Kongsi cerita ni aku selitkan bagi blogger2 atau pencari maklumat di internet yang sentiasa ingin mencari maklumat di online dan berkongsi rasa suka duka bersama blogger2 lain. Baru2 ini aku diperkenalkan oleh seorang rakan di FB kepada seorang temannya yang sedang dalam kedukaan apabila kehilangan bayi dalam kandungan yang baru berusia 8 minggu. Aku di minta berkongsi pengalaman dan memberi semangat padanya. Telah ku kongsikan tips2 dan juga pengalaman aku sendiri. Dan rasanya aku juga ingin kongsikan beberapa kisah sahabat2 blogger yang lain agar menjadi inspirasi dan pedoman buat diri aku dan pembaca...
sumber dari myaishah
Bila 30 Disember Menjelma.
30 Disember 2009 due date Nashrah, kalau rezeki itu masih ada.
sempena tarikh istimewa ini, aku bermurah hati untuk
berkongsi pengalaman 'manis' sepanjang proses mengeluarkan puteri tercinta itu.
bukan niat untuk mengungkit atau mengguris hati sendiri. tapi aku ingin
mencoretkan suatu kenangan.
kenangan aku dan dia. :)
Kronologi Itu :
20 September 2009 (Ahad)
mula merasakan tiada gerakan atau tendangan dari dalam perut
sewaktu di Singapura. menyangkakan ianya perkara normal, aku berlagak biasa.
21 September 2009 (Isnin)
masih di Singapura. hati mula tidak tenang memikirkan
keadaan 'si dia' di dalam yang kaku. pulang ke Johor Bahru pada sebelah
malamnya.
22 September 2009 (Selasa)
sangat-sangat risau. separuh daripada hati ingin segera ke
klinik untuk memastikan keadaan sebenar. namun, separuh dari hati berasa sangat
berat dan takut. takut untuk mendengar sesuatu yang tidak diingini.
23 September 2009 (Rabu)
setelah meminta pendapat dari seorang sahabat yang juga
seorang doktor, aku kuatkan semangat untuk pergi ke Klinik. ditemani oleh suami
tercinta, aku gagahkan diri.
kami ke Klinik Murni di Bandar Baru Uda untuk proses
imbasan. doktor mengesahkan keadaan 'si dia' yang sudah 'tiada'. perkara ini
boleh dilihat apabila bahagian kepala 'si kecil' tidak lagi bulat seperti
biasa. doktor berkenaan minta kami merujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk
proses seterusnya. waktu ini, hanya airmata peneman setia.
disambungkan kekuatan untuk terus ke Bilik Saringan,
Hospital Sultanah Aminah. jururawat yang bertugas cuba mendengar degup jantung
bayi menggunakan alat khas. namun tiada respon didapati. untuk kepastian
lanjut, proses imbasan dijalankan sekali lagi. ye, terbukti 'si kecil' itu
sudah tiada.
doktor tadi mengarahkan supaya aku dimasukkan ke wad. diberi
pilihan untuk daftar masuk pada hari berkenaan, atau pulang ke rumah terlebih
dahulu. aku memilih untuk pulang ke rumah. hati dan jiwa terlalu rungsing.
sungguh runsing.
setibanya di rumah, tiada apa yang mampu aku lakukan.
kekuatan demi kekuatan dibekalkan, sebelum aku dihantar semula ke Hospital
Sultanah Aminah untuk daftar masuk. waktu ini, hati aku begitu takut. segalanya
mengganggu fikiran.
ditempatkan di wad kelas kedua. tiada apa yang diusahakan.
sabar menunggu esok untuk proses seterusnya.
24 September 2009 (Khamis)
dimasukkan Prostin yang pertama pada pukul 5.45 pagi. mild
contraction hanya dirasai pada sebelah petang. doktor bertugas datang untuk
memastikan bukaan jalan. hanya 1 cm waktu ini.
*Prostin ialah sejenis pil yang dimasukkan ke dalam vagina
untuk membuka jalan bagi mengeluarkan bayi. istilah yang selalu digunakan ialah
induce*
25 September 2009 (Jumaat)
Prostin kedua dimasukkan pada pukul 4.30 pagi. contraction
agak tegang pada waktu tengahari. doktor bertugas datang untuk memastikan
bukaan jalan. sedikit kesilapan berlaku apabila doktor pelatih yang bertugas
memberitahu bahawa bukaan jalan sudah 4 cm. aku ditolak segera ke Bilik
Bersalin.
sesampai sahaja di Bilik Bersalin, bukaan jalan dipastikan
sekali lagi oleh doktor pakar. hampanya hati apabila aku diberitahu, bukaan
jalan cuma 1 cm, dan aku harus ditolak masuk semula ke wad. :(
seisi keluarga memindahkan aku ke wad kelas pertama. ini
bagi mengawal emosi aku yang terganggu dek kerana bercampur dengan pesakit kiri
kanan yang baru melahirkan.
