Sunday, October 9, 2011

Please Pray for Me and My Baby - IV

Mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuhi hari esok. Ada bahan bacaan yang amat berguna sebagai pengetahuan ku dan ada juga yang memberiku semangat dan dorongan. Salah satu blog yang memberi aku kekuatan mengenai situasi ku ini adalah blog http://drazwan.blogspot.com.

Sedikit sebanyak dapat memberi aku ketenangan dan juga pandangan dari sudut yang berbeza. Antara yang diperkatakan oleh beliau adalah:

"...Memang benar bahawa masalah keguguran ini banyak faktornya.

Apabila seseorang ibu mengalami keguguran, ada yang menyalahkan makanan. "Ini tentu sebab makan ayam penyet atau empel sapi kat Restoran Wong Solo, Kg Baru lah ni", kata suami si Polan apabila diberitahu isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Dalam budaya melayu ada yang menyalahkan buah-buahan atau sayur-sayuran. Yang paling popular ialah nanas kerana sifatnya yang tajam. Sejauh mana kebanarannya saya tidak tahu kerana tiada kajian saintifik dijalankan yang terhadap nanas. Maknanya, kalau puan-puan nak elakkan maka elakkan lah.

Saya pernah mendapat panggilan yang menyatakan bahawa beliau mengandung (luar nikah) dan ingin menggugurkan anaknya. Telah banyak kali cuba termasuk memakan nanas tapi tak berjaya, oleh itu dia mahu mencuba ubat pula. Seperti yang saya biasa jawab, saya tak buat itu semua sebab saya orang Islam. Nenas pada saya, cara yang paling tidak berkesan untuk menggugurkan kandungan.

Secara amnya, ada banyak sebab terjadinya keguguran. Trauma seperti jatuh motor atau kemalangan boleh menyebabkan keguguran, penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit genetik atau autoimun, pintu rahim yang lemah, racun, ubat-ubatan, pembedahan ketika mengandung, demam tinggi akibat jangkitan kuman sehingga lah ke stress juga boleh menyebabkan keguguran.

Terdapat seorang sahabat saya yang bertugas sebagai doktor semasa houseman, beliau mengalami keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut sepanjang bertugas. Akhirnya beliau terpaksa mengambil cuti ketika awal mengandung untuk mengurangkan stressnya. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan zuriat.

Pada hakikatnya, menyalahkan sesuatu penyebab sebagai sebab utama keguguran adalah sukar kerana setiap individu manusia adalah unik penciptaannya.

Berbalik kepada masalah keguguran itu tadi. Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar.

Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.

Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada. Ramai yang saya terjumpa sukar mengandung bertahun-tahun, tetapi selepas mengalami keguguran, beberapa bulan selepas itu, maka Allah mengurniakan sekali lagi peluang untuk menjadi ibu. Syukurlah...

P/S : Allah memberi ujian dan rahmatNya melalui banyak cara. Yang diuji dan teruji, pasti menerima ganjaran daripada Allah. Disebalik ujian pasti ada hikmah dari Nya.

Please Pray for Me and My Baby - III

Just coming back again from Putrajaya Hospital... Menunggu agak lama di ED (Emergency Department). Almost 2H, baru dapat jumpa doktor... pelik jugak sedangkan dekat papan tanda di ED tu dah terang2 bagitahu ibu hamil yang mengalami pendarahan diberi keutamaan. Hmmm... Then lagi membuatkan aku risau sebab yang periksa aku tu pun BUkan Doktor. Just MA (Medical Assistant). Dia pun scan jugak lagi sekali pun masih tak dapat bagi keputusan. Cuma apa yang diberitau saiz baby nampak kecil dari sepatutnya. Soalan yang sama ditanya berulang2 membuatkan aku rasa bingung dengan sistem yang digunakan. Bukan kah dah ada history kat dalam sistem tu... Adoi..

