Wednesday, April 18, 2012

Ujian: Batuk Teruk Di Awal Kehamilan

Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim menyebut:
 
*Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.*



Alhamdulillah aku diuji dengan demam dan batuk yang agak teruk kali ini. Apa yang lebih membimbangkan adalah usia kandungan yang masih awal. Namun aku yakin ada hikmah disebalik penyakit yang diberikan oleh Allah kepada setiap umatnya.

Last week berjumpa dengan doktor, doktor hanya advise untuk minum air masak banyak2 dan bagi ubat batul yang MILD saja. Namun masih belum lega lagi batuknya. Kahak juga dah bertukar warna ke warna kehijauan dan aku tahu skrg sudah ada jangkitan dan perlu dapatkan antibiotik untuk merawatnya. Hari ini aku terpaksa ke klinik semula untuk mendapatkan nasihat doktor. 

Terfikir juga nak cuba dapatkan produk lain untuk merawat batuk, contohnya HPA. Tapi agak khuatir dengan kandungan bahan yang digunakan. So buat masa ni hanya bertahan dan tunggu advise doktor dulu macam mana. Hopefully second time visit to clinic boleh la kurangkan batuk ni...

P/S : Manusia tidak dapat lari daripada ditimpa sakit dan sewajarnya kita menguatkan diri dan berusaha mencari penawarnya serta bertawakal pada Allah ^__^

Friday, April 13, 2012

Bersyukurlah dengan apa kita ADA

Hari ni boleh dikatakan almost 2 weeks BED REST dirumah. Planning nak balik kampung tapi ditegah oleh parents. Takut perjalanan jauh menjejaskan kesihatan... Hmmm.. Kena la bersabar untuk beberapa bulan lagi nampaknya.

minggu pertama bed rest banyak baring je la.. kerja2 rumah semua tak buat, Mr H tak bagi buat. So tgk TV, baca buku, tido. Tu je la... Masuk minggu kedua ni, start buat SUDOKU untuk isi masa lapang. Kerja rumah mana yang terdaya aku buat jugak la. Bila dan settle semua boleh la rehat n main sudoku balik. Dulu masa mengandungkan Azam mmg suka sangat main sudoku. Mula2 tu agak lambat jugak la nak siapkan satu puzzle, tapi bila dah dapat rentaknya, lajuuu!!!


Hari ni terbaca satu blog yang agak menyayat hati. Kisah sebuah keluarga yang kehilangan anak tersayang. Hampir 1 jam aku melayari blog itu. Air mata juga bergenang seketika. Mencari artikel2 lama di blog itu agar aku tahu ceritanya dari awal hingga ke akhir hayat anak itu. Ini bukanlah blog yang pertama yang aku baca yang mana menceritakan kisah2 sedih perjalanan hidup seseorang individu atau sesebuah keluarga. Namun setiap penulisan itu mengambarkan perasaan mereka ketika dan selepas melalui saat2 getir. Dan aku bertanya pada diriku sendiri, mampukah aku setabah mereka???

Memang aku sebagai seorang ibu adakalanya hilang juga kesabaran dalam melayani kerenah little prince ku yang amat aku sayangi (rasanya semua mommies pun akan hadapi situasi ni). Mana tidaknya dengan keletahnya yang bermacam ragam, manja, lasak dan talkative, hinggakan aku rasa dia hanya diam ketika dia tidur. Tambahan pula sudah makin pandai menyakat ibu dan ayah. Namun bila aku renungkan kembali, alangkah sunyinya hidup aku dan Mr H dan juga family kami jika berjauhan dengan our precious son.

Even sometime hilang sabar bila permainan yang baru kita kemas tak sampai 5 minit dah bersepah balik, or lantai yang kita lap licin berkilat sekelip mata aje ada kesan tumpahan nasi & titisan air milo, or ruang tamu yang baru kita kemas dah jadi tunggang langgang, or baju yang kita lipat habis bersepah balik, TAPI, itulah cabarannya punyai anak. Memang kadang2 tu laju je mulut ni membebel, tapi tangan tetap mengemas semula barang2 itu. So pendekatan aku, biarkan saja dia bermain sampai puas dan nasihati dia secara baik apa yang boleh dilakukan & apa yang tidak boleh. Jika dia menyepahkan mainannya, aku akan pujuk dia kemas semula setelah di selesai bermain. Alhamdulillah cara tu berkesan walaupun kadang kala dia sudah mula memberi alasan, seperti: 

"azam penat la ibu..." or 

"ibu la tolong kemas, azam tak tahu..." or 

"ayah kemas!" (tak pasal2 ayah pun terlibat. Hmmm...)

But at the end, semua tu jugak la yang buat aku tersenyum kembali bila mengingati keleteahnya itu. Pada semua momies (termasuk la diri aku sendiri), bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya di sebalik setiap kepenatan atau kepayahan yang kita rasa, pasti ada ketenangan disebaliknya jika kita bersyukur dan sentiasa berfikiran positive.

P/S : Hidup ini tidak susah jika kita tahu cari jalan untuk memudahkannya... ^__^

Wednesday, April 4, 2012

Apa-Apa Aje : Online Tutorial

Hmm.. disebabkan kena bed rest and tak boleh buat kerja2 berat (bahkan kerja rumah sekali pun) so menghabiskan masa menonton TV, baca buku, tido.. hehehe sesekali FB n sesekali blogging.

