Semua cerita yang dikongsi telah diberikan persetujuan oleh tuan blogger. Harap bersama2 dapat kita mengambil iktibar dan menjadikan inspirasi agar kita lebih tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.
Sya baru shaja kehilangan puteri kesayangan sya yg diberi
nama Ainul Mardhiah yg mbawa maksud Bidadari syurga. Ye skrg Ainul mungkin
sudah tenang di syurga. Ainul dilahirkan pd 12 Sept 2011 iaitu 15 ari sebelum
harilahir suami sya & ini hadiah yg paling syahdu buat suami sya.
Kisah syahdu sya bmula bila sya nak mbeli kelengkapan bayi,
disebabkan kakak sya bru shja mlahirkan baby maka dia bmurah hati utk sedekah
segala brang anaknya kpd bayi sya kelak. Kakak sya slamat melahirkn bayi lelaki
yg sgt comel. & kakak sya msyorkan sya pergi scan utk tahu jantina baby
kalo lelaki sya xplu beli apa2 & kalo perempuan sya perlu beli sdkit.
Lalu pd ptengahan ramadhan sya pun gigih ke klinik utk mbuat
pmeriksaan jantina, dgn perasaan bkobar2 sya mlangkah masuk ke klinik. Stelah
mlakukan scan muka doc tibe2 berubah. Kemudian dia minta izin sya utk mlakukan
pemeriksaan sekali lagi & akhirnya setelah 4x scan dilakukan doc mberitahu
saya yg dia xdapat lihat bahagian kepala bayi sya. Stelah pbincangan dibuat doc
mrujuk sya ke pakar di HUKM. Tp sjujurnya jauh dlm hati sya bkata Bayi sya
xapa2 & sya yakin!! Lalu surat dr doc itu sya renyuk lalu cmpak dlm
kereta!! Sya xmahu terima kenyataan itu! Sya takut!!
Petang slepas bbuka puasa, suami ajak sya kuar makan di Kg
Baru. Dlm kereta suami sya tjumpa surat yg sya konyokkan td. Lalu blakulah
bebelan panjang bkenaan surat tsebut, yg akhirnya mbuat sya mnages bagaikan
anak kecil. Suami mmujuk sya untuk pergi jumpa pakar di HUKM utk pastikan baby
kami selamat. Spanjang malam sya xmampu nak lelapkan mata, sya asik memikirkan
baby sya. Buat pgatahuan Aisyah, ketika itu bayi sya sgt aktif bgerak mana
mungkin sya nak percaya bayi sya bmasalah?
Tp disebabkan desakan suami sya akur & pergi ke HUKM. Tp
masa tu nurse di HUKM bg satu satu tarikh lain krn masa tu dh hampir hari raya
maka nurse suh sya dtg lps raya.Spanjang hari raya hati sya xtenteram, sya
takut khilangan bayi sya & sya myesal pergi scan!!! sgt myesal!!
Hari temujanji yg dtetapkan sya pergi ke HUKM sorng diri krn
suami sya sibuk dgn peperiksaan UPSR. Doc mlakukan imbasan pd kandungan sya
kmudian dia pangil 2,3 org doc lain & mereka juga mcari imej bayi sya.
Mlalui monitar sya dpt lihat kaki & tgn bayi sya mgapai2.. Indahnya segala
rasa takut sya hilang bila mlihat bayi sya aktif bgerak.
Tiba2 doc salmi suruh sya bpindah ke bilik sbelah yg ada
scan 3D alasan doc salmi bhagian kepala bayi sya xnampak jelas. Sya masih
tsenyum krn sya yakin bayi sya sihat!! Tp akhirnya senyuman sya mati bila doc
salmi gemgam jari sya minta sya bsabar. "Puan, stelah pmerhatian kami ermm
bayi puan xmempunyai tempurung kepala dan kami tpaksa mhentikan kandungan puan
& mgeluarkan bayi puan. Bsabar byk2 puan"
Ya Allah, dugaan apa yg kau berikan pd aku? knapa aku? knpa
aku? ini tidak adil!! hanya itu yg keluar dr mulut sya & doc salmi yg
sedang sarat mgandung dtg merangkul sya, memeluk sya dgn erat smbil tidak
putus2 minta sya bsabar kmudian sya dh tak sedar apa yg blaku. Segalanya kelam,
sedangkan bayi sya masih bgerak aktif!!
Suami sya dtg & memeluk sya dgn erat. sya menages skuat
hati sya, sya meraung sepenuh hati.Sya xmampu nak hadapi situasi ketika itu. Bayi
sya masih aktif bgerak tp doc mahu sya gugurkan bayi sya?? Tidak!! tak mngkin
sya izinkan semua itu blaku! sya xmahu!! Suami bkali2 mmujuk sya, smuanya
tpaksa dilakukan demi keselamatan sya. Pelukan suami sya xmampu buat sya kuat
utk terima smua kenytaan ini, & sya terus menages & mnages..
