksaan dilakukan dan
memaklumkan kpd kami,najla sudah tiada harapan lagi..Doktor pakar menunaikan
impian terakhir kami untuk memeluk dan memangku najla..Segala wayar dan tiub yg
berselirat pada tubuh kecil najla dicabut..Akhirnya saya dan suami dpt memangku
najla utk terakhir kalinya..Jari-jemari Najla masih kuat memegang jari
saya..Doktor dan sister memeluk saya dari belakang..Berharap agar saya tabah
menghadapi saat2 kehilangan itu..Saya peluk dan cium najla berkali2..adik
beradik bergilir masuk mencium najla yg masih lagi bernyawa..saya jelas dpt
melihat ahli keluarga yg lain sdg melihat saat2 hiba itu dari luar tingkap
sambil meraup muka mengesat air mata dan berserah kepada-Nya..semua spt x sggup
melihat saat2 terakhir si kecil itu bertarung nyawa..
Tepat pukul 8.20pagi,mata najla yg sejak tadi terbuka
tertutup sendiri..Genggaman yg begitu kuat dilepaskan..Najla tersenyum..Saya
terus memanggil doktor..Selepas diperiksa,doktor memandang saya dan
menggelengkan kepala..Innalilahiwainnailaihirojiun..
Ya,Najla sudah tiada lagi..Saya serahkan Najla kepada mereka
utk prosedur pembersihan.Saya dan suami berpelukan..Anak yg kami sayangi telah
dijemput Illahi...
Prosedur memandikan dan mengkhafankan saya pinta pihak
hospital uruskan..Saya sentiasa ada utk setiap prosedur itu..Tubuh kecil itu
seperti bayi-bayi cukup bulan yg lain..Cukup besar..Wajahnya yg mulus dan
tersenyum selepas nafas terakhir cukup menggamit hati semua yg melihat..Rakan2
turut hadir dan memeluk saya seeratnya..Puluhan mesej diterima sejurus beberapa
minit najla meninggal..Begitu pantas berita pemergian najla diketahui
semua..Saya tidak tahu untuk berkata apa..Tergamam..Namun masih boleh tersenyum
pada semua yg hadir..Jenazah najla dikebumikan di Muar,kampung halaman suami
saya..Perjalanan kami dipercepatkan dari Johor Bahru ke Muar utk urusan
pengkebumian..Saya dan suami bergilir memegang jenazah najla..Suasana dlm
kereta begitu sepi dan memilukan..
Setibanya di Muar,saya masih memeluk erat tubuh kaku
najla..Semua seakan mengerti dan membiarkan saya beberapa ketika..Akhirnya saya
dipujuk jua utk melepaskan najla agar tidak menyiksanya sedemikian rupa..
Aishah...Saya mengambil masa yg agak lama untuk menulis
kisah ini..Berhari2 saya cuba untuk menghabiskan cerita najla ini..Selalunya
terhenti bila saya tidak kuat utk mengingatnya kembali..Dan saya akn segera
sambung bila teringatkan aishah..Saya bercerita ttg blog aishah pd
suami,keluarga,dan rakan2 saya.Betapa saya ingin jd setabah aishah..Saya terasa
ingin memeluk aishah dan menangis di bahu aishah kerana saya yakin aishah sgt
mengerti apa yg saya rasa kini..
7tahun yg lalu saya kehilangan kedua ibu bapa saya..Beza
tempoh kematian mereka hanyalah 49 hari bermula dgn pemergian abah tercinta dan
diikuti mak tersayang..Saya baru menginjak 18 tahun tika itu..Personaliti saya
berubah sejak itu.Saya jadi seorang yg sukar diduga..Hinggalah saya bertemu
cinta hati saya iaitu suami saya dan kekuatan cinta kami menghadirkan
najla,permata yg akan dikenang dan dirindui sampai bila2..Saya begitu trauma
aishah..Hanya suami tempat saya mengadu air mata setiap hari..Kadangkala saya
jadi hilang kewarasan bila terlalu rindukan najla..Dan suami akan memeluk saya
sambil menangis dan berkata,"ayah xnak kehilangan ibu pulak..tolong
ibu...". Saya sedar saya masih lagi ada suami yg begitu menyayangi saya
sejak mula..Dan saya yakin,suami aishah pasti menutur perkara yg hampir sama
sewaktu aishah sedih kehilangan nashrah dulu.."Ibu,ayah nak hidup bersama
ibu..Ibu kena hidup utk ayah ye..",kata2 itu keluar dari mulut suami bila
saya tiba2 perlu dihantar ke labour room setelah bukaan serviks 4cm dan saya
sendiri terkejut dimaklumkan akan bersalin bila2 masa..Dan kata2 itu sedikit
sebanyak menguatkan saya bila saya terlalu sedih utk hadapi kehilangan najla..
************************************************************
P/S : Sharing is caring
Thank you for reading this entry...
No comments:
Post a Comment