Hari ni entah macam mana mulanya boleh terpikir nak tgk tutorial menjahit, nak ingat balik apa yang pernah dipelajari dolu2 masa lepas SPM. Ingat lagi mama hantar kelas menjahit kat Tanjung Rambutan. Lama jugak belajar dekat situ n macam2 jenis baju belajar jahit , dari baju melayu, baju kurung, baju kemeja, salwakamis, baju sinderella, sampaikan uniform mama (nurse) tu pun sempat belajar jahit tau... 

Sekarang ni macam2 tutorial ada kat internet... tutorial make up, tutorial pakai tudung, tutorial menjahit, tutorial memasak, hmm tak payah nak hadiri kursus ke kelas ke... dulu2 semua kena mendaftar dekat kelas tau... and it's NOT FREE, so manfaatkan la apa kemudahan yang ada n ianya PERCUMA!!!

Ni antara tutorial yang aku rasa simple dan menarik la.. So sape nak cuba.. boleh google je tutorial2 apa yang korang nak buat...

ENJOY...!!!

tutorial baby dolls make-up

tutorial hijab hana tajima

tutorial apam polkadot

P/S : Semuanya serba canggih sekarang ni... ^__^

Sunday, April 1, 2012

Alhamdulillah di atas kurniaanMu Ya-Allah

Credits : Mr Google picture


Dengan kerdil diri ini aku bersujud tanda kesyukuran setelah doaku dimakbul kan Allah. Melalui saat kehilangan memang mengajar aku menjadi insan yang lebih tabah dan sejujurnya lebih mendekatkan aku dengan Maha Pencipta.

Pernah satu ketika aku menghadiri motivasi oleh seorang motivator terkenal, memberi tahu kita adalah hamba Allah. s.w.t yang kecil dan Allah s.w.t itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jadi kita harus sentiasa meminta dari-Nya.

Doaku tak putus2 mengharapkan rahmat dan anugerah pada kami sekeluarga. Dan kini sekali lagi aku diberikan peluang mengandungkan zuriatku atas keizinan Allah s.w.t

P/S : Semoga perjalanan ku dirahmati dan sentiasa di dalam keredhaanNya.

Saturday, March 10, 2012

As Simple As 1,2,3

ha.. apa yang senang sangat tu... Satu... Dua... Tiga... Siap!

Step 1 : Kena adalah apple cutter ni kan...


Step 2 : Letakkan buah apple di bawah cutter ni


Step 3 : Tekan dan potong... TaDaaa!!!



P/S : Something just make it more easier .. but pastikan buang kulit dulu la OK ^__^!!!

Sambutan Maulidul Rasul Surau Al-Jabbar

Alhamdulillah surau di kawasan ni dah semakin dihidupkan dengan pelbagai aktiviti. Kami sekeluarga sempat juga meluangkan masa dan little prince is the one who has most fun. seronok betul dia dapat berjalan-jalan mengelilingi taman perumahan sambil melagukan zikir2 kepada Rasul yang dicintai...







P/S : Semoga lebih banyak aktiviti dapat dijalankan bagi memeriahkan surau al-jabbar ^__^

Wednesday, March 7, 2012

Terapi Zikir



Alhamdulillah, berkesempatan lagi nak mengarang di blog ni. Memang banyak benda yang nak share out tapi selalu je malas nak bukak PC n malas nak menaip. Hehehe boleh cam tu? Last week few of mu friends tanya kenapa takde POST baru... Dah few times bukak tak update pun... Ha? Rajin ke korang bukak blog aku? Aku blogging ni pun sesaja je... Hmm takpelah.. skrg aku update OK... 

Almost a month aku nak share pasal POST ni. Pasal CD Zikir Terapi Diri dr Hafiz Hamidun. First time kalo tak silap aku, aku tgk rancangan yang pagi2 selalu kat TV tu kan (tak ingat dah rancangan apa). Dia ada la selitkan segmen bersama mamat ni yang menyanyikan zikir2. Hmm sekali aku dengar je... aduh.. mendayu betul la zikir ni... mencengkam JIWA!! Pulak dah...

So almost 2 bulan berulang alik ke kedai2 video seperti SPEEDY... katanya belum dikeluarkan lagi.. Hmm takpe la... itu je la rutin aku kan hari2 jumaat je masa lunch 2 hours tu aku mesti cari. Dan finally last few weeks akhirnya JUMPA!...

So aku pun start main CD ni dalam kereta. Memang lain dari yang lain beb! Tak caya? Beli dulu, pastu korang dengar, pastu korang komen kat sini... betul ke tak betul apa yang aku kata ni... Iramanya berbeza, dan yang penting ia ringkas. My little PRINCE, sekali dengar je dah boleh ikut zikir-zikirnya.


And the most amazing thing that happen to me is... aku berjaya mengawal perasaan marah ku bila memandu dijalan raya. pendek kata kesabaran ku semasa memandu lebih tebal.. hehehe kalo dulu mmg pantang orang buat kesalahan lalu lintas, pasti akan ku bebel sampai kesudah... tapi lately bila dengar zikir2 ni secara automatik bibir akan turut sama mengalunkannya dan hati jadi lebih tenang. So betul la nama CD nya Zikir Terapi Diri... 

Nah... kalo korang masih ragu, layan preview ni...


Ni full version Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun


Ni full version Astaghfirullah - Hafiz Hamidun



P/S : Tak percaya??? Jangan percaya selagi tak cuba OK... ^__^