Tuesday, February 19, 2013

Baby Demam : Lung Infection

Kasihan anak ibu, antibodi nya masih belum kuat untuk melawan kuman... Mula2nya ibu yang batuk dan demam... berjangkit pula pada baby Ihsan... Bila demam baby Ihsan dan kurang dia start selesema dan batuk2. Mula2 ibu pikir takpe la sikit je... tapi bila dah melarat 3,4 hari... risau jugak and decided bawak baby ihsan ke klinik kesihatan untuk cucuk 3 bulan dan check doc sekali. As everybody know.. maybe polisi klinik kesihatan (KK) ni memang susah betul nak bagi ubat pada baby, even baby tu batuk non stop depan doc. Katanya "saya bagi ubat titis hidung je dulu dan puan tepuk2 belakang baby bila dia batuk" ... Jawapan aku "saya dah tepuk2, tapi masih tak keluar juga kahaknya... hidungnya pun saya sedut dengan mulut sebab kasihan tengok dia susah nak bernafas... " dan doc tetap kata it just a normal cough for baby... doc suruh balik rumah dulu dan pantau keadaan baby semula... aku akur je la...

Then last night tengok baby ihsan makin kuat batuk n nafasnya juga makin kencang. As a mother pasti aku dapat rasa sama ada baby ihsan sihat ataupun tidak. Dan naluri aku kuat mengatakan it's a INFECTION!!! Rasanya aku ni dah lebih tahu sebab simptomnya sama masa Azam kena jangkitan kuman dulu2. Hari ni pergi semula ke KK berjumpa doc kerana untuk refer ke hospital perlu ada surat rujukan. Pertemuan semula dengan doc di KK : katanya ada bunyi sedikit di paru2. Dan doc juga minta maaf dr aku sebab semalam tak check properly. Kata doc "maybe naluri seorang ibu tu lebih tepat"... Hmm entah la doc, aku malas nak argue masa2 cam gini... so aku just senyum je la...

menunggu giliran di Emergency Room selepas buat ujian darah dan  x-ray... kasihan tangannya kedua-dua belah kena cucuk untuk ambil darah

Dengan surat rujukan yang dibekalkan oleh doc KK, aku terus ke kaunter pendaftaran di Hospital Putrajaya. Dari situ aku terus disuruh bawa baby ke Emergency Department (ED). Alhamdulillah, maybe sebab tak ramai orang di ED dan kes ni melibatkan baby, kami dipanggil dengan segera ke bilik doc. Setelah diperiksa, doc suruh buat ujian darah dan juga X-Ray. Resultnya??? Ya Allah.. Memang betul kena infection. X-ray tadi menunjukkan ada sedikit infection di paru2 dan ujian darah juga menunjukkan sedikit infection dalam darah. Hmm doc kata nasib baik bawak2 awal2 ni sebab kalo dah merebak lagi susah nak rawat. Aku senyum je la lagi.. Malas nak cite pasal doc kat KK tu.

ubat2 yang dibekalkan oleh hospital

So berbekalkan ubat yang diberi, doc suruh monitor keadaan baby di rumah dan datang semula selepas 3 hari untuk pastikan ubat berkesan melawan kuman. Harap2nya baby Ihsan cepat sembuh ye sayang... Hmm baru bulan Febuary dah nak habis dah cuti tahunan ibu ni sayang... Huhuhu.. demi anak2, apa saja sanggup ibu korbankan...

masih suka senyum walaupun demam

dah tido dah sayang ibu lepas makan ubat




P/S : Semoga cepat sembuh dan sihat ceria sayangku ^__^


Thank you for reading this entry...

Monday, February 18, 2013

Thingking to much !!!


Lately ni i am back to my old habits. Which is thinking to much!!!


Apa kesnya entah la. Ada masa-masanya rasa malas, boring dan juga berserabut pikiran ni. Rasa berbelah bahagi. Keinginan menjaga baby prince Ihsan sendiri di rumah membuak-buak pula. Rasa rindu dengan pengalaman menjaga sendiri little prince Azam dulu-dulu...

Hmmmm...

P/S : Masih dalam pertimbangan ^__^!!!

Thank you for reading this entry...

Thursday, January 24, 2013

Almond Choc' Chip Cup Cake

Haa... best tak nama cup cake ni... Simple je utk first trial... 

