Friday, October 14, 2011

Pertanyaan Azam

Hari ni semasa mengambil Azam pulang dari taska, sempat berbual dengan Teacher Ain yang memang akrab dengan Azam. Memang diakui kelasakannya hanya individu tertentu saja yang boleh tahan. Kadang2 ibu pun takleh tahan... Hehehe (kena la banyak bersabarkan). Makin besar, makin bijak, makin manja, makin pandai berkata-kata, macam-macam kemahuan, dan macam-macam keletahnya. Dialah penawar hati, dialah pengubat rindu...

Teacher Ain bercerita pada aku, hari ini Azam beritahu teacher... "Teacher, adik dekat syurga... adik sakit... Tuhan amik..." Aku pun hanya senyum mendengar apa yang dikatakan oleh Teacher Ain. Aku pun beritahu Teacher Ain itulah yang terpaksa aku jelaskan pada Azam apabila setiap hari dia bertanyakan adiknya.

Hanya sekali aku memberitahu Azam bahawa adik sakit dan telah dijemput oleh Tuhan di syurga. Azam memandang tepat pada wajahku dan mengulang apa yang aku cakap. Cepat betul dia mengingatinya dan samaada dia faham atau tidak, tapi itulah yang diulangnya 2,3 hari ini...








P/S : Anak ibu dah besar dan semakin pandai. Ibu & Ayah sayang Azam... ^__^

Wednesday, October 12, 2011

Hikmah dari-Nya

Hari ini semasa dalam perjalanan pulang dari klinik, terserempak dengan jiran tetangga yang menunggu di depan pagar rumah. Bertegur sapa dan mereka menanyakan perkhabaran tentang aku yang keguguran. Alhamdulillah, aku punyai jiran tetangga yang prihatin dan mengambil berat. Dalam perbualan kami, terselitlah kisah keguguran yang berlaku pada aku. Ustazah Salmah tinggal selang beberapa rumah dari rumah ku. Aku pangiil dia dengan gelaran Kak Sal. Majoriti jiran2 ku di sini lebih tua dari aku dan mereka juga turut membahasakan diri mereka kakak.


Kak Sal bertanya tentang keadaan aku yang nampak tenang. Aku pun menceritakan dari awal aku disyaki keguguran hinggalah terjadinya peristiwa itu. Kak Sal turut memberikan kata semangat dan sedikit sebanyak nasihat tentang apa yang aku alami...

 

 


Kak Sal : "Noorul kena tabah hadapi ujian Allah. Hanya yang terpilih saja diuji sebegini..."

Noorul : "InsyaAllah Kak Sal, memang Noorul sedih, kadang2 bila teringat balik Noorul akan menangis... "

Kak Sal : " Ada satu kisah di mana kanak2 menangis menanti di pintu syurga. Apabila ditanya kenapa mereka menangis dan tidak mahu masuk ke dalam syurga, mereka menjawab mereka menunggu ibu bapa mereka untuk masuk sekali. dan kemudia mereka berdoa kepada Allah dan rasul hinggalah ibu bapa mereka turut dimasukkan ke syurga bersama mereka..."

Noorul : "Ye Kak Sal, itulah yang membuatkan Noorul kuatkan semangat dan pujuk hati ini untuk redha... "

Kak Sal : "InsyaAllah, pasti ada hikmah disebalik semua ini, Berdoa agar Allah berikan kekuatan dan insyaAllah pasti ada lagi rezeki yang akan datang..."


Perbualan kami berhenti di situ kerana sudah hampir masuk waktu maghrib. Malam ini memang agak sayu... Tiba2 hati ku rasa rindu... Rindu pada anak-anak kecilku yang telah pergi... Setelah melayan Azam bermain, hingga dia tidur... kini aku di hadapan komputer riba ku melayari laman2 mencari bahan ilmiah untuk menambah pengetahuan dan berkongsi dengan kalian...



Hikmah disebalik keguguran

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)


Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.


Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.


Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"


Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.


Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.


Firman Allah SWT yang maksudnya :
"Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

...............................................................................

Menurut hadis Qudsi:

Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak2 :
 
''Masuklah kalian ke dalam Syurga''
 
Anak-anak itu berkata:

'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''
 
Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah Berfirman lagi,

''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
 
Mereka menjawab,

'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
 
Allah pun berfirman,

'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''


(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)


Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama�mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid",
artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia.Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga."

Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:
  1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing
  2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.
  3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.
  4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas airuntuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagiselama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.
  5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.
  6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.
  7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padangMasyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat menitishirat yang pertama.
  8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi:

"Mengapa Aku lihat anak-anak itu masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu".

