Saturday, January 1, 2011

Mommy Blogger



Mommy Blogger merupakan entry pertama aku untuk tahun ini. Sengaja aku pilih tajuk ni sebab aku suka membaca blog kawan-kawan yang menceritakan kisah mereka sebagai seorang perempuan bergelar ibu, mak, mama, ummi, bonda, mommy dan macam2 lagi panggilan untuk insan ini.

Tahniah pada mereka yang sering berkongsi pendapat dan komen untuk sama2 menjalani tugasan ibu kepada anak-anak tercinta. Senang rasa hati bila melihat gambar2 yang dipamerkan dalam blog masing2 menceritakan keriangan si kecil. Tak kurang juga rasa sayu pula, bila melihat gambar2 si kecil demam, sakit dan sebagainya. Perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu baru menjalani tugasan mereka dengan berkeyakinan dan success.

Sedar atau tidak, memang gambar anak2lah yang selalu memenuhi blog2 kaum ibu ni. Boleh dikatakan anak2 ini sebagai maskot ibunye... Tapi memang itu kenyataan hari ini bila mana sikecil yang comel menjadi profile picture kepada akaun ibunye di FB, Twitter, Friendster, my space dan sebagainya...

Sekali lagi tahniah pada semua kaum ibu yang success menjadi MOMMY BLOGGER.



P/S : Mommy Blogger jangan sampai abai tanggungjawab sebab asyik depan komputer saja ya ^__^ !!!

FAREWELL 2010 & WELCOME 2011





Terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku kesempatan menjalani hidup di muka bumi Mu ini. Aku bersyukur dengan segala-galanya...

2010 telah melabuhkan tirainya. Kini 2011 mengintai-intai untuk memulakan persembahannya. Alhamdulilillah, berkesempatan juga kita semua menjejakkan kaki ke tahun 2011. Semoga tahun baru ini, kita sama-sama dapat membuka lembaran baru, buku baru, semua baru... hehehe tapi jgn sampai membazir pulak kan.

Biasalah, bila masuk tahun baru, semua orang tanya apa azam baru korang? Hmmm Azam aku??? BANYAK!!! Dah aku senaraikan satu kertas kajang. Hehehe mentang2 nama anak aku AZAM, keazaman aku pun berjela-jela lah... Tak kiralah apa yang hendak dikatakan, tapi setiap orang ada azam masing-masing kan? Hmm berbalik pada azam aku, yang berada di tangga teratas adalah " KURANGKAN SHOPPING!!! KURANGKAN SHOPPING!!! KURANGKAN SHOPPING!!! " (Mr. Hubby is just smiling when i say this sentences)

Huish... susah betul nak senaraikan azam ku yang satu ni. Bukannya apa, tapi sejak aku jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni, shopping itu dah jadi macam BFF (Best Friend Forever) tau! Tapi aku bertekad untuk kurangkan shopping sebab rasanya tahun ni dah selalu sangat shopping. So tahun depan akan ku cuba sekat kemahuan untuk shopping  walaupun ada suara-suara yang menyapa " JOM SHOPPING " . Arghh boleh ke aku ni? Ishh insyaAllah, kita cuba dulu la... Shopping setakat yang perlu je la, barang2 dapur tu okey la lagi... hehehe

Ini adalah antara Top 10, azam-azam aku untuk tahun 2011...

1. Kurangkan Shopping, Kurangkan Shopping, Kurangkan Shopping!!! (sebab ini je lah keje aku tahun 2010 kan )
2. Turunkan berat badan ( INsyaAllah, tgh dalam proses )
3. Banyakkan ibadah ( perlu lebih banyak, banyak, banyak... )
4. Kurangkan makan luar! ( Masak je la kat rumah... )
5. Mulakan business sendiri ( InsyaAllah, tgh buat kertas proposal )
6. Cari kerja balik kot ( yeke? )
7. Kurangkan FB n GAMES ( boleh ke? )
8. Banyakkan ambil stock untuk Business Online ( ikut mama travel oversea )
9. Kurangkan tido n jaga pemakanan ( sebab takut sakit2, nnt susah )
10. Gathering dengan kawan2 lama ( memang dah lama betul tak jumpa )

P/S : Berazam, Bertekad, Bersungguh!!! Cayo!!! Cayo!!! ^__^ !!!