7hb sept 2011
sya dmasukkan ke wad, sya diasingkan dr pesakit2 lain. Sya
diletakkan di bilik khas, bilik pengasingan hanya doc salmi & Prof Zainul
dbenarkan merawat sya. Nurse juga begitu. Hanya bberapa nurse shaja yg
dbenarkan masuk kdalam bilik sya. Doc Salmi dtg melawat sya & mgemgam erat
tgn sya minta sya tabahkan hati & Doc Salmi bjanji akan mlakukan sebaik
mungkin. Jam 3pm doc memasukkan 2bji ubat cytotec yg mana bfungsi sbgai ubat
utk memaksa bsalin scara normal. Saat doc masukkan ubat tu sya mnages xhenti2,
Doc bkali2 mohon maaf pd sya jika dia mdatangkan ksakitan pd sya. Tp sbrnya
sakit yg sya rasa tu xsesakit perasaan sya utk mlepaskan puteri sya. Bkali2 sya
mluahkan rasa kesal pergi scan yg akhirnya mbawa bencana pd diri sya & bayi
sya. 2jam berikutnya sya terasa sakit di bahagian pinggang & ari2.
Segalanya kejang & suami mnekan loceng mberitahu nurse kdaan sya. Doc masuk
& memeriksa jalan. Tp bukaan baru 1cm. Sedangkan sya sakit teramat sgt,
Suami mrayu Doc Salmi bg sya ubat tahan sakit, dia xsanggup mlihat kesakitan
sya. Doc Salmi setuju lalu mberi satu suntikan yg akhirnya mbuat sya tlelap.
8hb Sept 2011
Sya sekali lg dmasukkan 2bji cytotec 400mg, tp kali ni sya
xrasa sakit langsung. Walaupon setelah 4jam sya masih cergas & bguling2
kbosanan di ats katil. Prof Zainul dtg btanya khabar sya. Airmata masih mjadi
teman setia sya. Prof Zainul byk mberi sya skongan. Jam 8mlm Doc Salmi dtg
memeriksa jalan. Ketika itu bukaan hnya 2cm.
9hb Sept 2011
Stlah pbincangan dbuat, Pakar2 mmutuskan utk mnukar ubat.
Sya dmasukkan D8 2btg! Sya rasa kesakitan Nadia!! Sgt sakit..Tp oleh krn hati
sya kosong maka segala rasa blalu kosong. Suami sentiasa disisi sya walaupon
tpaksa bkejar dgn anak2 murid yg akan ambik UPSR. 14jam kmudian D8 keluar, Doc
memeriksa jalan sekali lg bukaan jalan hanya 1.5cm shaja.
10hb Sept 2011
Doc mmasukkan 3btg D8 sekali lg, tetapi ketika ini sya sudah
bputus asa, sya marah, sya sedih, sya kecewa, sya nyatakan pd Doc Salmi sya
xmah teruskan smua ni lagi, sya nak balik. Soal anak sya biarlah hnya Allah yg
tentukan. Sya sntiasa bdoa agar ada k'ajaiban akan blaku. Semoga Allah berikan
anak sya tempurung kepala! sya sgt2 berharap..Suami sya minta kbenaran utk
mbawa sya pulang krn keadaan sya sgt2 tertekan. Walaupon sya diasingkan di
bilik khas tp telinga sya masih mnangkap tangisan bayi diluar bilk sya. Keadaan
itu sgt mbuatkan sya tertekan!! Akhirnya dgn kebenaran bsyarat sya dbenarkan
pulang. Alhamdulillah
11hb Sept 2011
Sya kembali ke 'hotel bosan' sya & tpaksa mlalui hari2
bosan. Anak sya kekal aktif ketika ini. Setiap kali solat sya bdoa agar kuasa
Doc xmampu mgeluarkan bayi ini dr perut sya. Sya bdoa xputus2 agar scan Doc ttg
kandungan sya silap! Sya masih yakin anak sya sempurna & sihat.
12hb Sept 2011
Doc masukkan 2biji cytotec, namun kali ini rasanya agak
blainan. Sya merasa kebas2 kaki & pinggang, suami mgurut perlahan smbil
mhembuskan ayat2Al-quran spaya memudahkan sya bsalin.Jam 6.30pm ketika sya
brehat2 sya rasakan ada air yg sgt banyak keluar dr faraj sya, Dlm hati bdebar2
adakah krn ubat yg banyak sya gagal mgesan rasa kencing. Suami skali lg memicit
loceng utk memangil nurse. Sya panik, sya menages lagi! Doc Salmi mnenagkan sya
katanya itu air ketuban, & dia memeriksa jalan bukaan masih 1cm! Kemudian
Doc Salmi minta sya brehat stelah nurse tukar cadar yg basah lencun dek air
ketuban sya td.