26 September 2009 (Sabtu)
Prostin ketiga dimasukkan. masih mild contraction.
sengal-sengal biasa di bahagian pinggang dan punggung. dan peha terasa sedikit
bisa.
27 September 2009 (Ahad)
proses memasukkan Prostin dihentikan. aku diminta berehat.
28 September 2009 (Isnin) - 4 Oktober 2009 (Ahad)
dibenarkan pulang selama seminggu. ini bagi memastikan
kandungan berusia 6 bulan itu turun sedikit ke bawah dan sedikit kecut. ini
bagi memudahkan proses pengeluaran nanti.
5 Oktober 2009 (Isnin)
daftar masuk semula ke wad. tiada ubat dimasukkan pada hari
pertama.
6 Oktober 2009 (Selasa)
Prostin keempat dimasukkan pada pukul 10.45 pagi. tiada
contraction langsung.
7 Oktober 2009 (Rabu)
Prostin kelima dimasukkan pada pukul 11.53 pagi. contraction
panjang mula dirasai sehingga pukul 4 pagi, 8 Oktober 2009.
8 Oktober 2009 (Khamis)
lendir bercampur darah mulai keluar. tetapi, bukaan jalan
masih 1 cm. doktor membuat keputusan untuk memasukkan D8 (sejenis ubat kayu)
sebanyak 2 unit.
sebaik sahaja dimasukkan ubat ini, seluruh abdomen di
bahagian bawah mula terasa sakit. bisa. tidak boleh disentuh. aku langsung
tidak boleh berjalan. sakitnya?? Tuhan sahaja yang tahu.
*lendir dan darah semakin banyak*
9 Oktober 2009 (Jumaat)
doktor pakar memastikan bukaan jalan pada pukul 9.30 pagi.
bukaan jalan telah buka 3-4 cm. aku terus ditolak ke Bilik Bersalin pada pukul
10.00 pagi. sesampai sahaja di Bilik Bersalin, aku di grip dua botol air. tepat
pukul 11.45 pagi, aku dimasukkan sejenis ubat bernama Pitosin. serentak dengan
itu, aku disuntik ubat tahan sakit bernama Pentadine.
selepas sahaja disuntik Pentadine, aku mula terasa pening
dan mengantuk. oleh kerana rasa ini, aku tertidur dengan sangat nyenyak walau
rasa tersaaaaangaaaaat sakit pada abdomen di bahagian bawah.
tepat pukul 1.57 petang, aku rasa seperti hendak membuang
air kecil. tapi terasa sukar untuk keluar. aku teran sekuat hati dan tiba-tiba
air ketuban bercampur darah pecah. sepantas itu juga, aku terasa suatu yang
panas keluar dan kelegaan pada perut yang maha sakit tadi.
benda yang panas tadi, 'si kecil' itu. :)
jururawat yang menyambut 'kelahiran' menyuakan tubuh 'si
kecil'. sungguh, waktu itu tidak tergambar perasaan. dan sehingga kini masih
terngiang-ngiang;
tengok anak awak buat kali terakhir ye. perempuan kan?
aku angguk dan merelakan jururawat tadi membawa 'si kecil'
pergi.
kehadiran suami sedikit mengubat. oleh kerana aku tahu yang
kami bertiga tidak akan bersua lagi, aku minta izin jururawat untuk membawa 'si
kecil' itu sekali lagi kepada aku dan suami. mungkin memahami perasaan aku,
sebuah troli berisi bungkusan kecil dibawa masuk ke bilik bersalin.
aku tatap 'bungkusan' itu. dibuka ikatannya oleh jururawat
tadi. genggaman suami kuat dibahu. pasrahnya hati ini, melihat tubuh kecil nan
kaku. cukup sifatnya, Ya Allah.....
aku diminta berehat di bilik bersalin. jenazah 'si kecil'
diuruskan seterusnya oleh suami dan ahli keluarga yang lain. saki baki suntikan
Pentadine dalam badan menyebabkan aku lemah dan tertidur sehingga ke petang.
Alhamdulillah, segalanya selesai dalam satu hari. walau
penantiannya begitu lama.
*********************************************************
Thank you for reading this entry...
No comments:
Post a Comment