Tuesday, July 31, 2012

Kartun Comel Bulan Ramadhan Part 2

Dah masuk fasa kedua ni macam mana rasanya? Ha mesti macam2 pengalaman dan macam2 cerita yang nak dikongsi bersama. Little prince kesayangan aku pun diajar tentang puasa. Tapi usia kecilnya masih belum membenarkan dia untuk berpuasa. Bila ditanya:


Ibu :     "Azam nak puasa tak?" 
Azam : "Nak..."
Ibu :     "Ok, Azam puasa jangan makan atau minum tau"
Azam : "Ok" (sungguh2 dia jawab ok)


Tapi tak sampai 5 minit dia cakap


Azam : "Ibu azam nak mee goreng" (sambil kedip2 mata comelnya itu)


Hehehe ibu senyum je la... 


So ini kesinambungan 


Kartun Comel Bulan Ramadhan Part 1

Jom sama-sama kita sharing


11'th of Ramadhan ~ 20'th of Ramadhan


Ramadhan Kareem

Ramadhan 12

Ramadhan 13

Ramadhan 14

Ramadhan 15

Ramadhan 16

Ramadhan 17

Ramadhan 18

Ramadhan 19

Ramadhan 20

Credits to Illy brotherhoodarts

P/S : Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua... Semoga Ramadhan ini memberi kita lebih keberkatan ^__^

Thursday, July 26, 2012

Kejang Betis semasa Mengandung

Owch!!! sakitnya memang tak terkata.

Sejak mengandung ni, ini kali pertama kena kejang kaki. Tapi kali ni mmg agak luar biasa sebab kekejangan belaku sebeah atas betis bukan bahagian bawah betis.

Kejadian sekitar jam 3.30 pagi tiba rasa sakit macam menyucuk2. And believe it or not, sampai buat aku menangis sebab tak tahan sangat. Then Mr.H pun terjaga tolong sapukan minyak. Lega la skit but tak sampai 2 minit, kena lagi sekali n apa yang peliknya ia semacam menarik urat kaki dan kaki pun jadi merengkot.

Then sekali lagi lepas diurut, menguatkan diri untuk bangun dan regangkan sikit kaki baru rasa lega. Tapi mmg pelik kesakitannya sangat luar biasa. Dulu pun pernah je kena kejang kat betis. Tapi selalunya tak sampai mcm ni n sakitnya sekejap aje. Yang kali ni mmg agak lama even sampai bng pagi pun masih terasa kesakitannya.

Sempat jugak la nak google-ling around cari informasi. So jom share...

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplement seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika:
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.
Credits to : baby centre

P/S : Mengandung pun kena banyak buat senaman regangan ^__^!!!

Tuesday, July 24, 2012

I'm loving it...

Thank you Mr H for the present...

I LOVE IT!!!

 P/S : Masa itu Emas ^__^!!!

Saturday, July 21, 2012

Kartun Comel Bulan Ramadhan Part 1


Alhamdulillah, melangkah sudah kita ke 1 Ramadhan... Di kesempatan ini di ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada semua yang sudi singgah di blog kecil SiaJNaD (Success is a Journey, Not a Destination).

So memang seronok tgk ucapan2 di laman sosial mengenai puasa ni. Tak kurang juga yang hantar pesanan ringkas melalui sms. Semua dengan satu tujuan mengucapkan selamat pada yang dikasihi... 

Hari ni hari pertama berpuasa sebagai pregnan mommies mmg agak mencabar sebab ikut suka je aku atur jadual makan ubat. Hehehe sebab next week baru jumpa doktor nak tanya samaada aku boleh teruskan berpuasa dan maybe kena tukar ubat lain untuk serasikan dengan masa bulan puasa ni. Tapi hari ni aku nak cuba dulu tengok sejauh mana aku boleh bertahan. Semoga Allah permudahkan semua nya...

Di masa2 terluang ni sempat juga la goggle-ling around tgk cartoon ttg puasa. So memang tertarik dengan sesuatu yang ringkas, tapi banyak penyampaiannya.. So jom sama2 kita share...

1'st of Ramadhan ~ 10'th of Ramadhan

Ramadhan 1

Ramadhan 2

Ramadhan 3

Ramadhan 4

Ramadhan 5

Ramadhan 6

Ramadhan 7

Ramadhan 8


Ramadhan 9

Ramadhan 10


Comelkan? Bukan setakat comel, tapi mesej yang disampaikan juga amat mudah dan menarik. Pelukis juga menyatakan:
All hadiths attached are VALID and SAHIH. Insyallah.
Credits to : brotherhoodarts


P/S : Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua ^__^

Wednesday, July 18, 2012

Family Gathering

We conduct a family gathering at my brother house in KL so that we can spend quality time with both our beloved parents before they're going to Mekah for Umrah. And ofcourse as usual, all the kids is having so much fun together.

Si Abang Muaz bawa Adik Izzah Naik motor
Vroom Vroom

Azam sangat2 bertolak ansur dan sudi berkongsi dengan Muaz N Izzah
(pandai anak ibu n ayah ^__^)


Laju... Izzah yang paling suka sekali naik motor

Para bapa menikmati selera...
Muaz dengan gaya pelumba motor yang menaiki basikal


Makan malam yang BEST di Restoran Chinese Muslim Gombak


Cuma tak sempat tunggu mama n abah sampai cause it's already past midnight. And we reach home at 1 am. Hopefully will have another gathering after mama n abah coming back from Mekah.

P/S : There is nothing else more important then your own family.

Sunday, July 15, 2012

Karipap Sardin a.k.a Karipap Kasih Sayang

Alhamdulillah, weekend ni dapat juga mengasah skill membuat karipap. Cuma kali ni di panggil "karipap kasih sayang" sebab di buat bersama oleh aku dan Mr.H... hehehe


Aku sediakan bahan2 dan Mr H tolong uli (since aku mmg takde kudrat nak menguli doh tu). After dah diuli dan dileperkan menjadi bulat, aku masukkan inti dan kelim. Mula2 risau jugak takut tak menjadi tapi alhamdulillah, belum sempat nak tangkap hasil akhir (lepas dah digoreng) dah habis dimakan semuanya.

Juga boleh baca : Oh Karipap

P/S : Dulu mama selalu kata " Memang seronok memasak kalo ada yang suka makan..." So sekarang aku makin faham dengan kata2 mama itu...

Sunday, July 8, 2012

Vroomm Vroomm

Sesekali balik kampung mmg menyeronokkan. Namun walaupun begitu, ada juga dugaan dan cabarannya. Contohnya seperti last Friday jem teruk ondway balik Ipoh. Adalah dkt 20km jln jem sebab ada kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan KM 420.1 (500 meter sebelum susur keluar Bukit Tagar). Fuh... Almost 2 jam disitu saja. Di katakan sebuah lori tanker membawa bahan kimia melintang di kedua2 arah dan beberapa kereta bomba mengawal keadaan. Anggota bomba juga siap memakai pakaian yang kalis bahan kimia (dah mcm org nak ke angkasa)... Hari ni ondway balik dapat lihat kesan bahan kimia yang menghakis jalan raya... 
 
Tapi walaupun penat bila sampai jumpa dgn my beloved parents and azam pun seronok sangat sebab atok n opah belikan motor. Main sampai kul 3.30 pagi...
 
Seronoknya tak terhingga dapat hadiah motor dari atok n opah
Vromm Vromm...

BEST!!! Satu lagi motor untuk abg muaz
P/S : Memang BEST balik kampung... Walau sekejap tapi seronok... Dan yang paling BEST boleh keluar shopping berdua je dgn Mr.H, sebab little prince dah tak kisah nak ikut... Asyik nak ikut atok n opahnye aje... (pagi2 atok dah bawak gi padang polo) ^__^

Sunday, July 1, 2012

Small gift as a great appreciation

Alhamdulillah, Mr H telah selamat menamatkan pembelajaran dan kini kembali semula bekerja setelah cuti belajar selama 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik... dah start bekerja semula. Sebagai seorang isteri, aku bangga dengan ketekunannya dan kesabarannya menamatkan pengajian. Yelah, manakan nak belajar sambil melayan kerenah hero yang sorang ni. Memang kena banyak2 bersabar...

So congratulation Mr. H and can't wait for the convocation ceremony...

Just a small gift from your wife...



P/S : Love always...