Bahan2nya :

2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh garam halus(digaul dan diayak)*
150 ml minyak sayuran 

1 1/3 cawan gula halus*
2 biji telur gred A
1 cawan susu segar/air
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan coklat chip
1/2 cawan badam hancur (digaul rata)

Cara2nya :



1. Pecahkan telur dalam mangkuk (since aku guna telur saiz kecil, aku guna 6 biji...)


2. Masukkan air/susu (tak sempat cari susu, aku gantikan dgn air je...)

3. Masukkan minyak sayuran ke dalam mangkuk sekali (kalo nak pakai butter pun boleh)




4. Masukkan bahan2 bertanda * dan pukul dengan kelajuan sederhana...

5. Masukkan badam cincang...

6. Masukkan Choclate Chip ( aku letak banyak... :P )

7. Gaul dengan senduk kayu hingga sebati...


8. Masukkan adunan tadi dalam cawan kertas


9. Taburkan lagi choclate chip

10. Lebihan adunan aku tuang dalam aluminium foil je sebab cawan kertas dah abis...


11. Bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 25minit...

12. Inilah hasilnya...

13. Yang dalam aluminium foil td tambahkan masa 5 minit lagi iaitu 30 minit dgn suhu 180'C

14. Yeay... yummylicious...

Dapat banyak juga (20 cawan cup cake + 2 kek aluminium foil).

P/S : Berbaloi beli oven masa sale ni... hehehe ^__^!!!

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul


Jom sama2 kita berselawat :





Sayu hati dengar lirik dan melodi ni 

P/S : Andai Rasulullah masih ada... Semerbaklah haruman baginda... Setiap jiwa ingin bersamanya... Nur Muhammad terus bercahaya... ^__^


Friday, January 18, 2013

Berpantang : Menjaga Luka Jahitan Selepas C-Zer

Kembali dr post sebelum ini " bersalin-normal-vs-bersalin cesarean " dan " completed-44-days ", kali ni just nak share a bit tips tentang penjagaan luka jahitan bersalin. First time merasai bersalin secara c-zer mmg bnyk la yang dipikirkan. Di tambah lagi dengan cerita2 dr orang yang pernah bersalin secara c-zer.. fuh... macam ditambah2 perisa kesakitan tu. Bila dah rasa sendiri... allhuakbar... mmg sakit pun.

Ada yang cerita pasal takut nak mandi sebab takut luka tu terkena air. Ada jahitan terbukak la, bernanah la, keluar air bisa la, dan paling extrem ada yang kena jahit semula... TAKUT! TAK NAK! TAK NAK!

Since kakak iparku juga bersalin awal 3 minggu dariku dan juga melalui kaedah c-zer, dia la tempat aku rujuk. Maklum la dia lebih berpengalaman dalam hal2 ni kan... As advise : kena jaga luka jahitan tu baik2, jangan angkat berat2, dan kena sentiasa pastikan kawasan jahitan tu sentiasa kering. Actually not exactly jahitan sebab jahitan tu di sebelah dalam. Bahagian luaran tu just di lekatkan aje, lepas tu dispray dengan spray kali air. Itu yang nak kena jaga. Takut cantuman kulit tu terbukak.

So untuk penjagaan dalaman, makan la makanan2 yang membantu untuk cepat baikkan luka dalaman. Antara yang aku amalkan pati ikan  haruan ( juga boleh baca di sini ). Then makan vitamin2 as a supplement serta banyakkan makan buah oren (sunkist) untuk membantu penyembuhan luka dalaman. Lagi satu Luxor Jelly Gamat. Tapi aku tak sempat nak cari Luxor Jelly Gamat ni masa dlm pantang. Tapi sekarang start makan balik sebab ia membantu menyihatkan dalaman badan. Nak tgk Luxor Jelly gamat ni boleh tgk kat entry terdahulu di sini. 

Another tips is... sediakan bahan2 seperti dibawah ni :


1. Hair dryer
2. Cermin
3. Tisu

Ha... ni la 3 bahan penting. Ramai kawan2 yang tanya mcm mana aku boleh mandi dengan yakin sebegitu awal ( Hari ni bersalin, esoknya aku dah mandi). Sebab kalo tak mandi rasa mcm melekit2 badan. Kepala pun gatal2. Ada kawan2 yang cerita experience mereka sampai 2 minggu tak mandi. Mereka lap2 je bdn sebab tak berani luka tu kena air.

Hari pertama dan kedua tu aku pun mandi lap2 je la dulu. TAK BEST!!! Memang TAK BEST!!! Then bila dah balik ke rumah, atas nasihat my sister in-law... Mr. H tolong la belikan brg2 di atas. Lepas tu apa lagi, mandi la sepuas2nya. After mandi, lap dulu tempat jahitan tu menggunakan tisu. Then sambil baring di atas katil, perlahan2 keringkan guna hair dryer. Jangan pulak guna yang high volume, nnt melecur pulak kulit perut tu. Lastly guna cermin tu untuk tgk bahagian cantuman kulit tu untuk makesure takde air or nanah or anything suspicious. Kalo ada tu kena la pergi klinik untuk doc check. Tapi mmg aku amalkan cara ni every day for 44 days. Misi (nurse) yang check tu pun bagitahu cantuman perutku sangat2 kemas dan cantik. That's mean takde terbukak langsung! Yeay!!! Berjaya!!! Alhamdulillah!!!

