My new reading item...
Hmmm... Meluangkan masa mencari buku bacaan di kedai buku dah menjadi hobi yang paling aku suka sekarang ni. Kadang2 boleh sampai 2 jam memilih buku mana yang hendak dibeli sebagai bahan bacaan.
Mata terpandang buku ini sambil meneliti sinopsisnya. Hati tiba2 rasa betul2 ingin memiliki buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendalami keperibadian Aisyah. "Aduhai Aisyah, lambang wanita yang unggul dan bijaksana. namun tetap anggun dengan kemanjaan dan kelembutan."
Antara kelebihan Aisyah yang tidak dapat ditandingi oleh
mana-mana wanita adalah:
1. Beliau merupakan isteri yang paling dicintai oleh
Rasulullah s.a.w selain Khadijah.
2. Rasulullah s.a.w mengahwini Aisyah berdasarkan wahyu
daripada Allah. Sebelum berkahwin dengan Aisyah, Rasulullah bermimpi dua kali
Malaikat Jibril membawa kain sutera kepada Rasulullah s.a.w. Apabila dibuka
kain sutera tersebut, Rasulullah melihat wajah Aisyah pada kain sutera tersebut
dan Malaikat Jibril berkata itulah gambaran bakal isteri Rasulullah s.a.w.
3. Wahyu pernah diturunkan kepada Rasulullah sewaktu baginda
bersama dengan Aisyah tidak ketika baginda bersama dengan isteri yang lain.
4. Terdapat ayat al-Quran yang menceritakan kisah Aisyah
yang difitnah oleh orang-orang munafik. Ayat al-Quran tersebut membersihkan
nama Aisyah kembali.
5. Rasulullah dimaqamkan di rumah Aisyah.
5. Rasulullah dimaqamkan di rumah Aisyah.
Ciri-ciri sifat Aisyah yang patut menjadi contoh semua
wanita:
(1) Aisyah bersifat qanaah iaitu sifat redha dengan apa yang
ada. Sifat qanaah dan wanita sebenarnya ibarat air dan minyak iaitu amat sukar
untuk bercampur. Ini kerana naluri semulajadi wanita memang sukakan kecantikan
dan kemewahan. Jikalau memakai baju, mahu memakai baju yang tercantik dan
jikalau boleh menjadi perhatian semua orang. Begitu juga dengan perhiasan
rumah, wanita suka menghias rumah dengan kadar yang berlebih-lebihan. Tetapi
Aisyah tidak bersifat begitu. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, rumah
Aisyah dan Rasulullah hanyalah sebesar bilik sahaja dan tiada tilam empuk sebagai
lapik tidur mereka berdua. Namun, Aisyah tidak pernah meminta-minta daripada
Rasulullah untuk kehidupan yang mewah.
(2) Aisyah merupakan seorang wanita yang amat bijak. Beliau
dapat menghafal ayat-ayat al-Quran dengan cepat dan juga mengingati hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. Hanya Aisyah seorang sahaja wanita di kalangan perawi-perawi
hadis. Ini juga adalah hikmah di mana Allah mewahyukan Rasululah mengahwini
Aisyah sewaktu Aisyah masih kecil iaitu 6 tahun dan Aisyah duduk bersama
Rasullullah sejak dari umur 9 tahun. Sebagaimana yang kita maklum, keinginan
untuk belajar dan akal yang cerdas adalah lebih di kalangan mereka yang masih
muda berbanding orang yang sudah berusia. Oleh sebab itu, dibandingkan dengan
isteri-isteri Rasulullah yang lain, Aisyah adalah yang palik bijak dan banyak
menghafal hadis-hadis Nabi. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Aisyah menjadi
sumber rujukan untuk penjelasan hadis-hadis Nabi dan al-Quran juga.
(3) Aisyah merupakan seorang wanita yang amat rajin
bersedekah.
(4) Aisyah juga amat suka berpuasa.
(5) Aisyah juga seorang wanita yang bersemangat waja. Beliau
boleh mengetuai pasukan semasa Perang Jamal berlaku.
P/S : Semoga keperibadian aisyah menyerap ke dalam diri ku dan diri semua wanita yang di muka bumi Allah s.w.t


No comments:
Post a Comment