Penyakit darah tinggi kronik
Ia
adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih
belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan
wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai
darah tinggi.
Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi
lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan
memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas
trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak
selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa
dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.
Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)
Ia
terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan.
Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak
sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka
yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi
akhirnya semasa lebih berusia.
Pre-eclampsia (PE)
Pre-Eclampsia(PE)
adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang
melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada
buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
Buah
pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit
ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang
agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat
banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia.
Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan
pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
Penyebab Pre-Eclampsia
Ia tidak diketahui
bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi
penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan
mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak
membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan
lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.
Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?
Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
- Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
- Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
- Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
- Migrane
- Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
- Mempunyai hypertension kronik
- Terlalu kurus
- Terlalu rendah
- Kandungan kembar
- SLE
- Kandungan molar

No comments:
Post a Comment