Wednesday, December 15, 2010

Perkahwinan Dr. Nadiah & Dr. Yusrizal (Rumah Pengantin Perempuan)

Minggu lepas ke Shah Alam untuk meraikan perkahwinan sepupu sebelah suami. Sedikit sebanyak gambar yang dapat dikongsikan bersama. Majlis akad nikah dah persandingan diadakan di rumah pengantin perempuan. Seronok juga berkumpul dengan saudara-mara jauh. And me? Hmmm... macam biasalah mengasah bakat yang baru setahun jagung dalam photography. (Eh, tak sampai setahun  pun lagi!) Hehehe































P/S : Untuk yang berminat, saya menyediakan pakej photography utk kenduri, majlis konvo, majlis cukur jambul, majlis hari jadi dan sebagainya dengan harga yang menarik dan berpatutan. Any inquiries, can email me at noorul_imma@yahoo.com or feel free to leave your message/comment in my BLOG.

Tuesday, December 7, 2010

Tidur, Tidur, Tidurlah...


Kadang2 kepala rasa sakit hingga tegang urat mata ni. Tak tahulah apa sebabnya. Bila sebut sakit kepala, orang terus kata migrain lah tu. Actually lama dah tak kena migrain. Rasanya dulu dah sampai tahap amik ubat migrain paling kuat (dos tinggi). Lepas makan memang sure terus tido lena. Tapi alhamdulillah lama-kelamaan hilang terus migrain tu....

Lately ni, mungkin sebab cuaca yang sgt terik, dan tidur yang tak mencukupi membuatkan sakit kepala ni datang kembali... Dah masuk 3 hari tak baik juga ni... Mungkin silap aku jugak. Kata orang tua-tua, jaga budak 24jam ni memang penat dan mencabar. So kena banyak rehat. Bila anak tidur, kita pun seharusnya tidur. Ni tak, time anak tidur lah aku sibuk nak kemas rumah, mop lantai, masak, membasuh! Boleh dikatakan kalau sempat habiskan semua kerja lagi baik. Hmmm malam pun sama. Dah anak tido seawal jam 9 malam, aku pulak sibuk la dengan blogging, FM, YM dll... 

Hari ni saja surf ttg masalah tido dan ni tips2 yang sempat aku kongsikan bersama...

1. Disiplin 
Biasakan tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari. Selain itu, anda juga perlu membataskan waktu tidur siang agar tidur malam tidak terganggu. Bagi segelintir orang, hal ini memang diakui agak sukar untuk diamalkan. Namun, bagi mendapatkan tidur yang mencukupi, anda perlu tekad untuk cuba melakukannya. 

2. Senaman teratur 
Dengan melakukan aktiviti olahraga yang teratur (20 hingga 30 minit seminggu selama tiga hingga empat kali) anda dapat menghilangkan segala ketegangan dan kekusutan yang mungkin dialami. Dengan yang demikian, senaman yang biasa anda lakukan itu sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan tidur yang selesa. Sementara bagi anda yang sering sibuk dengan tugasan harian, cukuplah sekadar melakukan senaman ringan sahaja. Anda boleh lakukannya di waktu pagi ataupun petang hari. Sehubungan itu, elakkan aktiviti berat sebelum tidur. Ini penting kerana aktiviti seperti itu akan membuatkan mata anda kekal segar dan sukar untuk terlelap.

3. Suasana tenang
Wujudkan suasana tidur yang nyaman. Oleh kerana itulah, pastikan bilik tidur anda mempunyai elemen ini. Antara lain, anda juga boleh menimbulkan suasana yang tenang dengan mendengar muzik lembut sambil membaca bahan bacaan ringan. Dalam pada itu, gunakanlah lampu yang malap (lampu tidur) dan bukannya lampu kalimantang yang boleh menerangkan seluruh bilik tidur anda. 

