Saturday, April 28, 2012

Kalau, Kalau & Kalau



Hmmm actually post ni aku tulis sebab nak mengingatkan diri aku tentang satu perkara. Iaitu antara perkataan "kalau" dan juga "redha". Lately ni memang sedikit emosi sebab kalendar yang terpampang di depan mata aku dah dibulatkan tanda pada hari ini 28/4/2012 adalah due date kehamilan ku yang kedua. 



Pada ketika ini, perkataan "kalau" seakan-akan tak lekang dari hati dan minda aku yang mengenang sesuatu yang telah tiada. Asyik kalau, kalau dan kalau. Yelah aku pikir...

Kalaulah aku jaga diri betul2 semasa hamil dulu, pasti aku dah menunggu masa due aje sekarang ni...

Kalaulah aku tak stress...

Kalaulah aku tak kerja semula...

Kalaulah... Kalaulah... Kalaulah...

Macam2 lagi kalau yang aku pikirkan. Tapi tiba2 aku terfikir, kalau dalam dunia ni memang perkataan "kalau" itu diguna pakai... Pasti semua perkara pun jadi mudah. Pasti perkara2 buruk tak berlaku. Pasti takde kesilapan yang dilakukan. Jadi dimana pula takdir (qada'&qadar ) Allah s.w.t.. kalau hidup ni penuh dengan kalau?

Astagfirullahhalazim...

Cepat2 aku tersedar. Aku rasa perkataan "kalau" ini adalah mainan syaitan. Sebab bila kita asyik dengan  perkataan "kalau" kita tak menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita tak redha sebenarnya dengan apa yang terjadi. Tapi aku terfikir, sebelum ini telah aku pujuk diri dan redha dengan segalanya. Tapi kenapa masih ada perkataan "kalau" lagi dalam kamus diri aku ni?

Firman Allah SWT maksudnya : " ... dan (syaitan) itu mengatakan, 'Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka..."
(Surah an-Nissa' ayat 118-119)

Allahuakbar... Sebenarnya jika dipandang dari sudut yang berbeza, aku pasti semuanya ada hikmah. Cuma samaada kita sedar atau tidak hikmah disebaliknya. Sekiranya aku cuai dimasa lalu, kesilapan atau kealpaan yang telah aku lakukan dulu menjadi pedoman bagi aku agar aku tidak mengulangi perkara yang sama. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada jika kita ingin menikmati hidup dengan sepenuhnya.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

P/S : Jauhkanlah aku dari syaitan yang menyesatkan. Jadi disebalik semua ini aku bersyukur kerana hari ini aku masih bernyawa di bumi Allah dan diberi kesempatan menikmati hidup yang hanya pinjaman semata-mata.

Tuesday, April 24, 2012

Cinta Buat Imelda

"Drama Cinta Buat Emelda : bersiaran bermula 26 Mac 2012 (isnin) pada pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3"

Drama bersiri 24 Episod ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari novel " Kasih Antara Kita " hasil karya  Aleya Aneesa Terbitan Alaf 21 .

Hmmmm satu lagi drama adaptasi dari novel. Agaknya masih mampu ke drama adaptasi ni menarik minat penonton untuk mengikutinya ya?


Aku rasa jika kena cara olahan nya , tak mustahil boleh mendapat rating yang tinggi. Tapi sebaliknya , walau sebaik mana pun atau sepopular mana pun satu-satu novel tu kalau di angkat menjadi drama dengan skrip dan penceritaan yang lemah di tambah pulak pemilihan pelakon yang salah , susah nak meletup kan?


Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah Fizo Omar,  Almy Nadia , adik Mia Sara, Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam,  Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra , Alex Yanz, Nuremy Ramli,  dan lain-lain. 

Ini pula sinopsis novel Kasih Antara Kita. Namun, dalam satu temubual dgn pelakon Cinta Buat Emelda mengatakan bahawa cerita ini diubah suai tidak mengikuti sepenuhnya jalan cerita dari novel. Di olah agar bersesuaian dgn drama TV.



 Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut.

Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan kehidupannya seperti biasa.


Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.


Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka setuju untuk menolongnya.


Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya dengan perasaan berat hati Emelda terpaksa bersetuju juga. Demi Dania dan Atiea, Emelda berkorban lagi. Walaupun dia tahu yang rahsianya pasti akan terbongkar dengan perkahwinan itu. Tapi dia tidak berdaya untuk menolaknya. Akhirnya dia pasrah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.


Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.


Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.


Emelda rasa tertekan. Bila suaminya tidak pulang berminggu-minggu lama, dia mula mencarinya. Namun, dia sering di halau oleh Aril Fatah melalui pekerjanya. Di pejabat juga dia sering di sindir oleh Maliki yang suatu masa dulu pernah menaruh hati kepadanya.


Di saat Aril Fatah kembali ke rumah, Emelda rasa kosong dan terasing. Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan kehidupannya itu.


Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda memberitahunya yang dia adalah Emelda dan bukannya Emira yang di sangkakannya.


Aril Fatah masih berkeras untuk tidak menerimanya. Masih mahu menyalahikanEmelda kerana berbohong terhadapnya. Namun, begitu ada rasa kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya terhadap Emelda.


Aril Fatah tak pasti apa perasaannya pada Emelda. Sayangkah dia pada isterinya itu? Namun, dia rasa cemburu bila melihat Emelda bersama Maliki. Lantas, tanpa usul periksa dia mula menuduh Emelda berlaku curang di belakangnya.


Dan perasaan itu makin membara apabila Emelda membawa Maliki pergi ke kliniknya dengan alasan Maliki perlukan rawatan darinya. Aril Fatah tidak dapat mengawal perasaannya lalu menghamburkannya pada Emelda.


Dan Emelda yang tidak mengerti dengan sikap Aril Fatah yang berubah tiba-tiba menjadi semakin tertekan. Puas di terangkan antara dirinya dengan Maliki tiada perhubungan apa-apa melainkan kawan biasa. Dan nampaknya Aril Fatah tidak mahu menerima kata-katanya.


Dalam melayan kemelut perhubungannya dengan Emelda, bekas teman wanitanya, Zalida pula masih mengharap agar dirinya kembali semula membina impian yang runtuh di tengah jalan. Merayu agar dia kembali kepadanya. Zalida masih menyintainya.


Manakala hubungannya dengan Emelda masih dingin. Hari-hari ada sahaja perkara yang membuatkan Aril Fatah mengamuk. Dan sudahnya Emelda yang menjeruk rasa.


Namun, Aril Fatah tahu, dia perlu lakukan sesuatu agar perhubungannya dengan Emelda tidak terus retak. Dan dia akui bahawa dia yang bersalah di atas segala kejadian yang berlaku dalam rumahtangganya. Dia harus mengambil langkah positif untuk dirinya dan juga Emelda.


Tetapi semakin dia berusaha untuk berbaik dengan Emelda, semakin galak pula Maliki mencabar kesabarannya. Seperti menyimbah minyak pada api yang mula padam. Aril Fatah kalah dengan api cemburu itu. Lalu, membiarkan emosi menguasai dirinya. Menyebabkan Emelda keletihan melayan kerenah cemburunya itu.


Pemergian mereka ke Sabah, menjadikan hubungan mereka semakin pulih. Walaupun tujuan Emelda ke Sabah sebenarnya atas alasan kerja tetapi kehadiran Aril Fatah bersamanya telah membuatkan tujuannya tersasar. Bersama Aril Fatah, Emelda rasa bahagia. Dia merasakan Aril Fatah adalah seorang lelaki yang romantis dan penyayang.


Bahagia yang diharap berpanjangan terkulai jua akhirnya. Bila Zalida memberitahu Emelda bahawa Aril Fatah adalah kekasihnya dulu, Emelda rasa dirinya dibohongi. Terasa dirinya sebagai perampas hak wanita lain.


Dengan perasaan yang terguris, Emelda mendapatkan kepastian dari Aril Fatah. Bertanya tentang perasaannya terhadap Zalida juga bertanya dimana letak dirinya dalam hidup Aril Fatah.


Dan bersama kemarahan, Aril Fatah bertemu dengan Zalida. Mereka bertengkar. Dan Zalida mendapat kemalangan pada malam itu.


