Thursday, June 23, 2011

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, Ibu mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda. 


1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.

2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda
Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.

3. Si Kecil Buat Ragam
Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.

4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda
Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.

5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda
Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.

6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda
Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.

7. Si Kecil Dengar Arahan Anda
“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.


http://www.majalahpama.com.my

P/S : Azam selalu cakap "Azam sayang ibu..." ^__^

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Hari Bapa

Agak lambat menulis entry hari bapa. Seperti biasa Hari Bapa disambut setiap Ahad minggu kedua bulan June. Aku juga tak ketinggalan menyambutnya dengan meraikan suamiku sebagai bapa dan juga mengucapkan Selamat hari bapa kepada Abah yang memang selalu memanjakan aku sejak dari kecil lagi. 


Abah N' Si Kecil Azam
"Abah" insan yang paling banyak menghabiskan masa bersamaku. Mana tidaknya dari kecil hingga habis SPM, abah la yang selalu menghantar aku ke sekolah. Walaupun ramai yang kata aku anak manja, aku tak kisah!!! Aku bangga kerana abah adalah abahku... Terima kasih abah diatas kasih sayang, pengorabanan dan keperihatinan mu terhadap anak-anakmu.

Untuk suamiku juga, ingin aku sampaikan penghargaan kerana menjadi ayah kepada ank kecil kami. Walaupun pada mulanya kekok menjalani tanggujawab sebagai ibu bapa, namuk kami sama-sama mempelajari sesuatu yang baru setiap hari dan kini alhamdulillah, kemahiran itu semakin bertambah dan semakin serasi.

Azam yang memang manja dengan ayahnya, sejak kecil mula memanggil ayah dari ibu (sampai ibu majuk2 dengan ayah tau). Hehehe Berbanggalah anakku kerana kau mempunya ayah sebagai ayahmu :)

Selamat Hari Bapa pada semua bapa2 didunia...

P/S : You're all my heroes ^__^

Saturday, June 11, 2011

Al-Fatihah Buat SahabatKu Hartini...



Pagi tadi dapat panggilan dari rakan sepejabat memberitahu bahawa salah seorang rakan kami telah kembali kerahmatullah... Terkedu seketika...

Beliau seorang yang tabah dan kuat melawan penyakit cancer yang dihadapi sejak sekian lama. Namun Allah lebih menyayanginya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat dirinya. Moga dirinya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama insan yang mulia disisi Allah S.W.T


P/S : “Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

Wednesday, June 8, 2011

TONSILITIS

Lately ni kesihatan ku memang tak berapa nak bagus. Mana taknya, lepas keluar wad, en suami demam, then si kecik Azam demam, and now, ibu pun demam balik.. aduhai... Sakit tekak Azam menjadi-jadi pulak skrg ni. Dah tu ibu pun terkena jugak. Risau sungguh sebab Azam taknak makan, kurang minum, batuk-batuk sampai muntah dan demam tinggi sampai 39.4...

Macam biasalah, ibu mula mencari maklumat yang ada di internet untuk menambah pengetahuan dan juga untuk share dengan semua...



TONSILITIS
Apa itu tonsil ? Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh (Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak).

Apa itu radangan tonsil ?

Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% disebabkan oleh bakteria.
 
Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat. Dia akan mengalami :-

• Demam
• Susah untuk menelan kerana sakit tekak
• Nafas berbau busuk.
• Bunyi suara yang ganjil
• Kebengkakan pada kelenjar tekak


Kelenjar tekak akan kelihatan besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya. Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema.

Bagaimana rawatan radang tonsil ? 

Perawatan yang dapat membantu adalah:

• Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
• Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
•Banyakkan minum, elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan panas
• Rehat
• Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ? 

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

• Apabila jangkitan berulang - ulang.
• Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.
 
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

• Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
• Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
• Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
 
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ? 
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

• Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
• Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
• Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
• Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

P/S : Masih menunggu appt dengan Pakar ENT ^__^

Tuesday, May 31, 2011

Pirates of the Caribbean

Lama tak dapat nak menulis, maklumlah baru keluar wad setelah seminggu bermaustatin di PUSRAWI KL. Semput ni makin menjadi-jadi pulak dengan cuaca yang tak berapa nak elok sekarang ni...

