Hari ni sambil berehat di rumah akibat tidak sihat dan muntah2 yang agak teruk sempat juga meluangkan masa menonton rancangan perubatan di channel National Geographic Channel. Nama rancangan tu "Taiwan Medical Miracle"
Mula2 tengok tu takde la nampak menarik sangat tapi hati ini tersentuh dengan kanak2 berusia 3 tahun yang bernama Mitsuki dari Malaysia yang telah ke taiwan bagi mendapatkan rawatan. Nilah gambar kanak2 comel itu.
Dia perlu menjalani pemindahan darah tulang sum sum dan juga menjalani rawatan kemoterapi. Kepalanya di botakkan dan apa yang membuatkan aku terharu adalah ketabahan ibu bapanya menghadapi saat2 sukar dan getir sepanjang tempoh rawatan. Mungkin kerana usia Mitsuki sebaya dengan Little Prince membuatkan aku lagi mudah tersentuh. Bila si ibu yang kepenatan hilang sedikit kesabaran dan memarahi Mitsuki... dia menangis sambil berkata "mama jangan marah.. saya hanya nak pelukan..."
Begitulah juga Little Prince yang adakala keletahnya menguji kesabaran ku dan bila aku mula nak marah, itu jugalah yang dituturkan... "ibu jangan marah la.." sambil memelukku. Bayangkan betapa besar dugaan yang menimpa Mitsuki jika dibandingkan dengan ujian2 yang menimpa aku atau sesiapa juga yang mudah sangat mengeluh. Namun aku bersyukur kerana Little Prince sihat dan cergas walaupun sekali sekala demam dan semput.
Bila lihat dokumentari sebegini, banyak juga yang boleh dipelajari. Bukan setakat bidang kedoktoran tapi nilai2 murni yang lain. Contohnya, doc yang merawat pesakit sangat2 berhemah dan merendah diri walaupun memegang title antara Pakar Terbaik Di Dunia. Jururawatnya juga dilihat sangat2 prihatin dan mesra dengan pesakit. Rancangan kali ini menunjukkan bagaimana pesakit2 dari serata negara datang ke Taiwan untuk mendapatkan khidmat Pakar dengan bayaran yang lebih berpatutan.
Klik link ni utk preview Taiwan Medical Miracle
atau yang ni Taiwan's medical miracle of cord blood transplantation
atau yang ni Taiwan's medical miracle of cord blood transplantation
P/S : Kalau ada masa, jom sama2 kita tonton rancangan dokumentari sebegini ^__^!!!
Sinopsis :
Sinopsis :
A documentary film featuring four remarkable cases of
medical treatment in Taiwan will soon be broadcast to a worldwide audience,
National Geographic Channel said June 26.
“Taiwan’s Medical Miracle,” a year-long joint project
between the channel and the ROC Department of Health, is the first such effort
to be undertaken by an international broadcaster, DOH sources said.
One case in the 60-minute film involves a 3-year-old Malaysian
girl with a blood disorder that reduces the production of hemoglobin, who was
cured with an umbilical cord blood transplant. In another instance, a
1-year-old Filipino girl underwent a liver transplant to treat a
life-threatening blockage of the tubes that carry bile from the liver to the
gallbladder.
An Egyptian surgeon who lost two fingers to a stray bullet
in the Arab Spring sought help at New Taipei City’s Chang Gung Memorial
Hospital, and was able to go back to work six months after microsurgery
reconstructed them.
An American woman who experienced years of back pain from
spinal disc herniation saw her symptoms relieved following treatment at Taipei
Medical University Hospital.
“The best thing about Taiwan’s medical care is that it’s
seen as a service industry, in which every patient is treated with the greatest
respect and love,” said the film’s director Shih Tzu-de.
“If we had more time and resources, we would have covered
more procedures, such as artificial insemination, knee joint replacement and
cardiac surgery,” he added.
The English-language version of the documentary premiered in
Australia and New Zealand June 23, and will soon be broadcast to an expected
audience of 200 million in 44 countries and regions, according to National Geographic.
The Mandarin edition airs in Taiwan July 1. (THN)

No comments:
Post a Comment