10minit kemudian, sya rasa sakit yg amat sgt. Suami bg sya
minum air yg tlh dhembus dgn ayat2 Al-quran utk mmudahkan sya bsalin. Sakit
makin kerap & Suami sekai lg merayu supaya sya dberikan ubat tahan sakit tp
kali ini Doc Salmi xmberi kata setuju sebaliknya meminta sya bsabar &
btahan. Pd jam 7.30pm, suami mintak diri utk pulang krn dia ada tuisyen utk
murid2 yg akan ambik UPSR esoknya. Dgn berat hati sya mlepaskan suami pulang.
5minit kemudian, sya rasakan sesuatu keluar dr faraj sya.
Sya dapat rasakan faraj sya sdikit kembang & sesuatu sedang keluar. Sya
takut, tgamam, keliru tp jari sya cepat mnekan loceng. spantas kilat seorang
doc pelatih dtg & mberitahu sya bukaan td baru 1cm jd sya plu tahan sakit
& tnggu shingga 4cm baru sya akan dbawa ke labor room. Sya merayu pd doc tu
spya tgk apa yg keluar sbp sya yakin sesuatu keluar dr faraj sya & kali ini
sya yakin bukan air ketuban! Tp Doc pelatih tu blalu mninggalkan sya yg
ketakutan!
Tbe2 sya terasa ada jari jemari kecil mguis peha sya.. kali
ini sya mberanikan diri utk lihat apa yg ada di situ. Ya Allah sya lihat bayi
kecik sya sedang brusaha keluar! sya tekan loceng sekali lg kali ini doc
pelatih yg sama dtg dgn wajah mcuka & dgn keras dia mintak sya bsabar
katanya "puan, sakit nak bsalin mmg mcm tu la. Boleh sabar x?"
serentak dgn tu sya mbaling bantal ke arah doc pelatih tu. Sya mjerit dgn
sekuat hati "anak aku dh keluar la bodohhhhhhh" Dgn muka masam mcuka
dia myelak kain sya & dia terus blari keluar & beberapa org doc &
nurse kelam kabut mbantu sya.
Sya ditolak kdalam lif utk ke labor room, sya sempat
mnelefon suami sya bgtau yg bayi kami sdg kluar, suami bjanji akan dtg dgn
segera. Belum smpai ke labor room sya dapat rasakan tapak kaki kecil itu mlonjak
peha sya utk keluar, sya dapat rasakan jari jemari & kakinya mguis2 peha
sya. Smapi di labor room Doc yg myambut bayi sya memaklumkan pd sya yg bayi sya
dh keluar habis kata Doc tu "baiknya anak ibu, dia bawak keluar uri dia
sekali" sya kehilangan kata2.. Sya mintak pd doc utk mlihat anak sya,
walau pd mulanya doc keberatan tp stlah sya maklumkan sya tahu hayat anak sya
tdk lama jd sya mohon doc bg sya peluang utk mnatap wajah anak sya.
Mengigil tgn sya menyentuh bayi sya pd kali ptama, sya usap
bibirnya yg mirip suami sya, matanya, hidungnya smua mirip suami sya, sya cium
pp keciknya, sya dengar dengusan nafasnya yg amat plahan, dgn airmata yg
bcucuran sya dakap si kecil sya dgn erat, sya gembira melihat puteri sya. Tgn
si kecik sya mgapai2 lalu sya pegang jarinya yg runcing & dia mbalas
gemgaman sya! dia mgemgam jari kelingking sya, sya sebak, sya merayu dlm hati
merayu kepada Allah jgn diambik puteri sya itu. Sya mnelefon suami mberitahu
puteri sya menanti khadiran suami. Si kecil sya msih bnyawa wulpon smakin lama
smakin perlahan, sya tetap mbelek2 badan si kecil sya. Doc & nurse seolah
memahami situasi sya & mereka mberi sya ruang utk bsama si kecil sya yg
semakin lemah nafasnya. sedang sya asik meneliti wajah si kecil tbe2 jarinya
tlerai dr gemgaman sya. Sya lihat dadanya bhenti bdegup, sya lihat perutnya
kaku. Doc memeriksa bayi sya & Doc memandang sayu ke arah sya "Puan,
dia sudah pergi". Sya menages & meraung. Sya xmampu mnerima kenyataan
itu, sya minta doc mlakukan bantuan penafasan pd bayi sya. Doc panggil suami
sya di luar & suami sya mdakap sya erat "sayang, mgucap syg, mgucap
banyak2. Jgn mcm ni syg, kita kena redha. Ni smua ujian utk kita syg, Abg
xsanggup tgk syg mcm ni. Tlg abg syg, jgn mcm ni"
Sya masih merayu suami agar buat ssuatu utk selamtkan bayi
kami. Tp akhirnya saya tpaksa akur bayi sya mmg telah pergi... kami bpelukkan
airmata suami sya tumpah jua akhirnya.
