Tuesday, October 25, 2011

Back To Work!!!



Alhamdulillah, telah selamat memulakan kerja semula di opis. Perasaan masuk kerja ni bercampur baur. Tapi susah nak aku katakan apa sebenarnya yang aku rasa. Namun aku gagah kan diri agar terus tabah dan terus tersenyum. Dalam hatiku asyik memujuk diri ~PLS DON'T CRY~

Aku tahu aku semakin kuat menghadapi ujian dalam hidup. Dengan sokongan semua yang menyayangi aku, aku mampu lakukan. Walaupun ada segelintir suara-suara sumbang yang menyindir namun tak mahu aku ambil kisah lagi. Ini ketentuan Allah dan siapa kamu untuk mempersoalkan keputusan Allah.

Usaha mengawal diri dari stress nampaknya semakin ada improvement. So far takde la rasa nak marah or nak menjerit sgtkan.. hehehe... Kehidupan juga dirasakan kembali tenang. semoga semuanya berjalan dengan lebih baik lagi... insyaallah...

P/S : Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan ^__^

Friday, October 21, 2011

Drama Oh Drama

Layan drama kat TV 1 - Masihkah ada sinar, kisah ketabahan seorang wanita... Memang best la layan drama pagi2 ni. Meleleh gak air mata ni... Hehehe yang bestnye ada lagu Krisdayanti - Aku Wanita Biasa dan juga Azharina - Rawan. Best melodi dia...

Layan kan aje...






P/S : Lalalalala ^__^

Supplement

Dalam dua minggu ni memang agak penat sikit berulang-alik ke hospital dan klinik. Baru2 ni perut terasa sedikit sakit dan pergi semula ke klinik. Lepas scan, alhamdulillah darah semua dah takde cuma masih bengkak skit. So doc advise untuk continue rest dulu & makan ubat-ubat yang diberi. Bil memang agak expensive la tapi nak buat macam mana kan, kena makan jugak ubat-ubat tu. Hmmm...

Doc juga advise untuk amik supliment. So harap2nya supliment ni akan membantu menguatkan diri. So terus ke Farmasi dan dapatkan supliment KORDEL. Mula2 nak beli 21'st century tapi sebabkan tgk KORDEL lebih lengkap dengan Folic Asid, Calcium, DHA, Iron dan Magnesium. Beli botol besar (120 capsule) dapat botol kecil (30 capsule) for FREE.


P/S : Hopefully lepas ni cepat sembuh dan bersemangat nak teruskan aktiviti harian macam biasa. Dan yang penting, taknak STRESS lagi!!!

Tuesday, October 18, 2011

Real Steel is AWESOME!!!

Semalam mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan menenangkan fikiran bersama Mr. Hubby... So we decided to watch movie and we selected "REAL STEEL". Actually aku pun heran jugak, working days pun ramai juga ye yang datang menonton. Movie start agak lambat so borak2 dengan En Hubby sambil tgk preview2 filem2 yang ditayangkan. Lupa sekejap pada semua masalah dan stress yang bersarang dalam kepala ni.

Sebelum start tgk movie ~ sempat posing dulu ~

My OO My... Hehehe tak tahu nak gambarkan perasaan tgk filem ni. Memang menarik terutamanya bagi peminat yang sukakan robot2 dan juga sedikit aksi ganas bila robot2 ni berlawan. Dari sumber bacaan aku, cite ni digarap dari cerita pendek zaman dolu2 seawal 1956 dengan tajuk asalnya STEEL. Namun kini telah deperbaharui dengan garapan pengarah terkenal Shawn Levy dan bintang utamanya Hugh Jackman. And the funny thing is aku cakap dgn Mr Hubby aku suka tgk Hugh Jackman berlakon sebab dia pandai bawak emosi and Mr Hubby suruh guest Hugh Jackman terkenal dengan filem apa..? Aku tak tahu la... Then Mr Hubby said is X-MEN sebagai Wolverine... Hehehe patut la aku tak cam. Dalam cite tu kan dia berjambang!!!

New REAL STEEL movie

Hugh Jackman memegang watak Charlie Kenton, bekas peninju dan digambarkan sebagai ayah yang gagal mempertahankan kebahagiaan keluarga dan kini dia diberi peluang bersatu kembali dengan anak lelakinya dalam masa yang singkat.  Watak kanak-kanak berusia 11 tahun dilakonkan oleh Dakota Goyo sebagai Max Kenton. Bagi aku Dakota berjaya membawa wataknya dengan mempunyai sifat 2 yang dimiliki oleh ayahnya, Charlie. Dan ini membuatkan aku ketawa apabila kedegilan yang dipaparkan menyerupai kedua2nya.