P/S : Jangan takut nak mandi lepas bersalin secara c-zer ok... Badan segar, baru best kita menikmati tempoh berpantang n bertenaga untuk jaga diri dan juga jaga baby... ^__^

Thank you for reading this entry...

Tuesday, January 15, 2013

Setia Hujung Nyawa

Lepas satu, satu novel yang diadaptasi ke drama tv. dan kebanyakannya punya jalan cerita yang menarik. Actually bila baca novel tu mmg la feelkan, tapi bila dilakokan oleh pelakon yang sesuai, mmg lagi BEST!



So kali ni dah sangkut pulak dengan drama tv-novel ni : Setia Hujung Nyawa... yang gantikan last drama Cinta Itu Milikku. Dilakokan oleh Nellydia Senrose, Amar Asyraf, Ryzal Jaafar, Talha Harith, Raja Ema, Zila Bakarin, Sura Sojangi, Hilal Azman dan Bea Rameshan. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tulisan Fatin Nabila. Maybe sebab tiba2 je drama ni meletop, ramai la yang cari novelnya di pasaran. Then apa yang jadi? Asal pergi kedai buku je, HABIS! pergi kedai lain pun, HABIS!!! dah habis satu ipoh ni aku round... HABIS!!!!!!!!!!!



So lepas balik ke KL, last week baru berkesempatan out for shopping dengan Mr H dan anak2 kecilku ke IOI Mall (bak kata Azam OIOI Mall). Hehehe Finally pergi ke kedai buku Popular kat tingkat 3 (kalo tak silap). Cari2 kat bahagian Malay Novel , takde... aduhai... Then panggil la adik2 yang jaga dalam kedai buku tu... Baru je aku tanya " dik, ada tak novel Setia Hujung Nyawa? " dia terus je jawab, "oo yang tengah tayang kat tv tu kan? semua kat bahagian hot seller kat depan tu? tinggal beberapa buah je lagi..." Aku pun cakap "thanks" je la sebab nak cepat2 cari buku tu. Dan alhamdulillah it's the last 4 books yang tinggal. Nasib baik sempat... Then grab jugak la another one more novel Adam Dan Hawa tu. Even dah pernah baca novel tu dulu masa belajar di universiti. Saja je la, just for my collection...

Nah sinopsis drama novel ni:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidang terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

P/S : Cepat2 ke kedai buku bagi all my frenz yang nak cari novel ni.. Kata adik tu insyaAllah akan ada restock. No worries ok... ^__^!!!

Thank you for reading this entry...

Kebiasaan Kita Suatu Masa Dahulu



  • buka kipas.. bercakap depan kipas.. suara bertukar... bangganya.. siap nyanyi lagi.. (apa yang seronoknye ntah? dgr suara tu bergetar2?.. hehehe)

  • buka peti ais.. pastu buat eksperimen.. tutup pelan pelan..nak tgk lampu dlm tu padam ke tak .. (lagi ekstrem kalo buat experiment lekatkan lidah kat freezer tu)

  • naik kereta waktu malam.. tengok bulan.. pastu ingat bulan ikut kita (sekarang azam pun keep on asking "ibu... kenapa bulan tu ikut azam..." )

  • nampak helikopter @ kapal terbang.. siap lambai..(beranggapan org tu nampak kita)

  • naik basikal.. dapat lepas 2-2 tangan.. rasa mcm dah pro (pernah sekali lumba basikal sambil lepas tangan then terus jatuh dalam longkang kat taman jaya delima). TRAGIK!!!
pic credit to mr google

  • bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah2, sawah padi dah confirm,burung bentuk M mmg dah wajib (itu kira hebat dah tu). Ditambah pula dengan kotak sawah padi, then sawah padi tu kita lukis bentuk V pastu tarik lagi satu garisan kat tengahnya.

    pic credit to mr google

  • kalau lori@van milo datang kat sekolah..happy sangat.. dapat minum free (kalau boleh nak beratur berkali2)

  • waktu rehat kat sekolah suka lepak tepi longkang sekolah.. (mcm dah takde tempat lain nak lepak)



P/S : Kenangan itu selalunya mengusik jiwa kita... ^__^!!! Dan kenangan yang manis itu akan selalu buat kita tersenyum

Thank you for reading this entry...