13hb Sept 2011
sya & suami pergi ke bilik mayat utk menuntut jenazah
puteri kami, Sya mohon pd Ustaz yg mguruskan jenazah puteri sya utk mnatap
wajahnya buat kali t'akhir. Sya & suami dbawa masuk ke bilik mayat. Slama
ni sya adlah org paling penakut tp entah kekuatan dr mana sya masuk ke bilik
mayat dgn ditolak suami mgunakan kerusi roda, Ustaz mbawakan jenazah anak sya,
sya usap wajahnya yg kaku, sya usap jari jemarinya yg sejuk & airmata sya
tumpah lagi utk kesekian kalinya. Suami mgemgam erat tgn sya mcari kekuatan utk
bhadap saat getir itu.
Jam 2pm, Ustaz memaklumkan urusan pengebumian akan
blangsung. Sya minta pd suami utk mhantar jenazah shingga ke liang lahat. Ustaz
bkali2 btanya minta kepastian dr sya mampu @ tidak sya mhadapi. cekal @ tidak
sya melihatnya nanti. Sya tekadkan hati sya tetap mahu mhantar Puteri sya
shingga ke akhirnya. Kmudian ustaz & suami sya akur.
Lalu jenazah anak sya yg telah siap dikafan diserahkan pd
sya, bau kapur basuh mnusuk hidung sya, hanya alunan zikir mampu sya alunkan
buat puteri sya. sya memangku jenazah shingga ke perkuburan, kemudian suami sya
mgambil alih memangku jenazah swaktu di pkuburan. Sebak hati sya mlihat jenazah
anak sya dmasukkan ke liang lahat. Dada sya seakan mahu pecah, airmata sya
xhenti2 mgalir, kaki sya mgigil, seluruh badan sya sejuk, sya tlalu sedih dgn
kehilangan bayi sya.. Selesai urusan pkembumian sya pulang ke wad & bkemas
pulang. Doc Salmi dtg memeluk sya dgn erat & mbisikan kata2 semangat buat
sya. Sya kaku, kelu xbkata apa, sluruh alam sya rsakan ksong, dunia seakan
bhenti bputar...
Hari ni genap 1minggu & 4hari setelah pemergian puteri
kesayangan sya, Sya melalui hari2 pantang dgn hati yg sgt hiba & masih
myesali tindakan sya pergi scan. Sya mlayan lara dihati sya, mbiarkan suami sya
sendri, sya tgelam dlm dunia kesedihan sya, shinggala suami sya mnages &
melutut di depan sya mohon sya bangun & bangkit dr kesedihan ini, Sya
xmampu Aisyah, impak Ainul tlalu kuat pd sya. Suami kmudian mbwa sya mhadiri
kaunseling di HUKM & pulang dr HUKM teman sya yg merupakan pembaca setia
blog Aisyah minta sya mbaca blog Aisyah & sya mbaca kisah Nadia..
Bersama airmata yg bcucuran sya akur pd takdir Allah, sya
mnages semahu2nya, suami memeluk saya & minta sya jd setabah Nadiah &
Aisyah. Suami sya bterima kasih pd Nadiah & Aisyah yg bkongsi kisah
kehilangan ini pd sya. Skurang2nya sya sedar sya tidak mhadapi smua ini seorang
diri. Org lain juga pernah mhadapinya. Suami sya bkali2 myakinkan sya yg sya
juga akan mlalui pjalanan hidup aisyah skrg yg bahagia dgn kehadiran insan baru..
Sya mohon segala ini blalu dgn cepat. Sya juga xputus2 mohon sinar hidup yg
melingkari Aisyah akan blaku jua pd sya agar mampu sya ubat duka di hati sya
ini..
Al-Fatihah buat arwah Ainul Mardhiah.. semoga Ainul tenang
di sana. Ibu redha sayang, pergilah sayang bsemadila dgn aman sayang. Aisyah
& Nadia suami sya bdoa agar kekuatan yg ada pd kalian bdua akan dipinjamkan
buat sya juga. Insya Allah.
****************************************************
P/S : Sharing is caring
Thank you for reading this entry...
No comments:
Post a Comment