Pada saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka.


"Kami belum mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami masuk juga bersama kami".


Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT dengan penuh harapan. Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itudatang dengan segera, denganfirman Allah Yang Maha Mengetahui:

"Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian".


Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla� dan qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya.
(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)

Tuesday, October 11, 2011

Berpantang without the babies...

It's really weird to go thru this situation. Berpantang, but without the babies. Hmmm... Kali ni berpantang taklah terlalu ketat macam berpantang masa lahirkan Azam. yelah masa lahirkan Azam dulu, aku berpantang di kampung. Semuanya disediakan oleh mama dan bibik. Tapi kini aku dan suami uruskan sendiri. Mama & Abah keep on calling tanya condition aku. Alhamdulillah semuanya masih terkawal. Baik dari segi fizikal mahupun emosi. Mama & Abah nak aku balik kampung agar mereka boleh jaga aku, tapi aku rasa lebih baik aku disini kerana aku tak mahu mereka rasa sedih melihat keadaan aku & aku juga tak sampai hati nak tinggal Mr Hubby sorang2 dekat sini. Mesti dia sunyi & akan lebih pikirkan ttg kehilangan ini. Aku tahu mereka risaukan aku. Not only them, my siblings and others also keep on calling to give support and advise. Thanks All...

Mr Hubby is very2 nice. Semua keperluan aku untuk berpantang disediakannya. Semua kerja rumah turut dibantu. Daripada memasak, membasuh baju, basuh pingan mangkuk, dan juga handle our precious son, Azam. Aku tahu dia risau dan juga sedih namun tak ditunjukkannya pada sesiapa pun, termasuk aku. Sesekali aku menangis juga mengenangkan kehilangan kembar yang hanya sempat beberapa bulan aku kandung, dan sedikit sebanyak ia membuatkan aku tenang kerana dapat meluahkan kesedihanku. Namun tidak pada Mr Hubby. Hanya genangan air mata saja yang aku lihat. Aku kagum dengan ketabahan dan kesabarannya. Aku tahu dia lakukan semuanya kerana dia sayangkan aku. Aku tahu dia sedih kerana kehilangan twins kerana selama ini kami selalu berangan2 inginkan anak kembar kerana salasilah keluarganya ada yang kembar. Namun kami redha. Mungkin ada rezeki yang lebih baik dari ini... InsyaAllah... love u Mr hubby...

Berpilis (but not really sure of the function) Orang tua2 advise... ikut je la kan...

Berstokin 24H/day - Memang perlu sebab tak nak badan masuk angin dan rasa sejuk tulang. Memang berkesan sebab masa mengandung Azam dulu tak buat betul2, sakit satu badan.

Berpantang kali ini lebih rileks sebab Azam tetap dihantar ke taska agar aku dapat berehat dan menjaga diri dengan baik. So rutin macam biasa, bangun pagi lepas mandi berurut dan bertungku. Pilis dilepekkan di dahi, rambut diikat tinggi dan ketat (aku pun tak tahu apa tujuannya). Makan antibiotik yang dibekalkan hospital, suplement gamat plus. tak berani nak makan pil2 herba sebab takut panas sgt.

Tungku moden yang sangat berguna. Memang panas n best bila bertungku... Tapi kena balut dengan kain sebab SUPER HOT OK... nnt melecur pulak kulit perut.. hahaha

Lepas balut boleh start bertungku. 4 times a day (pagi, tengah hari, sebelum maghrib & malam)

Makan dalam pantang, macam biasa la... Ikan2 yang memang jarang makan. Hehehe thanks to Mr Hubby for Ikan siakap stim halia, ikan haruan, ikan merah, ikan bilis goreng kering, ulam halia muda, bawang besar n kicap...

Jeli Gamat... rasanya... Eiiww.. tapi nak buat macam mana, nak cepat baik kena la makan jugak... 2 sudu  2 kali sehari

My Favorite Ginger Cream sebab memang SUPER HOT!!!

Jamu2 untuk pilis, minyak kayu putih, herba untuk berbengkung. Pil2 dia tak berani makan sebab takut panas sgt.

Minyak Affiat, mmg wajib ada untuk berurut, sapu pada tapak kaki sebelum pakai stokin.

Ikan bilis yang digoreng kering (tanpa minyak)

P/S : Sometimes, we need to make something fun to release the tens and to make it better...

Monday, October 10, 2011

Farewell My Twins...

Sekelip mata saja kalian telah tiada. Rasanya baru seketika dikhabarkan dengan berita gembira bahawa ibu mengandungkan kalian. Ya benar, ibu kehilangan kalian. It's a TWINS!!! Walau sesekali ibu menangis, ibu dan ayah redha dan telah bersedia dengan apa yang terjadi.
 
