Tuesday, May 22, 2012

My Baby

Alhamdulillah, hari ni checkup dengan doctor yang incharge rekod2 pregnancy aku sejak dari kes yang lalu. Masa nak scan boleh nampak baby is active, meloncat2 dan menendang2. Sayu rasa hati melihat baby dalam rahim ibu...

scan image tak berapa jelas sebab baby tak duduk diam

But disebalik tu ada juga berita yang membimbangkan. Blood pressure tiba2 je naik mendadak. Dua kali doc check masih 140/90... Alamak.. Kenapa pulak ni... Habis kena soal siasat dengan doc...


Doc : Dah sarapan pagi tadi?
Aku : Dah doktor...
Doc : Hmm Makan apa?
Aku : Makan bubur nasi je dengan teh tarik...
Doc : kenapa boleh tinggi sangat BP ni..? Stress?
Aku : Stress? Takde pulak... Cuma risau sebab bedrest lama. Risaukan kerja
Doc : Ini yang saya tak suka... Saya dah suruh ambil cuti supaya boleh berehat. Bukan badan je kena rehat, minda pun kena rehat... Otak kita ni kawal segala perjalanan darah dan oksigen... Kalau stress macam2 masalah boleh jadi... baby boleh lemas... Ingat tak yang lalu macam mana???
Aku : Ye ingat...
Doc : Kena jumpa saya 3 hari berturut2 (rabu, khamis & jumaat). Kalo result masih tak ok saya kena refer pn.nurul pada pakar...
Aku : Kenapa sampai kena jumpa pakar?
Doc : Saya tak berani ambil risiko kalau terjadi lagi sekali... Yang penting REHAT!!!(Arghh takut... Doc ni dah jadi garang)
Aku : Baik Doc...

P/S : Ha ni lah jadinya bila banyak sangat pikir... Sudah2 la tu...

Monday, May 21, 2012

Subahanallah... Allahuakbar...

Something that makes me cry and this video really touch my soul...


Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.

Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.

P/S : Betapa hebatnya kejadian manusia dan betapa besarnya Kuasa Allah S.W.T


Doa dan Amalan Ketika Hamil

Alhamdulillah, ketika ini aku amat bersyukur dengan pemberianMu Ya Allah. Setelah merasai satu episod duka (kehilangan kembar), kini anugerahMu menjadi satu nikmat yang tidak terhingga. Semoga rahmatMu sentiasa bersama ku...

Hari ni menghabiskan masa melayari laman sesawang menambah ilmu pengetahuan dan berkongsi info dengan teman2 yang setia menziarahi blog usang ni... Semoga sama-sama kita dapat mendapat manfaat dr apa yang kita kongsikan bersama...

Info ini aku perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:


Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.






perolehan sumber

P/S : Carilah ilmu hingga hujung nyawa ^__^
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Sunday, May 20, 2012

Sedetik Lebih

Tgk klip perkahwinan awal & scha... 
Awal nyanyi lagi sedetik lebih untuk scha...
Soooo sweet...

Sedetik lebih by Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Awal Ashaari membuat kejutan kepada Scha Alyahya dengan menyanyikan lagu sedetik lebih yang pernah dinyanyikan oleh Awal kepada Scha di salah sebuah pusat karaoke semasa mereka bergelar pasangan kekasih dahulu. Lagu ini dinyanyikan Awal semasa Majlis Perkahwinan mereka di PICC pada 6 Mei 2012.
 
 

P/S : Layan lagu Anuar Zain ^__^

Friday, May 18, 2012

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

P/S : Bersyukurlah kita jika diberi kesempatan menjadi seorang ibu... ^__^

Oh Karipap

Sebenarnya tengah pening ni pikir nak buat karipap. Maklum la, org tak biasa buat tak pernah buat kuih karipap. Hohoho... Hari ni saja la nak google resepi2 karipap yang best2. Nanti ada masa nak try.

Since mula kawin, mmg inilah salah satu satu-satunya kuih yang paling Mr.H suka. Memang suka hingga dia boleh komen every kuih karipap yang kami makan. Yang mana sedap, yang mana tak sedap. Kadang2 aku rasa karipap ni sama je... Tapi for Mr.H it's not the same! Dia akan bezakan dari kulit karipap tu, adunan hinggalah intinya. Risau jugak ni nak buat. First time la katakan. Kalo tak sedap nnt mesti kena komen kaw kaw ni... Tapi aku tahu Mr.H selalunya dia takkan komen teruk.. Yelah.. isteri kan... Tak sedap pun kata sedap.. Hehehe...

Tapi kalo tak mula dari sekarang, sampai bila2 pun tak tahu buat karipap kan. Cuma yang paling aku takut, aku tak reti nak kelim tepi karipap tu guna tangan. Kalo pakai alat kelim tu senang kan... Tekan je dah siap... Tapi Mr.H request yang tradisional la... (kelim sendiri).. Adoi.. kalo buruk karipap tu nanti, sorry ye.. asalkan boleh makan, sudah lah... 