Then nak tak nak terpaksa balik rumah dulu. Aku pujuk hati ku supaya bersedia dengan apa jua kemungkinan dan kebarangkalian aku akan kehilangan bayi ini. Penat menunggu keputusan sebenar dan kerisauan ini membuatkan aku bertambah tertekan... 

P/S : Menanti hari esok ibarat menunggu keputusan antara hidup dan mati... Setiap saat dirasakan terlalu lambat berlalu... SubahanAllah... SubahanAllah... SubahanAllah...

Please Pray for Me and My Baby - II

Pagi ni darah rurun lagi. Agak banyak sedikit berbanding hari jumaat. So dapatkan pandangan mama and juga rakan2 yang pernah mengalaminya. Cuba tenangkan fikiran dan tanamkan dalam diri bahawa aku perlu terima segala kemungkinan. Pagi ni akan terus bersiap ke hospital semula.

Tipulah kalau aku kata aku tak sedih! Memang bila berbual dengan parents and rakan2 aku cuba tahan diri dari menangis kerana aku tak mahu mereka juga risau. Depan En Hubby pun aku cuba tahan dan buat macam biasa. Namun malam tadi, kerisauan itu memang membelenggu diri dan aku perlu luahkannya agar hati ku sedikit tenang. Air mata mengalir juga bila aku berbicara dengan hubby ttg kemungkinan yang perlu kami hadapi. 

Aku tahu hubby juga sedih namun dia cekalkan dirinya untuk aku! Sayang sayang abg... Aku tahu hubby memang inginkan sangat anak yang kedua ini. Dialah yang paling gembira semasa aku dapat keputusan aku hamil. Namun apa yang bakal berlaku dan apa saja ketentuan dari Allah, aku yakin ia adalah yang terbaik buat ku. 

P/S : Semuanya adalah pinjaman dariMu Ya-Allah... dan aku bersyukur kerana Engkau telah memberi aku kesempatan menikmatinya...

Please Pray for Me and My Baby - I

Frenz, Pls pray for me and my baby. Semalam lepas waktu pejabat terperasan ada keluar darah. So lepas di advise oleh rakan2 sekerja, buat keputusan untuk ke klinik. Doktor cuba scan dan cari degupan jantung baby. Tapi TAKDE!!! Rasa tersentap jantung mendengarnya. Doktor scan lagi sekali masih tak jumpa. Aku risau... Doktor pun risau. Tapi doktor kata better dapatkan 2'nd opinion dari hospital sebelum buat apa2 conclusion.

Dengan referal letter, balik rumah inform En Hubby. En Hubby nampak risau, terkejut dan sedih. Terus kami ke Hospital Putrajaya. Sampai di bahagian emergency, tunggu sekejap la sebelum dapat jumpa doktor.

Masuk bilik Doctor Fatin scan lagi sekali dan tak nampak juga degupan jantung baby. Dalam hati terus berdoa. Doktor Fatin pangil seorang Doktor senior dan scan lagi sekali. ALHAMDULILLAH!!! ADA!!! Namun agak lemah kata doktor. 50-50 chances. Doktor bagi ubat antibiotik dan juga ubat untuk kuatkan rahim. Monday kena datang semula agar pakar dapat check betul2 dan scan semula...

Hopefully semuanya selamat... Azam pulak asyik peluk perut ibu... Mungkin dia juga ada sense sesuatu... Dia cakap "ibu adik dalam perut... sambil tangan kencilya gosok2 perut ibu dan panggil... adik... adik..."

P/S: Ya Allah... keredha dengan segala ketentuan-MU... Moga yang terbaik buat ku....

Friday, October 7, 2011

My Choices of Quotes

Quotes on Life

Living in the Moment
“When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us.” – Alexander Graham Bell

Quotes on Purpose

Discovering Your Purpose

“Everyone has his own specific vocation or mission in life… Therein he cannot be re­placed, nor can his life be repeated. Thus, everyone’s task is as unique as is his specific opportunity to implement it.” – Viktor Frankl

Quotes on Past, Present and Future

Reflecting on Life

“Holding on to anything is like holding on to your breath. You will suffocate. The only way to get anything in the physical universe is by letting go of it. Let go & it will be yours forever”. – Deepak Chopra

Quotes on Dreams and Passion

Achieving our Goals and Dreams

“All our dreams can come true – if we have the courage to pursue them.” – Walt Disney

Quotes on Goals

What Are Your 10 Year Goals?