Jam 2 pagi perut terasa memulas sgt. Tetiba rasa air kekutuban pecah. Mama advise makan panadol untuk tahan sakit. Jam 3.30 pagi, baru ibu nak terlena, Azam pulak menangis sayu. Tak pernah Azam menangis macam tu. Ayah pujuk Azam tapi masih lagi menangis, tak tahu kenapa? Mungkin azam tahu akan kehilangan adik-adiknya. Tiba2 semuanya terjadi. Ibu turun darah dan terus kehilangan kalian. Ibu dan ayah bersihkan kalian dan pagi ini di hospital semuanya berjalan lancar... semoga kalian gembira di sana... :)
 
P/S :  Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Sunday, October 9, 2011

Please Pray for Me and My Baby - IV

Mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuhi hari esok. Ada bahan bacaan yang amat berguna sebagai pengetahuan ku dan ada juga yang memberiku semangat dan dorongan. Salah satu blog yang memberi aku kekuatan mengenai situasi ku ini adalah blog http://drazwan.blogspot.com.

Sedikit sebanyak dapat memberi aku ketenangan dan juga pandangan dari sudut yang berbeza. Antara yang diperkatakan oleh beliau adalah:

"...Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.

Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkan makanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi kat Restoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabila diberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yang tajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajian saintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nak elakkan maka elakkan lah.

Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung (luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cuba termasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubat pula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab saya orang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untuk menggugurkan kandungan.

Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma seperti jatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pintu rahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung, demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga boleh menyebabkan keguguran.

Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasa houseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut sepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awal mengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan zuriat.

Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utama keguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unik penciptaannya.

Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar.

Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.

Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukar mengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapa bulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ibu. Syukurlah...

P/S : Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.

Please Pray for Me and My Baby - III

Just coming back again from Putrajaya Hospital... Menunggu agak lama di ED (Emergency Department). Almost 2H, baru dapat jumpa doktor... pelik jugak sedangkan dekat papan tanda di ED tu dah terang2 bagitahu ibu hamil yang mengalami pendarahan diberi keutamaan. Hmmm... Then lagi membuatkan aku risau sebab yang periksa aku tu pun BUkan Doktor. Just MA (Medical Assistant). Dia pun scan jugak lagi sekali pun masih tak dapat bagi keputusan. Cuma apa yang diberitau saiz baby nampak kecil dari sepatutnya. Soalan yang sama ditanya berulang2 membuatkan aku rasa bingung dengan sistem yang digunakan. Bukan kah dah ada history kat dalam sistem tu... Adoi..

Then nak tak nak terpaksa balik rumah dulu. Aku pujuk hati ku supaya bersedia dengan apa jua kemungkinan dan kebarangkalian aku akan kehilangan bayi ini. Penat menunggu keputusan sebenar dan kerisauan ini membuatkan aku bertambah tertekan... 

P/S : Menanti hari esok ibarat menunggu keputusan antara hidup dan mati... Setiap saat dirasakan terlalu lambat berlalu... SubahanAllah... SubahanAllah... SubahanAllah...

Please Pray for Me and My Baby - II

Pagi ni darah rurun lagi. Agak banyak sedikit berbanding hari jumaat. So dapatkan pandangan mama and juga rakan2 yang pernah mengalaminya. Cuba tenangkan fikiran dan tanamkan dalam diri bahawa aku perlu terima segala kemungkinan. Pagi ni akan terus bersiap ke hospital semula.

Tipulah kalau aku kata aku tak sedih! Memang bila berbual dengan parents and rakan2 aku cuba tahan diri dari menangis kerana aku tak mahu mereka juga risau. Depan En Hubby pun aku cuba tahan dan buat macam biasa. Namun malam tadi, kerisauan itu memang membelenggu diri dan aku perlu luahkannya agar hati ku sedikit tenang. Air mata mengalir juga bila aku berbicara dengan hubby ttg kemungkinan yang perlu kami hadapi. 

Aku tahu hubby juga sedih namun dia cekalkan dirinya untuk aku! Sayang sayang abg... Aku tahu hubby memang inginkan sangat anak yang kedua ini. Dialah yang paling gembira semasa aku dapat keputusan aku hamil. Namun apa yang bakal berlaku dan apa saja ketentuan dari Allah, aku yakin ia adalah yang terbaik buat ku. 

P/S : Semuanya adalah pinjaman dariMu Ya-Allah... dan aku bersyukur kerana Engkau telah memberi aku kesempatan menikmatinya...