4. Jaga perut
Elakkan daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang. Jadi, jangan makan dua jam sebelum waktu tidur. Sehubungan itu, cuba elakkan diri daripada memakan kekacang ataupun buah-buahan yang mengandungi gas. Sebagai contohnya durian. Selain itu, anda juga perlu menghindar kudapan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana makanan seperti itu agak sukar untuk dihadamkan. Begitu juga halnya jika anda terlalu lapar. Keadaan sedemikian, secara tidak langsung boleh mengganggu tidur. Untuk itu, sebelum tidur, makanlah buah-buahan rendah kalori seperti oren, epal dan lain-lain lagi. 

5. Tenangkan perasaan
Elak terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh kerana itulah, anda perlu relaks sebelum masuk tidur. Untuk mengurangkan tekanan, anda digalakkan untuk melakukan teknik meditasi ataupun mengamalkan senaman pernafasan.

6. Alat bantu tidur 
Bagi mengelakkan diri daripada berhadapan dengan gangguan tidur, anda bolehlah memakai eye mask yang berguna untuk menghalang sinaran cahaya. Selain daripada itu, penyumbat telinga juga perlu bagi mengelakkan bunyi bising.
 
7. Wangian

Gunakan teknik bau-bauan (aromaterapi). Ini dapat dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar untuk membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan kaedah menitiskan minyak aromaterapi ke atas sapu tangan dan diletakkan bersebelahan bantal tidur anda. Kaedah-kaedah ini secara tidak langsung dapat membuatkan anda tenang dan seterusnya tidur dengan lebih lena.  

8. Bantal yang bagus
Salah satu elemen yang mempengaruhi keamanan tidur adalah bantal. Jadi, jangan sampai anda mengalami masalah “tersalah bantal”. Untuk itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal bersesuaian. Memandangkan terdapat beberapa ukuran standard untuk bantal yang terdapat di pasaran, pilihlah bantal yang sesuai dengan anda. 

9. Gaya tidur
Posisi tidur memainkan turut memainkan peranan dalam memastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Oleh kerana itulah, anda perlu mengamalkan gaya tidur yang baik. Posisi tidur yang betul ialah posisi tulang belakang dan tulang leher adalah selari.



P/S : Tak kisah jika dapat tidur 4-5 jam sehari, asalkan tidur itu tidur yang berkualiti ^__^**

Saturday, December 4, 2010

Belajar Bahasa Bayi melalui Dunstan Baby Language

Satu sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami dan mentafsir makna tangisan bayiSistem ini meliputi 5 jenis “bunyi” rutin yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, mengantuk, ingin sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut.

“Bunyi-bunyi” ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya, apabila bayi merasa lapar, iaitu apabila paras glukosa dalam badannya menurun, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili keperluan lapar akan terhasil.

Kajian selama lebih 10 tahun yang dilakukan oleh Priscilla Dunstan terhadap lebih 1000 orang bayi dengan lebih 30 jenis kerakyatan, latar belakang, keturunan dan bahasa ibunda mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yang sama!. Ternyata bunyi ini bersifat universal dan kajian ini dipatenkan sebagai - THE DUNSTAN BABY LANGUAGE.

Bagaimana Dunstan Words dihasilkan?
Menangis adalah bentuk komunikasi asas (primary) bayi (malahan, satu-satunya cara bayi baru lahir "berkomunikasi"). Asasnya, penting untuk MENDENGAR TAHAP PRE-CRY BAYI SEBELUM TANGISAN MELALAK (HISTERICAL CRY) DIHASILKAN KERANA PRE-STAGE VOCAL YANG TERKANDUNG DALAM TAHAP PRE-CRY AKAN TENGGELAM DALAM JERITAN BAYI dan apabila tiba di tahap ini, menyukarkan ibu bapa memahami kehendak bayi apatah lagi untuk menenangkannya. Try & Error itu perkara biasa. Dapatkan DVD untuk membantu mendengar contoh-contoh lima jenis tangisan berulang kali!


Bunyi 1:

Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!


Bunyi 2: Mengantuk

Terhasil dari refleks menguap (yawning)

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.

Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?


Bunyi 3: Ingin Sendawa

Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata

Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.


Bunyi 4: Kembung Perut

Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan

Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.


Bunyi 5: Tak Selesa

Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan(wriggle) badan dengan aktif.

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.

Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.


