Monday, December 31, 2012

Selamat tahun Baru 2013

Alhamdulillah berkesempatan juga mencuri sedikit masa untuk sertakan last post utk tahun 2012... Maklum la masih dalam pantang. Dan esok 1/1/2013 adalah hari ke 44 berpantang (last day). Yeay!!!

Untuk tahun 2012, mmg banyak azam yang disenaraikan dan boleh dikatakan 60-70 % terlaksana. Lebih 30% akan dibawa ke tahun 2013 la. Bagi aku azam tetap kena ada. Capai atau tidak, ianya terpulang pada individu. Bila ada ketetapan Azam baru akan ada motivasi dan inisiatif menuju kearah itu...




So selamat tahun baru buat semua dan semoga tahun 2013 memberikan lebih lagi kebahagian dan kejayaan di dunia dan bekalan di akhirat kelak... 


Dan aku akan mengharungi hari2 terindah bersama Mr.H dan Prince Azam dengan kehadiran cahaya mata kedua kami Prince Rizqy... insyaAllah...


P/S : Jalanilah hidup ini dengan penuh bermakna dan bersyukurlah kerana kita masih diberi kesempatan bernafas untuk hari ini... ^__^

Saturday, December 8, 2012

Berpantang : Pati Ikan Haruan

Pati ikan haruan mmg baik untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran. Tapi rasanya (eeiiwwww) mmg hanya yang dah minum boleh gambarkan... Tak sempat nak cari jelly gamat... nak tak nak kena paksakan juga la minum pati ikan ni... 


P/S : Kan lebih baik kalau rasanya sedap... Senang sikit nak minum ^__^!!!

Wednesday, December 5, 2012

Introducing our baby prince : Rizqy

Alhamdulillah, baru ada masa nak update blog hari ni. Ihsan Rizqy selamat dilahirkan pada 19/11/12 jam 9.49 mlm. Little prince Azam mmg suka sangat bila first time tgk adiknya...


Baby Rizqy

Abang Azam sayang Baby Rizqy
Baby Rizqy lepas cukur rambut pada hari ke-7

P/S : Semoga anak2 ibu dan ayah menjadi insan yang terpelihara ^__^