Thursday, December 23, 2010

Hari Ini... Hari Esok...

Hidup ini umpama roda..
Kadang kita di atas, kadangkala kita di bawah...
Bila kita dibawah, kita kena selalu pandang ke atas..
Agar kita berusaha untuk naik ke atas...
Dan bila kita di atas, jangan kita lupa pandang ke bawah..
Agar kita beringat...
Di mana letaknya diri kita, dari mana asal usul kita..
Agar kita tak lupa pada insan yang ada di bawah..
Untuk kita bantu mereka agar mereka dapat bersama kita...
meniti saat manis di puncak kejayaan...


Hari ini kita tersenyum gembira

Hari esok kita bermuram duka
Hari ini kita ketawa
Hari esok kita menangis
Hari ini kita bersama
Hari esok kita terpisah
Hari ini kita berteman

Hari esok kita keseorangan



P/S : Hargailah apa yang kita miliki hari ini kerana esok belum pasti masih sama  ^__^


Tuesday, December 21, 2010

Otak anak-anak ibarat SPAN


Alhamdulillah... Kini Saiful Azam Iskandar semakin membesar dengan sihat dan pintar. Pada usia 18 bulan, memang banyak kerenahnya yang adakalanya menghiburkan hati. Namun ada jugak yang buat ibu dan ayah pening kepala... Biasa la ragam anak kecil. Bila mengamuk, haish...

Apa yang aku perhatikan, AZAM kini banyak memerhati dan meniru setiap apa yang dilahat ataupun didengarinya. Suatu hari semasa sepupunya MUAZ (2 tahun 1/2) datang ke rumah kami, mereka berdua bermain bersama. MUAZ menyanyi "... insyaAllah... ... insyaAllah... ... insyaAllah... you'll find your way...." nyanyian Maher Zain. Tiba AZAM turut menyanyi  "...ya Allah... ...ya Allah... ya Allah... your way..." walaupun patah perkataannya belum jelas, namun sudah cukup untuk membuatkan aku, suami, abah dan mama ketawa dan tersenyum gembira.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh ramai pakar motivasi bahawa pada usia ini, otak anak-anak ibarat span yang menyerap semuanya. Apa saja yang di lihat dan didengari pasti menjadi ikutannya. Begitu jugalah dengan anak ku ini. Sekarang memang sudah pandai mengajuk perilaku yang aku lakukan seharian seperti menyapu sampah, mop lantai, dan sebagainya. Adakalanya dia turut memanggil ayahnya "abang" kerana itu adalah panggilanku buat suami tercinta.

Pernah juga satu ketika aku hilang sabar dan meninggikan suara padanya, AZAM akan buat memek muka bersalah atau pura-pura menagis sambil menekupkan kedua-dua belah tangan kemuka sambil tersedu-sedu...
Rasa bersalah pasti ada setiap kali aku terpaksa memarahi dirinya. Namun setiap kali itu jugalah aku akan memberitahu mengapa aku marah walaupun aku tak pasti samaada di sudah memahami kata2 ku atau tidak... Yelah pembelajaran anak kecil bermula dari dalam rahim ibu lagi kan. Jadi sentiasalah luangkan masa untuk bermain dan belajar bersama mereka.

Pernah seketika aku membaca tulisan-tulisan di surat khabar, internet dan blog, yang mana menceritakan tentang bagaimana ibu bapa yang tidak mampu menahan kemarahan lalu mencederakan anak mereka sendiri. Ada juga kes yang mana hingga mengadaikan nyawa... Nauzubillah...

Luangkan masa anda seketika... Bayangkan situasi ini : Suatu hari anda dalam keadaan letih dan terlihat anak anda sedang bermain dengan sekotak tisu yang baru dibeli. Dia menarik keluar tisu tersebut dan mengoyak-ngoyak serta melambung-lambungkan tisu tersebut hingga bersepah disemua tempat. Apa yang anda lakukan...???? Pastinya kita akan memarahi dan menyuruh dia berhenti. Lalu merampas kotak tisu itu sambil merungut-rungut membersihkan kotoran yang dilakukan oleh anak kecil itu. Anak kecil tadi terdiam dan merenung kita sedalam-dalamnya. Ada pula yang mungkin akan menangis. Aku sendiri pernah mengalami situasi ini. Namun bila aku pikir-pikirkan semula, mungkin dia sedang bermain dengan salji buatannya sendiri. Biarkanlah saja dia bermain. Sebagai ibu bapa, kita harus sedar bahawa anak kecil suka bermain, berimaginasi dan suka meneroka. Jadi janganlah kita menyekat perkembangan mereka dan sentiasalah bersyukur kerana bila kita bersyukur kita akan lebih redha, tenang dan gembira...