Tip menguasai Dunstan Words dengan cepat:

a) Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan bahasa tubuh, ekspresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleksi - seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.

b) Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage)
Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.

c) Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi
Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".

d) Tukar Posisi Bayi
Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.

e) Berlatih Mendengar Berulang Kali
Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.


Untuk keterangan lanjut, sila lawati
www.dunstanbaby.com
Sumber dari :  http://www.majalahpama.com.my/bayi/artikel.asp?art=2010%2F1130%2F8677345288&sec=Topik
P/S : Terima kasih pada Majalah Pa&Ma Online yang berkongsi maklumat ini... ^__^

Thursday, December 2, 2010

RENDANG DENDENG

Bila tengok banyak sangat daging korban masa Raya Haji hari tu, teringin pulak nak masak rendang yang selalu mama masak. Rendang Dendeng. Hmmm Rasanya memang menjilat jari hingga ke celah kuku (hehehe) :p

So apa lagi, call mama n mintak resepi la... Dan inilah hasilnya...













P/S : Tak setanding masakan MaMa lagi ^__^ ~~

Terima Kasih Karangkraf / Alaf21 / Pa&Ma

Alhamdulillah... Hari ni memang mengembirakan!!! Syukur... Syukur... Hari ni Mr. Hubby bawak keluar makan Pizza dekat Alamanda, then shopping, shopping, shopping!!! Hehehehe... Balik rumah je dapat parcel dr Karangkraf. Hmmm Pelik juga pada mulanya sebab rasanya mcm dah 2,3 bulan tak masuk any contest tetiba dapat hadiah pulak. Bila dah bukak baru tau dapat hadiah utk contest Pa&Ma Bulan Mac 2010. Macam biasalah dapat hadiah tajaan Karangkraf / Alaf21. Novel dan juga bahan bacaan ilmiah... Wah bertambah la koleksi novel ku lagi... Thanks Mr. Hubby for the lovely dinner n fabulous shopping time... Hehehe...

Resit dari Karangkraf

Koleksi buku yang diterima

Novel karya Sania Yasmin

Novel karya Anis Ayuni

Karya Muhamad Mat Yakim

Karya Abd Jalil Ali

Karya Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Karya Sa'adiah Mohamad
P/S : Terima kasih Karangkraf / Alaf 21. Ular sawa, ular lidi. Kalau ada bagilah lagi ^__^!!!

Wednesday, December 1, 2010

Harapan, Impian & Kemahuan!!!

 

Sejak 2,3 minggu kebelakangan ni mula start berjinak2 dengan business ONLINE. Ucapan dan jutaan terima kasih pada Mr. Hubby dan keluarga terutamanya My Mom... yang memnjadi inspirasi (business woman berjaya) diatas sokongan dan bantuan. Namun hati ni masih berkobar2 utk punya business sendiri (maksudnya ada kedai sendiri la). Salah seorang sahabat baikku (Lin) juga telah berjaya melangkah setapak lagi kehadapan dengan membuka butik menjual produk kecantikan... Tahniah ye Lin. Di doakan agar business bertambah maju dan mengembang lebih luas... Tahniah juga buat Lin dan suami (Abg Jani) yang baru menimang cahaya mata pertama mereka pada 29.11.2010... Baby Girl... InsyaAllah kalau tiada aral, aku akan pulang ke kampung utk menjenguk kalian ^__^

Berbalik pada isu business ni, setiap orang ada pandangan tersendiri. Bagi aku apa yang penting perlu ada keberanian utk mencuba dan berani mengambil risiko. Sekarang, aku sendiri tengah mengkaji dan mempelajari bagaimana caranya utk memulakan perniagaan sendiri. Takdelah nak yang besar2 sgt pun. Perbincangan dengan Kak Hana (tokei sebuh kedai yang selalu aku kunjungi) betul2 membuka mata aku pada dunia perniagaan. Melihat businessnya yang maju, aku kagum!!! Kak Hana tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman tentang perniagaannya. InsyaAllah, aku berazam utk punya business sendiri dan menjadi tokei (hahaha) suatu hari nnt. Doakan aku!!!

P/S : “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”