Tuesday, September 10, 2013

Kembali...


Fuh.. lama sangat rasanya tak jenguk blog ni.. Dah nak bersawang agaknya... Malam ni since anak2 dah tido awal boleh la singgah2 sekejap. Lately ni mmg agak busy dengan keadaan yang batuk2 dari raya sampai ke hari ni. Rasanya dah berkali2 mengulang ke klinik. Lepas tu mula sorang2 berjangkit batuknya...

Just now terbaca satu share status oleh someone yang aku kenal. Dia sharekan kisah seorang ibu yang kehilangan anak akibat sakit jangkitan kuman di paru-paru. Sedih baca... Menitis juga air mata... And worried jugak sbb skrg mmg musim flu, selsema dan batuk. Baby Ihsan Rizqy  juga batuk agak lama. Tapi alhamdulillah doc kata bukan infection...

Feel free to visit mama yang tabah untuk membaca kisah ini dan yang pentingnya mungkin boleh jadi iktibar dan juga panduan buat kita semua...




P/S : Jom sama2 timba pengetahuan tentang kepentingan anak2 kita...

Thank you for reading this entry...

Sunday, August 4, 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Ramai yang dah start cuti panjang sempena menyambut kedatangan Aidil Fitri dan juga cuti sekolah. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Dan semoga selamat dalam perjalanan walau ke mana jua destinasi yang hendak dituju...



Friday, July 26, 2013

Mana Menghilang?


Mana menghilangnya kudrat untuk menulis entry... Banyak benda nak cerita tapi kesuntukan masa dan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan. Salam Ramadhan buat yang singgah menjenguk ke blog ini... Walaupun dah separuh perjalanan kita berpuasa, baru ada sedikit kesempatan nak corat-coret...

Mmg extreamly penat badan. Maybe kali ni sibuk menguruskan anak2 (tambah lagi dah ada baby) so mmg agak penuh masa disamping kerja2 rumah dan juga memasak untuk berbuka dan juga sahur. Tahun ni alhamdulillah berjaya mengawal diri dr ke pasar ramdhan. Jadi setiap hari lepas balik kerja terus ke dapur la kita... Harap2nya dapat teruskan sampai ke akhir ramadhan nnt...



P/S : Salam Ramadhan buat semua ^__^!!!


Thank you for reading this entry...

Sunday, May 12, 2013

Selamat Menyambut Hari IBu

Menyambut Hari Ibu hari ini memang rasa lain sebab tahun ini aku menjadi ibu kepada dua putera. Selamat menyambut hari ibu buat semua ibu di dunia...






P/S : Hargailah ibu kita... 

Thank you for reading this entry...

Monday, May 6, 2013

Jom Masak : Butter Chicken


Wah... semangat pulak nak masak kan. Takde la semangat sangat pun. Nak cari resepi yang cepat mudah dan sedap... Hmmm boring je dengan resepi biasakan so nak try buat butter chicken la pulak. Memang senang...



Google la a few resepi... kebanyakan sama je.. cuma boleh la ubah ikut suka hati korang kan. Aku try resepi ni yang simple tapi mmg UMMPHH!!! 

Inilah rupanya butter chicken yang dah siap aku masak tadi...




Bahan2 nya:


Ayam (aku guna bahagian peha)

Garam

Serbuk Kunyit



Butter (1/3 dr butter yang petak tu)
Bawang besar 1 biji

Bawang putih 5 ulas
Cili padi (utk bagi rasa pedas sedikit)

Daun kari - 2 tangkai

Sedikit serbuk lada hitam

Susu cair (aku guna santan cair sebab takde susu cair)

Susu pekat 2 sudu

Cara-caranya :

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lepas tu goreng macam biasa

2. Then cairkan butter dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi dan juga daun kari hingga naik bau.
3. Then tuangkan susu cair (santan cair) kacau hingga sebati.

4. Masukkan susu pekat dan serbuk lada hitam.

5. Masukkan sedikit garam untuk pelengkap rasa.

6. Gaulkan sekali dengan ayam yang dah digoreng tadi.
7. Hidangkan dan MAKAN ~~~

Simple kan... 

P/S : Disebabkan masalah teknikal, tak dapat la aku upload gambar step by step cara nak buat butter chicken yang aku masak ^__^!!! 

Thank you for reading this entry...

Saturday, April 27, 2013

Azam dan homeworknya


Semalam balik kerja azam dah tunggu depan pintu sambil pegang buku hijau... ibu bukak je pintu terus dia kata...

Azam : Ibu... ibu... Azam ada homework...
Ibu : Yeke... Dah buat ke belum?
Azam : Tgh buat la ni... Tapi tak siap lagi...
Ibu : Ok, jom siap2 mandi then kita keluar makan...
Azam : Tak boleh ibu... Teacher cakap kena siapkan homework dulu.. Tapi ibu dgn ayah tak boleh tolong... Ibu dengan ayah tengok aje tau...

Sudahnya tunggu jugak la dia siapkan kerja sekolah dia...




P/S : patuh pada arahan sungguh anak ibu sorang ni... ^__^

Thank you for reading this entry...

Friday, April 19, 2013

DIY : Jahit Sarung Bantal Baby

Lama pulak rasanya tak post something dkt blog. Pertamanya sebab bz dengan little prince and baby prince. Kalo diorang dah tido baru la dapat online sekejap. Keduanya sebab stuck dengan game "Candy Rush" berhantu tu. Memang hantu betul sebab buat aku addicted!!! Nekad nak stop, tapi masih jugak terjebak.. Tgh usaha la nak stop ni...


Last few days baby prince tak berapa sihat n selalu la dia muntah or muak susu. Habis sarung bantal n cadar semua kerap kena tukar dan basuh. Cuaca pulak tak menentu, kadang panas kadang hujan. Ada masanya ambil masa yang lama la sidaian aku tu nak kering sampai kadang2 tak cukup sarung bantal. Cari balik kain2 lebihan projek baby dulu nak buat sarung bantal untuk baby. Senang je... Jom cuba...

Lipat dan jahitan kedua-dua belah sisi atas


Kemudian Lipat dan jahitkan bahagian tepi kain

Begini hasilnya selepas dijahit

Terbalikkan sarung bantal semula (keluarkan bahagian dalamnya)

Ini la ruang utk masukkan bantal kekabu yang selesa

Dan berjaya menyiapkan 3 sarung utk baby prince (all diff sizes)

Close-up
Senang kan. Rasanya semua orang pun boleh mencubanya...

P/S : Gunakan material dari Pure Cotton dapat memberi keselesaan kepada baby/ anak kecil anda ^__^

Thank you for reading this entry...