Saturday, June 30, 2012

FLORIA Putrajaya 2012

Harap2 dapat meluangkan masa ke Floria Putrajaya.

Date: 30 June - 8 July 2012
Venue: Waterfront, Precinct 2, Putrajaya
Theme: Bougainvillea - Enduring Beauty               

Opening Hours:
9.00 am - 10.00 pm (Mon - Thu)
9.00 am - 12.00 midnight (Fri - Sun)

Admission is FREE

Also got awesome contest


P/S : Jom ramai2 ke sana ^__^

Monday, June 25, 2012

17th week of pregnancy - High Blood Pressure


So hari ni ke hospital juga bacaan BP diambil. Pertama kali ambil masih juga 140/90. Setelah seketika bacaan turun ke 125/80... Alhamdulillah, namun doktor terpaksa suruh start ubat untuk bantu control tekanan darah. Katanya insyaAllah lepas bersalin nnt back to normal.

So ada banyak follow up dengan klinik dan juga hospital. After scanning, baby membesar dengan sihat. Namun uri kelihatan sedikit ke bawah dan doc advise still need to monitor and if still dekat bawah lagi at 28week.. kena la duk wad sampai bersalin... Haaa??? Tercengang mendengarnya... Hopefully everuthing will be better from day  to day...
got myself a BP reader, clinic checkup book, hospital appt book, n sejambak medicine

So terpaksa la memulakan rutin mengambil bacaan BP setiap hari hingga ke tarikh temujanji akan datang.


P/M : Doc also provide something for me to read and understand and now i am sharing it with all of you ^__^





Anda juga mungkin nak baca :



Sunday, June 17, 2012

Selamat Hari Bapa



Hari ni 17 Jun 2012, hari bapa disambut sederhana.

Azam bangun tidur saja terus mengucapkan "Ayah, selamat Hari Bapa... I love u"

Ibu menyediakan sarapan yang sederhana juga (Nasi lemak dengan sambal, ikan bilis, timun dan telur goreng)



P/S : Selamat Hari bapa kepada abah ku En Dahalan (you're the greatest of all)

Thursday, June 14, 2012

Pengat Pisang

Actually dah lama nak share post pasal pengat pisang, tapi takde masa nak menaip sejak start keje ni. Letihnya badan ni memang luar biasa. Since hari ni ada masa skit... jom masak...

Step 1 : Tabutkan gula atas pelengat dan susun pisang

Step 2 : Tuangkan santan

Step 3 : Kukus hingga santan betul2 masak

Step 4 : hidangkan dan makan ^__^
P/S : Kalau nak lagi sedap, alaskan pelengar dengan daun pisang dan masukkan sedikit daun pandan dalam santan tadi agar aromanya lebih wangi lagi ^__^

Tuesday, June 12, 2012

Quality Time at Quality Hotel

Last saturday mama called and inform that mama n abah were in Shah Alam for attending a seminar. So we decided to go there and let azam spending time with his atok n opah. Good news is Along (my elder brother) also coming with Kak Ida, Muaz and Izzah.

Azam have really great time. Of course la so manja with his atok and opah. We went out for dinner in Seksyen 11 and spend time in the hotel room. The room was so big and comfy. When Muaz and Izzah arrived, u can't control all of them anymore... Even though they are sleepy but only god know where they got their strength to play until almost 12am!!!

Dua saudara yang amat rapat n now i know how is my both elder brother playing when they were kids ^__^

Izzah Sofiya yang always cute and very sweet

This two boys were running, dancing and all over the place

Just imagine they were playing on the floor at the lobby and as usual Izzah will follow the heroes in action

Izzah in the hotel room

Muaz is teaching Azam playing games his ummi's handphone

The guys conner watching cerekarama at TV3.. aiyo!!!
P/S : Hopefully more quality time can be spend when all the family members are around ^__^

Friday, June 8, 2012

Just too TIRED!

Coming back to work really challenging for my mind, body and soul...


P/S : Just to tired to do anything ^__^!!!

