Saturday, November 23, 2013

Muzium Alam Semulajadi Putrajaya

Hari ni bawa anak2 ke Stadium Alam Semulajadi Putrajaya. Azam memang suka tgk haiwan dan tumbuhan. So pagi2 lepas brekfast di luar off we go. Sampai terus parking kereta kat basement. Percuma saja. Then naik ke tingkat atas (lobby) bayar tiket. RM2 untuk orang dewasa dan percuma bagi kanak2 di bawah usia 12 tahun. 




Tak pasti samaada muzium ini buat pameran ikut musim ke apa. Tapi masa kitaorg pergi mmg ada banner Malaysia Mammals Exhibition. So mmg mammls la semuanya kan. But there is also Pameran Katak & Kodok. Mr H kata nak tgk Buaya Puchong tapi rupa2 nya dah habis dah pameran tu... 












Tak luas sangat. Tapi berbaloi la jugak bawa diorang pergi sini sebab kadang2 anak2 zaman sekarang ni tak pernah tgk haiwan hutan secara dekat. Haiwan2 ni banyak yang asli dan di awet. Bukan patung atau replika. So tak bleh sentuh tau. And ianya selesa sebab berhawa dingin dan juga ada tandas di dalam muzium di kedua2 tingkat.




P/S : Boleh la luangkan masa dengan anak-anak di musim cuti sekolah ni kan.

Thank you for reading this entry...

Simplest Resepi : Butter Chicken


Yeay kali kedua buat butter chicken tapi kali ni lebih ringkas. Yang dulu first time buat butter chicken mmg la ikut sukatan kan. Yang sekarang main campak2 aje bahan2nya. Ikut apa yang ada dalam peti ais je la...


1. Cairkan 2 sudu besar mentega.
2. Tumis kan daun kari, bwg putih, cili padi dgn mentega tadi.
3. Bila dah naik baunya, masukkan setengah tin susu cair dan 2 sudu susu pekat.
4. Lastly masukkan ayam yg dah di goreng. Tambahkan sedikit lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Apalagi... Makan la!!

P/S : SELAMAT MENCUBA


Thank you for reading this entry



Sunday, November 10, 2013

The Grato

Alhamdulillah... sekian lama nak sangat pergi dekat Restoran The Grato (RTG) ni. Since tengok dekat rancangan Jalan2 Cari Makan dkt TV3. So google2 la pasal RTG then tgk2 ada dua tempat. Satu di Seksyen 3 Bangi dan satu lagi di Seksyen 7 Bangi. 



Since lebih familiar dgn Seksyen 7 kami pun meronda la ke sana. Sampai saja di Restoran Suasana, rupa2nya RTG dah takde lagi dekat situ. Yang ada hanya di Seksyen 3. So lepas ni siapa yang berminat nak cari RTG terus je ke Seksyen 3 Bangi OK...







Sampai2 lebih kurang jam 8 malam. Menu diambil oleh anak2 muda yang sopan dan ramah mesra. Menu yang kami pilih pun simple and apa yang aku tgk dalam rancangan JJCM tu je la kan.. Tak lama kemudian menunya sampai and it was SUPERB!!!


Beef Lasagna with Mushroom Sauce (RM11.90)



Lamb Chop Black Pepper Sauce with Pasta (RM 9.90)



Sizzling Lamb Cop with Mash Potato (RM12.90)



Chicken Carbonara Pasta (RM7.90)


Semua sedap. Tapi yang paling sedap adalah Chicken Carbonara dia. THE BEST so far... Dan harganya sangat2 berpatutan. Service juga cepat. So bleh la tgk2 menu ni. Ada banyak lagi option yang lain tapi sebab ni pun dah rasa kenyang tak leh nak order banyak2 sangat. 

Tak ingat dah nama air ni apa

Ibu go for Watermelon Juice


Next time bleh pergi lagi with different menu...



Pelbagai Menu dengan harga yang berpatutan
So ni alamatnya:

ISNIN hingga SABTU (5:30 petang hingga 11:00 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD.
The Grato
No.12 Jalan 3/7,
Seksyen 3,
Bangi Perdana,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
*Shoplots berhadapan Surau Bangi Perdana.


JUMAAT hingga RABU (6:30 petang hingga 11:00 malam)
TUTUP PADA HARI KHAMIS
The Grato Plus @ Suasana Bangi
No. 22, Jalan 7/1C,
Seksyen 7,
Bdr. Baru Bangi, Selangor.
*Shoplots di hadapan stesen minyak Shell dan JPJ.

Kalau tak pasti lagi, ni petanya :



P/S : Selamat Menjamu Selera ^__^


Thank you for reading this entry...