P/S : Duhai anakku, terokailah dunia ini semahu mu... Agar kau bersyukur dengan kejadian alam semesta... ^__^ xoxo

Bersyukurkah Kita?

Alhamdulillah, berterima kasih aku kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Sejak seminggu ni, cuaca asyik mendung. Sekali-sekala hujan lebat melimpahi bumi. Dah kuintai-intai, tapi masih tak nampak kelibat matahari. Hmmm dalam hati kecil, aku mengeluh..."macam mana la baju yang ku sidai ni nak kering? Tak panas langsung.."


Namun semakin lama aku termenung, semakin banyak pula yang aku pikirkan. Yelah aku hanya insan biasa. Sama seperti manusia lain. Tiba2 aku sempat mengingatkan diriku untuk beristigfar. Kenapa? Kerana aku telah lupa untuk bersyukur padaNya kerana menurunkan hujan yang dapat menyejukkan muka bumi ini, menyirami tanaman-tanaman dan membersihkan segala pencemaran udara yang dilakukan oleh manusia...


Bila tiba musim kemarau, di mana cuaca sangat panas, terik, dan berbahang, kita sering mengeluh... "aduh... panasnya!!!" atau "bila la nak hujan ni?". Adakalanya sampai menghitung hari menunggu hujan tiba. Sedar atau tidak, aku juga tak lepas dari mengungkapkan keluhan sebegini.

Samalah juga bila hari sudah hujan. Keluhan demi keluhan pasti akan selalu kita dengar. Mengapa tidak kita sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian itu. Dan aku, ingin selalu mengingatkan diri aku agar bersyukur kerana bila kita bersyukur terasa hati lebih tenang dan damai. InsyaAllah...

P/S : Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". - Surah Ibrahim Ayat 7 : (Tafsiran Ar-Rahman)




Sunday, December 19, 2010

Lesu, tanda-tanda Lemah Hati

Hmm.. Lately ni memang rasa mcm berat badan dah naik, agak penat, cepat marah, selalu sakit kepala, rasa tak cukup tido (walaupun tido 8jam sehari). Hmm terdetik difikiran... "ish takkan monopaus pulak!!!" Hehehe sampai mcm tu aku pikir. Bila aku mula buat research, barulah aku tahu salah satu kebarangkaliannya adalah simptom2 "Lemah Hati" Someone introduce aku pada satu produk nama Niu Zhang Zhi (produk dari Taiwan).



Mula2 tu memang rasa tak yakin nak cuba. Tapi setelah mendapat penerangan dan berjumpa sendiri dengan pengguna yang telah menggunakannya, aku pun memberanikan diri utk mencuba. Lagipun, taklah mahal sangat. Selepas SEMINGGU, aku mula merasa segar dan bertenaga waktu pagi, kurang rasa letih atau mengantuk pada selepas makan atau waktu tengah hari, kulit pun lebih sekata dan jerawat juga berkurangan. Masalah pelawasan juga hilang serta merta.

Jadi pada kawan2 pembaca yang rasa nak mencuba boleh menghubungi aku untuk maklumat lanjut kerana yakin dengan keberkesanannya. Boleh juga lawati blog 
P/S : Tidak memudaratkan kerana bahan-bahannya adalah berdasarkan vegetarian.Tak salah mencuba untuk kebaikan ^__^

Wednesday, December 15, 2010

Perkahwinan Dr. Nadiah & Dr. Yusrizal (Hotel Concorde)

Jamuan makan malam di Concorde Shah Alam...



P/S : Untuk yang berminat, saya menyediakan pakej photography utk kenduri, majlis konvo, majlis cukur jambul, majlis hari jadi dan sebagainya dengan harga yang menarik dan berpatutan. Any inquiries, can email me at noorul_imma@yahoo.com or feel free to leave your message/comment in my BLOG.