Belum buat lagi, dah ada list tau karipap inti apa, katanya : Inti daging, ayam, kentang, telur, sardin dan lain2 lagi.. Mmg yang superb buat karipap ni my mother in-law la. Tapi malu pulak nak tanya resepinya. Tapi kalo tak bertanya mana nak tahukan. So nanti first time nak cuba dulu resepi sendiri, then kalo masih kurang umphh kita dapatkan resepi turun temurun tu.. Hehehe... Ada juga frozen karipap yang jadi fav aku. Yang pertama yang mama aku selalu kirimkan dari kampung. memang sedap makcik tu buat kuih karipap ni. Kalo order mesti puluh2 atau seratus ketul. Lagi satu yang selalu kami beli frozen karipap dari batu pahat. Tapi tak ingat pulak nama dia.

sumber: mr google (tgk inti dia nampak sedap sekali)

sumber: mr google (yang belum goreng, cantik je kelim dia)

sumber: mr google (makan karipap sambil minum teh 'o' panas.. wow)

sumber: mr google (karipap pusing, mcm mana dia pusing pun tak tau la)
P/S : Lapar pulak bila tengok gambar2 karipap ni ^__^

Friday, May 11, 2012

It's My Birthday

Alhamdulillah... Today is my birthday...

So dah masuk 30 series dah ni... Macam2 la aku sibuk duk pikir ttg kehidupan dari kecik hinggalah semalam... (sebelum umur 30 tahun). So hari ni mmg best. Mr.H ajak keluar untuk celebrate, tapi since keadaan aku yang tak boleh nak enjoy sakan, we decided to watch movie and makan2 kat luar je today.

Movie yang menjadi pilihan hati The Avengers. This movie really entertain me today... The story plot is simple but full with action, but not to forget the funny scene that makes you laugh.

The Actor & Actress


The Avengers


Actually kalo nak diikutkan dari dulu mmg aku takde la suka sangat tgk movie2 yang action ni.. even aku membesar dengan 2 orang abang yang memang suka tgk cite2 action... tapi aku lebih suka tgk cite triller... yang seram2 mmg fav kami la (kami tu kawan2 sekuliah aku dulu la). Cik Addleo, Cik lin, Cik Shanana, Cik Ida dan ramai lagi la... Pernah satu ketika tu kami watch movie Blair Witch Project. Mmg hampes tahap %^*^%$!!! Tak tahu nak klasifikasikan cerita tu. keluar panggung tu sampai pening2 sebab rakaman cerita tu rakam dengan kamera biasa je... Aduhai... Serik!!!

Tapi since Mr.H sangat suka tgk movie2 action juga (lelaki semua suka tgk action movie ke?) so sedikit sebanyak aku pun terpengaruh la jugak. Especially kalo cerita action tu ada terselit humor... macam cerita Transformer, Steel, Iron Man, dan sekarang The Avengers. Really admire the character of Mr Stark (Iron Man) n' Dr. Banner (Hulk)... In simple word "it's a movie that you must watch". 

Infront of GSC


Even pada mulanya rasa cite ni agak slow, tapi sebab ada babak humor tu tak la rasa boring sangat kan... Mr.H mmg suka sangat sebab dia mmg admire watak2 superhero ni... And now aku jugak dah admire superhero ni... And yang paling penting even apa jua yang aku tak tahu sejarah or latar belakang superhero tu, aku boleh tanya dengan wikipedia (Mr.H) hehehe...

And after watch movie sekali we all terperasan ada Mom & Baby Expo 2012, Malaysia’s largest parenting expo at MidValley Exhibition Hall from 11 till 13 May 2012. So jalan kejap je la kan. But when you see all the things with the discount and Sales Sign... arghhh mmg tak boleh resist la... Melambai2 je all the stuff. And for Mr.H luckily wifey dia tgh tak larat sangat berjalan so just grab a few things yang rasa mcm dah lama cari tapi baru jumpa hehehe (ngade je kan)... Kalo tak jawabnye keje kita hari ni SWAP at every stall la... Hehehe...



So aku just grab tunku besi (2kg) dengan sarung herbanya and a few barut baby size besar sebab masa azam dulu pakai barut yang strapper tu je sebab barut kain bnyk yang saiz kecik. So kononnya this time beli a few barut, then nnt lepas mesin jahit dah repair boleh buat sendiri barut tu ikut sample yang dah beli tu.. Itu pun kalo rajin la kan... Hahaha... Lepas tu mmg berkenan sangat dengan set tilam bantal + bakul baby. Harga around RM250-RM300. Tapi memandangkan lambat lagi baby nak guna, hmmm melepaskannya dengan berat hati. Tapi sempat la we all tanya2 alamat dengan owner tu so that we can go to the shop bila dah dekat due date nanti. 


Ada nursing room juga untuk ibu dan baby


Seronok tgk banyak jenis motor

Baby bath tab

Playgro corner

more exciting corner

leap frog corner

All the babies needs

Many choices of cars, walker and stoller

Lastly, one pic with Love Care Bear

Jalan2 skit lagi, Jalan2 skit lagi tgk mcm2 toys, katil baby, botol susu and semua macam keperluan untuk mama dan  baby pun ada. Mmg rambang mata la. Yang pentingnya sape nak pergi bawak la cash banyak2 kan... hehehe Then before balik sempat juga la grab few lego toys for Azam.

P/S : Hari ni dah menginjakkan kaki ke 30's. Terima Kasih Ya Allah atas kurnian Mu memberikan aku hidup bernafas di bumi ciptaan Mu ini... Moga perjalanan hidupku diberkati dan mendapat keredhaan Mu selalu... Semoga diri ini menjadi seorang insan yang baik, menjadi anak yang taat, menjadi isteri yang solehah dan menjadi ibu yang mithali... InsyaAllah... Tq Mr.H for a lovely day today. Really enjoy watching movie and shopping together. And not to forget, Tq pada semua yang wish birthday via mobile, sms, and dekat wall saya... Semoga kalian semua juga berbahagia dihari Jumaat ini penghulu segala hari... With lots of love x0x0