Minggu lepas sempat meluangkan masa bersama en suami menonton Pirates of the Caribbean lakonan mantap Johny Depp, Penelope Cruz & Geoffrey Rush.

Pirates of the Caribbean 4 : On Stranger's Tides

Watak Jack Sparrow memang tak menghampakanlah seperti biasa kerana sikapnya yang bersahaja sepanjang pengembaraannya dari filem yang pertama hingga filem yang keempat ini. Namun bagi aku sendiri, filem yang ke empat ini agak lemah dari segi motif dan jalan ceritanya kerana kurang aksi yang dipamerkan jika dibandingkan dengan yang sebelumnya.

Babak di mana tentera Sepanyol datang ke untuk mencari "fountain of youth" namun akhirnya memusnahkan tempat itu begitu saja tanpa ada apa-apa kepentingan. Walau bagaimanapun diakhir filem masih terdapat beberapa aksi Jack yang menarik dan pastinya menjanjikan kesinambungan untuk filem yang akan datang. Apa yang membuatkan aku menonton wayang kali ini adalah dengan banyak watak2 yang diperkenalkan dan juga kali ini aku menontonnya secara 3D!!! Memang cool la effect yang diperlihatkan :)

Pirates of the Caribbean 1 : The Curse Of The Black Pearl

Aku masih tetap sukakan filem yang pertama antara semua kerana aku rasa penceritaannya yang menarik dan kesan effek yang lebih menonjol.

Pirates of the Caribbean 2 : Dead Man's Chest

Pirates of the Caribbean 3 : At World's End

 P/S : Filem-filem antarabangsa banyak yang berjaya dengan sequelnya, filem malaysia bagaimana? Sama-samalah kita menyokong filem tempatan dan antarabangsa juga ya ^__^!!!

Tuesday, May 10, 2011

Celebrating Mother's Day

Terima Kasih!!! Inilah yang dapat aku ucapkan pada semua yang mengucapkan Selamat Hari IBu buat ku... Dan special thanks untuk En. Saiful atas makan malam yang memang BEST!!!


















P/S : I am proud to be a MOTHER ^v^!!!

Sunday, May 8, 2011

Hadiah terbaik sempena Hari Ibu



Sempena Hari ibu, banyak ucapan diudarakan di televisyen, radio, dan tak kurang juga di facebook, twitter, friendster dan lln. Aku juga sempat mengirim sms dan telefon pada mama tersayang untuk mengucapkan betapa aku menghargainya sebagai seorang ibu. Kini bila aku sendiri sudah bergelar ibu, aku tahu perit jerihnya melahirkan dan membesarkan anak. Walaupun kini aku juga bergelar ibu, kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan oleh mama masih melimpah ruah pada semua anak-anaknya. 



Dari kecil kami sekeluarga selalu diingatkan oleh mama dan abah tentang betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan hubungan adik beradik. Alhamdulillah dengan bimbingan dan didikan mereka, kami berempat punya persaudaraan yang amat kukuh dan rapat antara satu sama lain. Terima Kasih Mama... Terima Kasih Abah...


Bagi aku pula, hadiah terbaik adalah apabila suami mengucapkan ucapan Terima Kasih dan ucapan Selamat Hari Ibu kerana menjadi seorang ibu kepada hero kecil kami. Dan amat menyentuh hatiku bila Azam sendiri datang pada ku dan menyebut "Terima Kasih Ibu" dengan pelat-pelat comeinya itu. Aku tahu dia ikut ucapan sempena hari ibu yang diiklankan di kaca televisyen. Namun aku cukup rasa bahagia kerana aku tahu aku punya mama sebagai seorang ibu yang terbaik dan aku juga mahu menjadi ibu yang terbaik bagi anakku.

Tak lupa juga buat Ibu Mertuaku, Kakak Iparku, dan Adik Ipar ku... Selamat Manyambut Hari Ibu... Sesungguhnya semua ibu-ibu adalah wanita yang istimewa...

P/S : Selamat Menyambut Hari Ibu, Hargailah ibu anda selagi hayat mereka masih ada... ^v^ !!!

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia