Sunday, March 17, 2013

Projek Jahit Langsir 1

Punye la lama simpan stok kain ni. Kalau tak silap beli kain ni sekitar bulan 5, 2012... Almost a year dah ni baru ada masa skit nak menjahit. Sebelum ni pun mmg ada niat nak menjahit sikit2, tapi every weekend ada je aktivitinya. Since this weekend duk rumah je bersama little heroes yang bergolek2 diruang tamu, so aku pun start la projek jahit langsir pertama ku ini. 


Wah wah wah... dengan tiada ilmu menjahit langsir (sebab pernah ambil kelas jahitan untuk jahit baju je, itu pun dulu2 masa lepas SPM), aku pun dengan bersemangat memulakannya dengan bertemankan mesin jahit kecil ku yang comel lagi berbakti. Dan dengan berpandukan ukuran langsir lama, aku hentamkan saja...


Kain2 yang dibeli di Jakel masa sale!!!

Day Curtain (leceh skit nk jahit sebab kainnya licin)

Mesin Jahit kecilku yang setia berbakti (ditengelami oleh kain2 yang begitu banyak sekali)


Untuk projek langsir pertama ni aku jahit day curtain dulu sebab  teruja nak tgk curtain ni bila dah siap pasang. Sebab day curtain yang seblum ni kosong je takde corak pun. So yang ni ada corak bunga2 skit. Tapi sangat leceh nak menjahitnya sebab kainnya sangat2 licin. Kalo untuk readers lain yang nak start jahit langsir sendiri, better cari kain yang senang sikit untuk dijahit. Memang aku perlu banyak bersabar kalo tak dah aku give up separuh jalan dah...



Dan bila dah siap, satu kepuasan yang sangat luar biasa dapat aku rasakan... 

Dan hasilnya...

simple and sweet


close up sikit

Wah wah wah... macam mana? OK tak? Hehehe boleh la ambil tempahan menjahit lepas ni kan... Hehehe, jiran2 tetangga aku yang nampak aku tertonggeng2 memanjat tangga mengantung langsir ni, ada jugak la yang tanya... "noorul tukar langsir ye... jahit sendiri ke? boleh la saya tempah". Biasa la hidup berjirankan. Semua pun orang pandang n nak ambil tahu. Tapi aku tak kisah sebab jiran2 aku semuanya sporting n dah aku anggap macam saudara sendiri... Tapi aku ni amatur je... Baru je nak belajar... 

"So lepas ni slowly aku nak start jahit night curtain pulak, tapi rasanya nak beli kain lain sebab kain yang sebelum ni aku beli warna dark brown (mcm kelabu gelap pun ada -cuba tgk dlm gambar atas sekali tu) mcm tak berapa nak sesuai la pulak. Sebab wall aku dah warna brown (earth color) so rasanya kena dengan warna cerah baru sesuai kut... Tapi kain2 yang dah beli tu nanti boleh gak aku gunakan untuk bilik2 lain... Hmmm... so wait for the next curtain project ok...

P/S : Kalo guna mesin jahit besar n canggih mesti lagi laju projek aku ni ^__^!!!  (saja nak ngecek Mr H) 

P/S : Kalo nak jahit day curtain guna kain mcm yang aku beli ni, make sure kita beli dlm kuantiti yang banyak sebab kalo tak buat lebar yang banyak, nnt nampak terlalu jarang. Nasib baik aku beli lebih ^__^!!!

Thank you for reading this entry...

Saturday, March 16, 2013

Little Prince and his ballons

Azam Iskandar memang suka belon. Pantang nampak kat kedai mesti nak beli... Tak kira la kedai kek ke, kedai serbaneka ke, kedai runcit ke... asalkan belon... mesti nak beli... 


Baru2 ni sambil2 ibu kemas stor, dia pun sibuk la nak kemas. Tiba2 dia terjumpa stok belon (punyela banyak) and start suruh ibu tiup... Fuh... lenguh jugak la pipi ibu ni tiup belon... Then this conversation happen...



Ibu : Dah la.. ibu dah sakit mulut tiup belon banyak2...
Azam : Tiup banyak2 la ibu...
Ibu : Cukup la tu... dah banyak ni (dan more then 5 belon ibu tiup)
Azam : Yelah, biar Azam tiup pulak...

Lepas tu dia start tiup belon tu... Memang funny sebab tak kembang2 pun belon tu... Ibu terus ke bilik untuk start projek jahit langsir. Dari dalam bilik ibu dengar dia mengeluh2 sebab tak berjaya tiup belon tu.. Then tiba2 je senyap.. rupa2nya dia ada projek dia sendiri dengan belon2 tu...


...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...





Dan setelah berjaya meniup mengepam belon tu dengan pam basikal, dia tanya pulak pada ibu...

Azam : Ibu, hebat tak Azam?
Ibu : Alhamdulillah.. hebat dan pandai...



Menyerongen la dia senyum (thanks to Mr H for taking his picture while he is pumping the ballons).

P/S : Semoga daya kreativitinya semakin berkembang setiap hari ^__^



Thank you for reading this entry...

Wednesday, March 13, 2013

Adik Ihsan Rizqy is enjoying Abang Azam Iskandar Show


Hmm sebagai ibu bapa, aku dan Mr H mengawal juga apa yang ditonton oleh little prince Azam. Tapi apa yang diluar kawalan adalah apa yang dipelajari disekeliling nya.. 


Satu hari Azam pulang dari tadika dan menyanyi lagu Oppa Gangnam Style?? Walaupun sebutannya belum betul2 seperti yang dinyanyikan tapi rentaknya macam tu lah lebih kurang. Tambah mencuit hati dengan gaya tarinya sekali... Bila ditanya, katanya teacher (tadika lama) yang ajar.. Dia cakap... "ibu... ada oppa gangnam style dalam telefon teacher!!!" Hmmm... So selalu jugak la dia nyanyi lagu tu kat rumah... So one night we capture this video dan baby prince Ihsan Rizqy in enjoying the show...



P/S : Kena terangkan apa yang penting dan apa yang tidak padanya... apa yang baik dan apa yang tidak baik supaya dalam setiap yang dilakukan ada batasnya... ^__^!!!

Thank you for reading this entry...

Tuesday, March 12, 2013

Now he recite Surah An-Nas & Al-Ikhlas

Alhamdulillah dah sebulan lebih little prince Azam Iskandar ke tadika Az-Zahra. Banyak perubahan yang dapat aku lihat. Makin banyak dia belajar dan semakin banyak juga la mulutnya bertanya. Dia sangat suka tadika barunya dan setiap hari aku akan bertanya apa yang dipelajari dan apa yang dilakukannya...

Teachernya bertanya pada aku,bagaimana Azam boleh menghafal dengan begitu cepat termasuk surah2, doa2 serta lagu kanak2... Jawapan aku adalah dengan ULANG... ULANG... dan ULANG...

Azam mula menghafal ABC, 1-20, Alif -Yaa sekitar umurnya 1 tahun 8 bulan. Yelah dulu aku menjaga dia sepenuh masa. So tiada aktiviti lain selain spend masa bersamanya dan mengajarnya setiap hari. Juga bantuan DVD2 pembelajaran sangat2 membantu contohnya DVD Sesame Street (Elmo's World). DVD ni boleh dibeli dengan harga RM19.90 di Speedy. Tapi masa aku beli tu ada promosi iaitu Buy 1 Free 1. So memang banyak la yang aku n Mr H borong...

Ni antara CD2 yang aku belikan untuk Azam sejak dia kecil... (gambar dr mr google je sebab sedikit malas nak tangkap gambar sebab semua DVD tu dah bubuh dalam box dvd)







Otak kanak2 ni ibarat sponge (mcm spongebob tu la kan). Senang absorb apa je yang kita ajar. Asalkan perkara tu diulang2 sebanyak mungkin dan galakkan dia sendiri pula menyebutnya dan betulkan jika dia salah. Menegur juga perlu dengan cara tegas tetapi lembut. Juga pelbagaikan aktiviti mengenal huruf seperti buat permainan dan main bersama2 dengan dia untuk menggalakkan dia enjoy dengan aktiviti yang kita lakukan bersama.


Berbalik pada main post entry kali ini.. Alhamdulillah selepas menghafal surah Al-Fatihah, kini dia dah mula menghafal surah An-Nass dan juga surah Al-Ikhlas. Namun sebutannya masih perlu diperbaiki lagi..






Semoga anak ibu terus belajar dan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat...

P/S : Didikan anak2 bermula dari rumah dan ibu bapa adalah guru pertama mereka... ^__^!!! So be carefull dengan apa yang kita lakukan dan apa yang kita perkatakan kerana mereka adalah golongan yang fast learner...


Thank you for reading this entry...

Saturday, March 2, 2013

something that he ask and something that he does



Wah... extreamly penat lately since satu keluarga demam n batuk bergilir2... as usual start with ibu, baby prince ihsan, Mr. H and follow by little prince Azam. Tapi alhamdulillah semuanya beransur pulih...


Azam seperti biasalah kalau ada sesuatu yang dia nak tahu memang panjang lebar la soalannya. Mengalah pegawai penyiasat pulak. And today he ask me something and he did something yang membuatkan aku tersenyum...

Azam : Ibu buat apa tu?
Ibu : Ibu sangkut kasut ibu...

Azam : Kasut ibu pergi work ke?
Ibu : Ye...

Azam : Kenapa kena sangkut?
Ibu :  Sebab ibu nak sapu lantai. Nanti kena habuk kotor la...

Azam : Azam pun nak sangkut kasut Azam!
Ibu : Kasut Azam tak boleh sangkut...



Azam : Kenapa tak boleh sangkut?
Ibu : Sebab kasut Azam takde tumit mcm ni (sambil ibu tunjukkan tumit kasut ibu)...


Azam : Kenapa kasut Azam takde tumit...
Ibu : Azam kan boy... Kasut girl je yang ada tumit...


Azam : OOoooo...




Then dia sibuk la tolong ibu susun kasut2 kat luar. Lepas tu ibu pun tak perasan apa yang di buat oleh dia duk keluar masuk keluar masuk dari dalam rumah.... Tak lama kemudian dia panggil ibu keluar tengok dia. Hmmm.....


kasut ibu yang sangkut dekat grill



....

....

....

....

....

....

....

....




Inilah hasilnya...


sekali dia sangkut pakai sepit daa... (comot pulak tu)

Hasil kreativiti anak ibu...



P/S : Semoga anak ibu membesar menjadi anak yang pintar... AMIN ^__^

Thank you for reading this entry...