Dakota Goyo sebagai Max Kenton

Beberapa watak robot2 yang menarik juga dalam filem ini mencuri tumpuan aku untuk mengikuti jalan cerita ini sampai ke akhirnya. Dimulakan dengan watak AMBUSH, sebuah robot usang yang digunakan untuk berlawan di gelanggang lembu jantan dan akhirnya ditewaskan oleh lembu jantan yang bernama BLACK THUNDER. Kemudian Charlie membeli sebuah lagi robot NOISY BOY dan tewas juga bila berlawan dengan MIDAS -juga tewas akibat kedegilan Charlie.

The FIRST Robot
The SECOND Robot
The BAD Robot
Robot yang terakhir iaitu ATOM dijumpai oleh Max semasa mengikut Charlie ke kawasan besi buruk dan mereka memperbaiki nya bersama teman wanita Charlie dan melatihnya berlawan boxing. Di sinilah bermulanya kisah menarik dalam filem ini. Emosi bercampur2 apabila menonton filem ini... Perlawanan antara ATOM dengan robot2 lain adxalah amat mengujakan dan juga aksi tarian robot antara Max dan Atom sangat CUTE!!!

The FINAL Robot ~ THE HERO ~


Rasa tak puas apabila selesai menonton filem ini hingga ke akhirnya. I just LOVE this movie... So share dengan u ouls sedikit sebanyak gambar2 sedutan filem ini ye...

ATOM yang mengikut setiap gerakan Charlie dalam perlawanan

Pertarungan sengit hingga 5 Pusingan

Babak yang paling aku KAGUM!!!
Full of ACTION

Memang BEST!!!

Hopefully ada lagi filem2 macam ni...

Pada yang belum convince lagi untuk tonton boleh la tgk preview2 menarik dari sedutan filem ni di web REAL STEEL PREVIEW or www.steelgetsreal.com


 P/S : Thanks Mr Hubby for the QUALITY time .. Together... ^__^

Monday, October 17, 2011

Yuna's TVC -Watch & Win Contest

Bila dah berehat di rumah ni, lama la cutinya kan... So a bit boring. Jadi amik pendekatan menyertai apa saja contest / peraduan yang ada.. Hehehe... Yang terkini contect di FB yang membuatkan aku terpaksa stick dekat wall FB dari Canon the whole 2 days to update the info.. Ada rezeki ada la kan... So jom ramai2 join...


Watch Yuna's TVC with Canon and win BIG prizes in next 24 hours! Tune in to the Canon Camera (Malaysia)'s facebook page in next 24 hours and be sure to pay close attention. Then correctly answer the three questions on this page about the TVC for a chance to win some incredible Canon merchandise!

Questions
Q1: While Yuna was shooting at the newsstand by the road side, what mode she has changed to on the mode dial?
Q2: What basic shooting mode Yuna was using while shooting at the satay stall?
Q3: to be released at 8.30am, October 17, 2011
  
Contest Mechanism
Step 1:
Logon to www.facebook.com/canoncameramsia at the following period to watch the TVC Clips
Clip 1: October 16, 2011(Sunday), 4.30pm till October 17, 2011(Monday), 12.29am
Clip 2: October 16, 2011(Sunday), 12.30am till October 17, 2011(Monday), 8.29am
Clip 3: October 17, 2011(Monday), 8.30am till October 17, 2011(Monday), 4.29pm

Step 2:
Compile the question and answer announced by Canon during the release of each clip

Step 3:
Compile all 3 answers and submit to the dedicated tab - Watch & Win tab (below Canon Facebook Profile Page) at Canon Camera (Malaysia)'s Facebook Page - www.facebook.com/canoncameramsia at 8.30am, 17th Oct 2011

** Submission form will be released on October 17, 2011(Monday) at 8.30am.

Winner Selection
The winner(s) will be selected based on the correct answer(s) and the fastest time.

Prizes
1st Prize:
EOS 1D Mark IV Miniature Mock + EF Lens Collection Cup (70-200) + EOS Card Tofu Card Reader + EOS Notebook + EOS X-mini Speaker

2nd Prize:
EF 100mm Mug + EOS Card Tofu Card Reader + EOS Notebook + EOS X-mini Speaker

3rd Prize:
EOS X-mini Speaker +  Canon EOS 1100D Notepad + EOS 1100 Miniature Keychains

20x Consolation Prize
Canon EOS 1100D Notepad + EOS 1100 Miniature Keychains

Friday, October 14, 2011

Pertanyaan Azam

Hari ni semasa mengambil Azam pulang dari taska, sempat berbual dengan Teacher Ain yang memang akrab dengan Azam. Memang diakui kelasakannya hanya individu tertentu saja yang boleh tahan. Kadang2 ibu pun takleh tahan... Hehehe (kena la banyak bersabarkan). Makin besar, makin bijak, makin manja, makin pandai berkata-kata, macam-macam kemahuan, dan macam-macam keletahnya. Dialah penawar hati, dialah pengubat rindu...