Saturday, June 2, 2012

Aisyah: Keanggunan Sejati


My new reading item...

Hmmm... Meluangkan masa mencari buku bacaan di kedai buku dah menjadi hobi yang paling aku suka sekarang ni. Kadang2 boleh sampai 2 jam memilih buku mana yang hendak dibeli sebagai bahan bacaan.

Mata terpandang buku ini sambil meneliti sinopsisnya. Hati tiba2 rasa betul2 ingin memiliki buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendalami keperibadian Aisyah. "Aduhai Aisyah, lambang wanita yang unggul dan bijaksana. namun tetap anggun dengan kemanjaan dan kelembutan."



Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.


Antara kelebihan Aisyah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita adalah:

1. Beliau merupakan isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w selain Khadijah.

2. Rasulullah s.a.w mengahwini Aisyah berdasarkan wahyu daripada Allah. Sebelum berkahwin dengan Aisyah, Rasulullah bermimpi dua kali Malaikat Jibril membawa kain sutera kepada Rasulullah s.a.w. Apabila dibuka kain sutera tersebut, Rasulullah melihat wajah Aisyah pada kain sutera tersebut dan Malaikat Jibril berkata itulah gambaran bakal isteri Rasulullah s.a.w.

3. Wahyu pernah diturunkan kepada Rasulullah sewaktu baginda bersama dengan Aisyah tidak ketika baginda bersama dengan isteri yang lain.

4. Terdapat ayat al-Quran yang menceritakan kisah Aisyah yang difitnah oleh orang-orang munafik. Ayat al-Quran tersebut membersihkan nama Aisyah kembali. 


5. Rasulullah dimaqamkan di rumah Aisyah.

Ciri-ciri sifat Aisyah yang patut menjadi contoh semua wanita:

(1) Aisyah bersifat qanaah iaitu sifat redha dengan apa yang ada. Sifat qanaah dan wanita sebenarnya ibarat air dan minyak iaitu amat sukar untuk bercampur. Ini kerana naluri semulajadi wanita memang sukakan kecantikan dan kemewahan. Jikalau memakai baju, mahu memakai baju yang tercantik dan jikalau boleh menjadi perhatian semua orang. Begitu juga dengan perhiasan rumah, wanita suka menghias rumah dengan kadar yang berlebih-lebihan. Tetapi Aisyah tidak bersifat begitu. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, rumah Aisyah dan Rasulullah hanyalah sebesar bilik sahaja dan tiada tilam empuk sebagai lapik tidur mereka berdua. Namun, Aisyah tidak pernah meminta-minta daripada Rasulullah untuk kehidupan yang mewah.

(2) Aisyah merupakan seorang wanita yang amat bijak. Beliau dapat menghafal ayat-ayat al-Quran dengan cepat dan juga mengingati hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Hanya Aisyah seorang sahaja wanita di kalangan perawi-perawi hadis. Ini juga adalah hikmah di mana Allah mewahyukan Rasululah mengahwini Aisyah sewaktu Aisyah masih kecil iaitu 6 tahun dan Aisyah duduk bersama Rasullullah sejak dari umur 9 tahun. Sebagaimana yang kita maklum, keinginan untuk belajar dan akal yang cerdas adalah lebih di kalangan mereka yang masih muda berbanding orang yang sudah berusia. Oleh sebab itu, dibandingkan dengan isteri-isteri Rasulullah yang lain, Aisyah adalah yang palik bijak dan banyak menghafal hadis-hadis Nabi. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Aisyah menjadi sumber rujukan untuk penjelasan hadis-hadis Nabi dan al-Quran juga.

(3) Aisyah merupakan seorang wanita yang amat rajin bersedekah.

(4) Aisyah juga amat suka berpuasa.

(5) Aisyah juga seorang wanita yang bersemangat waja. Beliau boleh mengetuai pasukan semasa Perang Jamal berlaku.

P/S : Semoga keperibadian aisyah menyerap ke dalam diri ku dan diri semua wanita yang di muka bumi Allah s.w.t