sumber dari facebook sharing
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama... panggilan yang baik.
Apabila bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama
yang baik tetapi beri pula gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan
anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita
beri nama yang elok untuk anak-anak.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari.
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari.
Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih
kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap
hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia
tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar
bahawa kita sentiasa ada, jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan
terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.
Ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan
dengan persekitaran. Ada masa kita perlu marah tetapi janganlah buat
muka marah sampai dia gentar untuk menghampiri diri kita.
4. Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
4. Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Setiap kali kita menghargainya
dia akan rasa ingin buat lagi dan ingint lebih baik lagi.
5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.
5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat kesilapan. Sebenarnya, mereka akan belajar
lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
P/S : Jom sama-sama amalkan ^__^


No comments:
Post a Comment