Tuesday, December 21, 2010

Bersyukurkah Kita?

Alhamdulillah, berterima kasih aku kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam. Sejak seminggu ni, cuaca asyik mendung. Sekali-sekala hujan lebat melimpahi bumi. Dah kuintai-intai, tapi masih tak nampak kelibat matahari. Hmmm dalam hati kecil, aku mengeluh..."macam mana la baju yang ku sidai ni nak kering? Tak panas langsung.."


Namun semakin lama aku termenung, semakin banyak pula yang aku pikirkan. Yelah aku hanya insan biasa. Sama seperti manusia lain. Tiba2 aku sempat mengingatkan diriku untuk beristigfar. Kenapa? Kerana aku telah lupa untuk bersyukur padaNya kerana menurunkan hujan yang dapat menyejukkan muka bumi ini, menyirami tanaman-tanaman dan membersihkan segala pencemaran udara yang dilakukan oleh manusia...


Bila tiba musim kemarau, di mana cuaca sangat panas, terik, dan berbahang, kita sering mengeluh... "aduh... panasnya!!!" atau "bila la nak hujan ni?". Adakalanya sampai menghitung hari menunggu hujan tiba. Sedar atau tidak, aku juga tak lepas dari mengungkapkan keluhan sebegini.

Samalah juga bila hari sudah hujan. Keluhan demi keluhan pasti akan selalu kita dengar. Mengapa tidak kita sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian itu. Dan aku, ingin selalu mengingatkan diri aku agar bersyukur kerana bila kita bersyukur terasa hati lebih tenang dan damai. InsyaAllah...

P/S : Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". - Surah Ibrahim Ayat 7 : (Tafsiran Ar-Rahman)




Sunday, December 19, 2010

Lesu, tanda-tanda Lemah Hati

Hmm.. Lately ni memang rasa mcm berat badan dah naik, agak penat, cepat marah, selalu sakit kepala, rasa tak cukup tido (walaupun tido 8jam sehari). Hmm terdetik difikiran... "ish takkan monopaus pulak!!!" Hehehe sampai mcm tu aku pikir. Bila aku mula buat research, barulah aku tahu salah satu kebarangkaliannya adalah simptom2 "Lemah Hati" Someone introduce aku pada satu produk nama Niu Zhang Zhi (produk dari Taiwan).



Mula2 tu memang rasa tak yakin nak cuba. Tapi setelah mendapat penerangan dan berjumpa sendiri dengan pengguna yang telah menggunakannya, aku pun memberanikan diri utk mencuba. Lagipun, taklah mahal sangat. Selepas SEMINGGU, aku mula merasa segar dan bertenaga waktu pagi, kurang rasa letih atau mengantuk pada selepas makan atau waktu tengah hari, kulit pun lebih sekata dan jerawat juga berkurangan. Masalah pelawasan juga hilang serta merta.

Jadi pada kawan2 pembaca yang rasa nak mencuba boleh menghubungi aku untuk maklumat lanjut kerana yakin dengan keberkesanannya. Boleh juga lawati blog 
P/S : Tidak memudaratkan kerana bahan-bahannya adalah berdasarkan vegetarian.Tak salah mencuba untuk kebaikan ^__^

Wednesday, December 15, 2010

Perkahwinan Dr. Nadiah & Dr. Yusrizal (Hotel Concorde)

Jamuan makan malam di Concorde Shah Alam...



P/S : Untuk yang berminat, saya menyediakan pakej photography utk kenduri, majlis konvo, majlis cukur jambul, majlis hari jadi dan sebagainya dengan harga yang menarik dan berpatutan. Any inquiries, can email me at noorul_imma@yahoo.com or feel free to leave your message/comment in my BLOG.

Perkahwinan Dr. Nadiah & Dr. Yusrizal (Rumah Pengantin Perempuan)

Minggu lepas ke Shah Alam untuk meraikan perkahwinan sepupu sebelah suami. Sedikit sebanyak gambar yang dapat dikongsikan bersama. Majlis akad nikah dah persandingan diadakan di rumah pengantin perempuan. Seronok juga berkumpul dengan saudara-mara jauh. And me? Hmmm... macam biasalah mengasah bakat yang baru setahun jagung dalam photography. (Eh, tak sampai setahun  pun lagi!) Hehehe































P/S : Untuk yang berminat, saya menyediakan pakej photography utk kenduri, majlis konvo, majlis cukur jambul, majlis hari jadi dan sebagainya dengan harga yang menarik dan berpatutan. Any inquiries, can email me at noorul_imma@yahoo.com or feel free to leave your message/comment in my BLOG.