Ha... post ni buat suspen ke? Takde la... Cuma lately ni rasa sakit2 lain mcm sikit. Hmm.. dalam hati ni terpikir jugak.. "dah nak bersalin ke ni...? " Maklum la, anak pertama dulu kena induce (dipaksa bersalin). So tak tahu rasa naturalnya macam mana...?
Googling2 surf the net cari info...
1. Bayi Turun
Ke Bawah

Perut
menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah
pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (mmg semakin kerap dah ni)
- sakit perut, memulas (ni kadang2 je)
- kerap buang air besar (ni pun semakin kerap)
- kerap terkentut (selalu jugak... hehehe)
- keluar lendir pekat/berdarah (belum lagi)
2. Keluar lendir pekat atau berdarah
- lendir pekat (dah ada sikit la)
- lendir berdarah (belum lagi)
3. Rahim mula menipis
Lendir
bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku
beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
(ni kena check doktor la baru tahu rahim mula menipis ke tak...)
4. Sakit
Belakang
Bayi beralih
dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda,
posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan
angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan
anda.
Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan.
Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan,
minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring
mengiring.
(sakit belakang memang agak extream la skrg ni... kalau dah baring, rasanya taknak bangun2 lagi... nak ubah kedudukan berbaring juga sangat2 sakit sekarang ni...)
5. Pecah Air
Ketuban
Air ini
biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera
ke hospital.

so far tanda2 extreme tu takde la lagi... cuma khuatir juga dan perlu lebih berhati2 dan bersiap sedia...
P/S : Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku ^__^
Good luck imma..semoga semuanya selamat dan baik baik saja
ReplyDeleteThanks aja,,,,
ReplyDeleteحسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير: Tanda-Tanda Awal Hampir Bersalin >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير: Tanda-Tanda Awal Hampir Bersalin >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير: Tanda-Tanda Awal Hampir Bersalin >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK 40