“People with clear, written goals, accomplish far more in a shorter period of time than people without them could ever imagine.”

Quotes on Change

Preparing for Change
“Change is not pleasant, But change is constant. Only when we change and grow, We’ll see a world we never know.” ~From Wisdom of The Orange Woodpecker

Quotes on Truth and Honesty

Discovering Your Ideal Life

“Honesty is the first chapter in the book of wisdom.”


Friday, September 30, 2011

15 cara ajar anak budi bahasa

Sambil tgh layan FB, sempat jugak la cari bahan-bahan ilmiah untuk bacaan. Hehehe sambil disulam-sulam dengan isu2 semasa, politik, hiburan dan macam2 lagi. Bagi aku internet merupakan paparan ilmu pengetahuan tanpa batasan. Apa saja yang kita cari, pasti ada!

Azam semakin hari semakin bijak berkata-kata dan semakin lasak juga. Sejak aku mengandung anak kedua ni, tingkah lakunya sedikit berubah. Lebih agresif dan lebih2 MANJA. Kata mama, biasalah bila budak nak beradik. Kata kawan2 pejabat juga sama. Bila dah beradik nanti, faham la dia. Harapan aku juga begitu. Jadi aku juga banyak mencari panduan di laman sesawang ni.

Salah satu yang menarik untuk aku kongsikan adalah seperti tajuk blog aku kali ini....15 cara ajar anak budi bahasa... 


Kicker: Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti rasa hormat.

Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.





2. Berkongsi permainan.

Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai. 



3. Praktik perkataan kesopanan.

Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.



4. Ucapan meminta maaf.

Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.



5. Memberi pujian.

Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.



6. Menjadi model mengajar tatatertib kepada anak.



Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.





7. Mengungkapkan penggunaan ayat yang betul.

Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.



8. Minta kebenaran. 

Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.

  
9. Lakukan kerja rumah.

Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.



10. Berlatih untuk duduk diam di meja makan.

Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.



11. Gunakan perkataan ‘tolong’.

Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.



12. Komen.

Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”



13. Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan. 

Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.


14. Suara.

Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.



15. Salam.

Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu. 

P/S : Semoga permata hati ibu menjadi insan berjaya dan berbudi kelak ^__^

Saturday, September 10, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Alhamdulillah... Selamat mengejakan puasa di bulan ramadhan. Dan sekali lagi alhamdulillah, aku berpuasa penuh... Rezeki kurnian Allah, aku mengandung sekali lagi dan kini kandungan baru berusia 8 minggu. Masih jauh lagi perjalanannya. 


Punya la sibuk dengan persiapan raya, sambutan raya sampai tak sempat nak update blog ni kan... Tapi macam mana pun rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin pada semua sanak saudara dan juga kenalan jika ada tersalah kata, tersilap bahasa, tak elok laku, harap di maafkan lah ye dan mintak halal makan minum.

Tahun ni beraya di sebelah kampung En Suami memang best jugak la kan walaupun aku berada dalam keadaan yang tak berapa nak sihat, maybe sebab masa awal2 ngandung ni mcm2 ragam la kan... Hehehe yeke... ngade je lebih tu...

So belum ada mood nak coret panjang2... Just nak sharekan picture2 raya... Layanzz...

Buah Hati Kesayangan Ibu

Sempat lagi main basikal di pagi raya

Mainan penuh tangan tu

Senyuman menawan anak ibu

My 2 Heroes

Azam N' cousin (Abg duan)

Qausar (cousin) nak ikut jugak pergi beraya

Azam N' Ibu

Lepas mengamuk ~dah penat la tu

Lepas kena marah sebab mengamuk

Ramainya tetamu pagi raya 

P/S : Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir & Batin ^__^