Wednesday, October 31, 2012

Online Shopping : Buku untuk Little Prince


Hmm.. alhamdulillah setelah lebih 2 minggu sabar menunggu akhirnya sampai juga buku2 untuk little prince sorang ni... Mula2 ibu dah tawakal je la sebab katanya tempoh penghantaran 3-5 hari bekerja.. Sekali lebih 2 minggu baru dapat... Dalam hati dah pujuk2 supaya redha je la... Mana ke tidaknya risau, cost semua RM100+, tu yang cuak juga tu.

parcel yang dihantar ke opis sebab takut delivery pos laju selalu datang masa office hour

yeay... alhamdulillah buku dah selamat sampai

simple books for my precious
Actually buku2 ni aku beli lepas surf laman web Ana Muslim. Tgk gambar dan penerangan buku2 ni simple dan menarik. Mmg ada a few more books yang aku nak belikan tapi apa kan daya kebanyakannya "out of stock"!!! Aduhai, maybe next time la beli lagi.. Tapi kalo nak beli lagi mmg kena bnyk2 bersabar diatas kelewatan penghantarannya. 

Azam mmg excited sangat2 dapat buku ni. Terus baring n suruh ibu bacakan. Sempat la ibu go thru 3 buah buku. Yang lain2 tu nanti baca dengan ayah ye sayang... Hehehe bukan sebab apa sebab ayah rajin menjawab soalan dia.. yelah sesi membaca dah macam sesi soal jawab. 

P/S : Semoga diterangi hati anakku menjadi seorang yang bijak pandai... ^__^

Friday, October 26, 2012

Lontong Oh Lontong : Salam Aidil Adha 2012

Petang2 aidil adha ni tetiba je rasa nak blogging la pulak kan... Hmmm... tapi sebelum tu nak cite la pasal perjalanan malam tadi. Bertolak dr rumah selepas maghrib dan sampai di BP jam 11.30 malam... Fuhh... kebas terus kaki n pinggang aku... Maklum la, perjalanan yang biasanya hanya 2 jam setengah jadi almost 4 jam. Tapi walaupun begitu alhamdulillah, trafic masih lagi lancar. Ada la a few accident tapi tak la teruk sgt. Maybe sebab keperihatinan rakyat malaysia ni yang suka perlahan kan kenderaan nak tgk (mcm tak pernah tgk). Bukan kata kenderaan kat lane terbabit je, lane sebelah pun sama prihatin nak tgk jugak. Then dengan keadaan hujan renyai dan jalan yang basah, biasa la aku membebel kat tempat duduk belakang ingatkan Mr H, jgn bawak kereta laju2 sangat... (hehehe) Belum campur lagi kes2 yang pemandunya perasan kereta dia kereta "mewah or kebal" yang dibawa dengan slow di lane paling laju? Apa kes??? Adoi...

Tapi rasanya semalam kenderaan menuju ke selatan mmg banyak melampau! Tak putus2 sepanjang highway. Kenapa ek? Entah la... Dan kenderaan dr arah JB ke KL juga banyak. mmg terang benderang la highway kedua2 hala dengan cahaya lampu kenderaan (aku tak suka org yang suka pasang lampu putih) yang terang benderang. 

Sampai2 je mcm nak pengsan menahan rasa sakit belakang. Lepas bersihkan diri n layan kan little prince sorang tu, terus pengsan (tido la) sampai ke pagi. Bangun pagi mmg start rasa sakit belakang n nak jalan pun susah. Kaki teramat la bengkaknya... Kata mak mertuaku "Mak rasa dah tak lama dah ni, dalam seminggu dua je lagi". Ha.. tu la, gamble berani nak balik jauh2 disaat akhir ni.. hehehe... tawakal je la...



Berbalik pada sambutan Aidil Adha, mmg BEST la jugak sebab dapat makan lontong Johor. Tapi bila menunya semua lontong "hmmm" mmg sampai tak boleh nak tgk dah... Mmg amalan kat sini ada "berkat". Yang mana jiran tetangga dan saudara mara yang ziarah akan bawa "berkat", Dulu aku pun tak tahu apa itu berkat???!!! Kalo nak bagi bahasa yang mudah faham, "berkat" ni lebih kurang macam mangkuk tingkat la... hehehe maksudnya dia hantar set lengkap makanan. Tapi mungkin sebab kat sini menu utamanya lontong ngan kuah lodeh.. so semua "berkat" pun adalah lontong+kuah lodeh+ayam kicap+kuah kacang. Yang bezanya mungkin cara masak dan rasa. Tapi tekak aku tak boleh nak masuk sangat kecuali yang mak mertua ku masak la... 

Little prince Azam mmg sangat2 suka lontong + kuah lodeh. Dari pagi sarapan lontong, makan tengah hari pun lontong lagi... Samapai ke malam pun lontong lagi...  Hmmm... Mmg betul la Mr H letak namanya Iskandar (bersempena semangat negeri Johor). Apa2 la sayang...

So kali ni balik mmg kurang berjalan sebab rasanya dah tak larat nak bawa diri ni menjelajah merata BP walaupun hasrat hati bnyk tempat nak pergi especially tempat fav aku kat Air Hitam yang jual kraf2 dan perhiasan dalamam rumah. Takpe.. lain kali kita pergi ye...

P/S : Salam Aidil Adha buat semua, Pasti bnyk pengalaman menarik juga utk dikongsi bersama ^__^

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni giliran beraya di Johor. Dengan keadaan yang agak sarat hopefully masih kuat meneruskan perjalanan jauh. Semoga semua kawan2 dan kenalan juga seronok menyambut Aidl Adha pada tahun ini...

P/S : Hati2 di jalan raya dan hati2 menjamu selera (takut over loaded pulak) hehehe ^__^!!!

Sunday, October 21, 2012

Mr H Convocation Day

Satu hari semalam di UKM mmg sangat2 penat. Alhamdulillah cuaca terang (tak hujan la). Tapi kepanasannya juga amat melampau. Nasib baik ada disediakan dewan kecil utk aku n little prince tgk Mr H  kat screen besar (parents in-law aku masuk dalam dewan besar). Majlis berlangsung agak lancar walaupun lama jugak menunggu....

ibu n' azam sebelum bertolak

little prince yang excited 

aksi apa la anak ibu ni?

Little prince sorang ni memang sangat2 attach dengan ayahnya. So mmg teruja la dia nak tgk gambar Mr H dekat screen besar, tapi majlis bermula lambat dan mungkin sebab kepenatan sampai tertidur dia... (kesian la pulak). Bila gambar ayah dah keluar dekat screen tu tak sampai hati pulak nak kejut. So sekitar 4.30 tu kejut dia bangun sebab nak tunggu Mr H dekat pintu keluar, mula la dia meragam sebab tak dapat tgk gambar Mr H dekat screen. Pujuk2 dia beli bunga utk Mr H baru OK sikit...


semangat tunggu gambar ayah keluar dekat screen besar

sampai dah tertido anak ibu tunggu gambar ayahnya

capture at the screen

Bunga untuk ayah



Baru mood nak OK sebab tak dapat tgk ayah dekat screen

Senyum...

Mr H dengan mak n ayah (azam still moog suam2 kuku ~ merajuk sebab tak nampak ayah dekat screen)

Me, Mr H, Little prince and baby prince (in womb)

little prince masih lagi moody (buat2 mengantuk sebab nak perhatian dr ayahnya)

Lovely roses

P/S : Seronok walaupun penat. Dah lama tak hadiri majlis konvo (tetiba je bersemangat nak belajar lagi) ^__^

Saturday, October 20, 2012

Majlis Konvokesyen UKM : Congrats Mr H


I's been a really fun and challenging 2 years since Mr H started his Master. Pejam celik je dah habis dah. Masa mula2 dulu mmg agak struggle jugak sbb both if us kena bekorban. Aku yang decide berhenti kerja masa Mr H mula2 sambung belajar dulu sebab nak jaga Azam full time and jadi pemandu setia utk Mr H.

Parking di UKM mmg amat terhad. Salah parking je kena saman RM50. So kalau hari kena saman, mmg parah la. Ada jugak kawan2 Mr H yang almost everyday kena saman. Fuh!!! Banyak betul masa pak guard dan mak guard UKM ni nak merondakan...

So dari Azam baby, sampai dah start jalan... aku usung la dia naik kereta duk dalam car seat hantar ayahnye ke fakulti. Tapi seronok jugak la sebab takde la duk rumah je kan... Masa malam juga paling banyak kena tolak ansur sebab Azam selalu nak tidur dgn Mr H sambil nak pipuk - (pipuk = tepuk sambil dodoi zikir).

Malam la Mr H nak buat tugasan, assignment n kadang kala sampai 3,4 pagi pun belum tentu siap. Tapi selalunya Mr H akan tidurkan azam dan dengan Mr H sekali tertidur. Then ibu kena kejut Mr H untuk dia sambung buat assignment.

Sekarang Mr H dah habis belajar, terasa rindu pulak kenangan dulu sebab banyak masa lapang dan selalu pergi shopping, jalan2 dan bercuti. Tapi semua tu mmg satu pengalaman yang mmg BEST! Dan sekarang Mr H kata tiba giliran ibu pulak untuk sambung... Hmmm... macam mana pulak la situasinya nntkan sebab dah ada dua cahaya mata. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada la... Kalau tak, cukup la ibu sebagai pemberi semangat pada Mr H dan anak2 menjadi insan yang cemerlang dan berjaya...

P/S : Congrats to you my beloved. Pengalaman itu akan mendewasakan kita... ^__^

Sunday, October 14, 2012

Tanda-tanda awal hampir bersalin


Ha... post ni buat suspen ke? Takde la... Cuma lately ni rasa sakit2 lain mcm sikit. Hmm.. dalam hati ni terpikir jugak.. "dah nak bersalin ke ni...? " Maklum la, anak pertama dulu kena induce (dipaksa bersalin). So tak tahu rasa naturalnya macam mana...? 

Googling2 surf the net cari info...

1. Bayi Turun Ke Bawah



Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (mmg semakin kerap dah ni)
  • sakit perut, memulas (ni kadang2 je)
  • kerap buang air besar (ni pun semakin kerap)
  • kerap terkentut (selalu jugak... hehehe)
  • keluar lendir pekat/berdarah (belum lagi)

2. Keluar lendir pekat atau berdarah

  • lendir pekat (dah ada sikit la)
  • lendir berdarah (belum lagi)


3. Rahim mula menipis

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(ni kena check doktor la baru tahu rahim mula menipis ke tak...)


4. Sakit Belakang

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. 
Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

(sakit belakang memang agak extream la skrg ni... kalau dah baring, rasanya taknak bangun2 lagi... nak ubah kedudukan berbaring juga sangat2 sakit sekarang ni...)

5. Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.



so far tanda2 extreme tu takde la lagi... cuma khuatir juga dan perlu lebih berhati2 dan bersiap sedia...

P/S : Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku ^__^