Teacher Ain bercerita pada aku, hari ini Azam beritahu teacher... "Teacher, adik dekat syurga... adik sakit... Tuhan amik..." Aku pun hanya senyum mendengar apa yang dikatakan oleh Teacher Ain. Aku pun beritahu Teacher Ain itulah yang terpaksa aku jelaskan pada Azam apabila setiap hari dia bertanyakan adiknya.

Hanya sekali aku memberitahu Azam bahawa adik sakit dan telah dijemput oleh Tuhan di syurga. Azam memandang tepat pada wajahku dan mengulang apa yang aku cakap. Cepat betul dia mengingatinya dan samaada dia faham atau tidak, tapi itulah yang diulangnya 2,3 hari ini...








P/S : Anak ibu dah besar dan semakin pandai. Ibu & Ayah sayang Azam... ^__^

Wednesday, October 12, 2011

Hikmah dari-Nya

Hari ini semasa dalam perjalanan pulang dari klinik, terserempak dengan jiran tetangga yang menunggu di depan pagar rumah. Bertegur sapa dan mereka menanyakan perkhabaran tentang aku yang keguguran. Alhamdulillah, aku punyai jiran tetangga yang prihatin dan mengambil berat. Dalam perbualan kami, terselitlah kisah keguguran yang berlaku pada aku. Ustazah Salmah tinggal selang beberapa rumah dari rumah ku. Aku pangiil dia dengan gelaran Kak Sal. Majoriti jiran2 ku di sini lebih tua dari aku dan mereka juga turut membahasakan diri mereka kakak.


Kak Sal bertanya tentang keadaan aku yang nampak tenang. Aku pun menceritakan dari awal aku disyaki keguguran hinggalah terjadinya peristiwa itu. Kak Sal turut memberikan kata semangat dan sedikit sebanyak nasihat tentang apa yang aku alami...

 

 


Kak Sal : "Noorul kena tabah hadapi ujian Allah. Hanya yang terpilih saja diuji sebegini..."

Noorul : "InsyaAllah Kak Sal, memang Noorul sedih, kadang2 bila teringat balik Noorul akan menangis... "

Kak Sal : " Ada satu kisah di mana kanak2 menangis menanti di pintu syurga. Apabila ditanya kenapa mereka menangis dan tidak mahu masuk ke dalam syurga, mereka menjawab mereka menunggu ibu bapa mereka untuk masuk sekali. dan kemudia mereka berdoa kepada Allah dan rasul hinggalah ibu bapa mereka turut dimasukkan ke syurga bersama mereka..."

Noorul : "Ye Kak Sal, itulah yang membuatkan Noorul kuatkan semangat dan pujuk hati ini untuk redha... "

Kak Sal : "InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik semua ini, Berdoa agar Allah berikan kekuatan dan insyaAllah pasti ada lagi rezeki yang akan datang..."


Perbualan kami berhenti di situ kerana sudah hampir masuk waktu maghrib. Malam ini memang agak sayu... Tiba2 hati ku rasa rindu... Rindu pada anak-anak kecilku yang telah pergi... Setelah melayan Azam bermain, hingga dia tidur... kini aku di hadapan komputer riba ku melayari laman2 mencari bahan ilmiah untuk menambah pengetahuan dan berkongsi dengan kalian...



Hikmah disebalik keguguran

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)


Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.


Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.


Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"


Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.


Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.


Firman Allah SWT yang maksudnya :
"Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

...............................................................................

Menurut hadis Qudsi:

Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak2 :
 
''Masuklah kalian ke dalam Syurga''
 
Anak-anak itu berkata:

'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''
 
Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah Berfirman lagi,

''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
 
Mereka menjawab,

'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
 
Allah pun berfirman,

'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''


(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)


Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama�mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid",
artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga."

Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:
  1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing
  2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.
  3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.
  4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas airuntuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagiselama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.
  5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padangMasyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat menitishirat yang pertama.
  8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:

"Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu".

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.


"Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami".


Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itudatang dengan segera, denganfirman Allah Yang Maha Mengetahui:

"Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian".


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla� dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya.
(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)