Since lama kena bed rest ni, mmg boring jugak la duk rumah berehat je. Mula2 excited jugak nak menjahit, sekali dah bersemangat sediakan bahan2 tetiba mesih jahit rosak! Adoi ai.. Penat je beli kain bagai.. Hmm terpaksa la tunggu mesin hantar repair dulu kan....
So another alternative start balik hobi lama. Membaca Novel. So last week hunting few novels dkt MPH. Dapat la beberapa novel yang sinopsisnya agak menarik... Ni sinopsis untuk setiap novel ni...
‘Kala hati begitu mencintai…semakin kupasti dia tidak
mungkin kumiliki…semakin kuingin terus menghampiri…semakin jauh dia melangkah
pergi…’
Bagi Faizul, mereka membesar bersama di dalam sebuah
keluarga yang cukup bahagia. Tetapi kenapa langsung tidak pernah wujud
kemesraan di antara mereka? Dia tidak boleh melayan Suraya, adik bongsunya
sebaik Faizal, abang kembarnya. Perasaan kasih seorang abang kepada adiknya
langsung tidak pernah wujud. Namun jauh di sudut hati dia bukan tidak pernah
menyayangi dan bukan dia tidak pernah merindu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa
yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.
Dia Segalanya....
Bagi Suraya, dia tidak faham apa yang bermain di fikiran abangnya
yang tengah. Sejak kecil Faizul begitu dingin dengannya. Lelaki itu tidak
pernah memanggilnya dengan panggilan 'adik' seperti ahli keluarganya yang lain.
Sehinggalah satu rahsia terbongkar dan waktu itu barulah dia mengerti, kenapa
dia disisihkan oleh lelaki itu. Tetapi kenapa hanya Faizul yang cukup
membencinya?
DIA segalanya....kisah yang cinta yang penuh dengan dugaan.
Kisah kasih sayang yang tidak pernah padam.
"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yang beratnggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"
Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.
Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.
Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.
Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….
" Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata, tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa, namun kini kupasti ia kan kekal ke penghujung nyawa..."
Melina
adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi
dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala.
Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam
terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman
untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina.
Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara
mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh
diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas
yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas
dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan
dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan
perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima
Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang
selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan
sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba
pula badai yang menguji kesabaran kedua hati.
Satu
persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka
mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci
yang sudah terpatri?
Di saat
ini...
Luqman :
"Kalau abang tak cinta, takkan abang rasa rindu setengah mati macam
ni."
Melina :
"Mel tak boleh fikir apa bila tak nampak abang depan mata."
" Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?"
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan
dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan
hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus,
rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya
tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai
wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh
Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam
yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan
hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap
Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam
resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera
hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua
catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan,
tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji
secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah
impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka
melagukan rentak yang sama?
P/S : Jom layan "Kaki Novel" ^__^





No comments:
Post a Comment