Aril Fatah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan membina hubungan mereka semula apabila Zalida sembuh kelak. Tanpa disedari Aril Fatah menyalahkan Emelda di atas apa yang berlaku. Marah, benci silih berganti bila terpandang wajah Emelda.


Walaupun apa yang berlaku bukan salah Emelda, tetapi Emelda terima lakaran takdir untuknya. Emelda masih tenang meskipun dihina suaminya sendiri. Terasa dirinya ibarat sampah di mata Aril Fatah.


Namun, takdir Tuhan tak siapa menduga. Zalida pergi jua menyambut panggilan Ilahi. Aril Fatah tidak dapat menerima kenyataan itu. Dendamnya pada Emelda semakin membara.


Nazri datang meminta kembali haknya bersama Mira. Dia mengaku bahawa Dania dan Atiea itu adalah anaknya bersama Mira. Dan Aril Fatah dengan perasaan terkejut bersetuju menyerahkan anak-anaknya itu kepada Nazri.


Emelda kecewa. Sakit hatinya bila dituduh suaminya sebagai pembunuh. Malah, suaminya menganggap dia sebagai perempuan kotor yang menjijikan. Hancur perasaannya bila suaminya menghalau dia keluar dari rumah itu. Dengan perasaan sedih, ditinggalkan rumah itu juga ditinggalkan anak-anaknya. Dia tahu mereka bukan anaknya tapi anak Aril Fatah.


Setelah terjaga dari tidurnya, barulah Aril Fatah sedar akan keterlanjuran perbuatannya. Namun, semua itu sudah terlambat. Emelda sudah tiada. Dia telah ditinggalkan oleh Emelda. Dia kesal. Benar-benar menyesal.


Emelda membawa diri ke San Francisco. Bertemu dengan adiknya, Emeriz yang belajar di sana. Namun, ke mana saja dia pergi dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Kepedihan, kesakitan tetap terasa di sanubarinya. Meskipun begitu, ada juga terselit rasa rindu di hatinya buat lelaki yang bernama Aril Fatah itu yang pernah dan masih lagi menjadi suaminya.


Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.


Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.


Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu kembar itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan mereka untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.


Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania dan Atiea kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.


Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.

Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.




P/S :  Bila sekali dah layan drama-drama ni, terus melekat la ikuti setiap episod ^__^

Wednesday, April 18, 2012

Ujian: Batuk Teruk Di Awal Kehamilan

Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim menyebut:
 
*Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.*



Alhamdulillah aku diuji dengan demam dan batuk yang agak teruk kali ini. Apa yang lebih membimbangkan adalah usia kandungan yang masih awal. Namun aku yakin ada hikmah disebalik penyakit yang diberikan oleh Allah kepada setiap umatnya.

Last week berjumpa dengan doktor, doktor hanya advise untuk minum air masak banyak2 dan bagi ubat batul yang MILD saja. Namun masih belum lega lagi batuknya. Kahak juga dah bertukar warna ke warna kehijauan dan aku tahu skrg sudah ada jangkitan dan perlu dapatkan antibiotik untuk merawatnya. Hari ini aku terpaksa ke klinik semula untuk mendapatkan nasihat doktor. 

Terfikir juga nak cuba dapatkan produk lain untuk merawat batuk, contohnya HPA. Tapi agak khuatir dengan kandungan bahan yang digunakan. So buat masa ni hanya bertahan dan tunggu advise doktor dulu macam mana. Hopefully second time visit to clinic boleh la kurangkan batuk ni...

P/S : Manusia tidak dapat lari daripada ditimpa sakit dan sewajarnya kita menguatkan diri dan berusaha mencari penawarnya serta bertawakal pada Allah ^__^

Friday, April 13, 2012

Bersyukurlah dengan apa kita ADA

Hari ni boleh dikatakan almost 2 weeks BED REST dirumah. Planning nak balik kampung tapi ditegah oleh parents. Takut perjalanan jauh menjejaskan kesihatan... Hmmm.. Kena la bersabar untuk beberapa bulan lagi nampaknya.

minggu pertama bed rest banyak baring je la.. kerja2 rumah semua tak buat, Mr H tak bagi buat. So tgk TV, baca buku, tido. Tu je la... Masuk minggu kedua ni, start buat SUDOKU untuk isi masa lapang. Kerja rumah mana yang terdaya aku buat jugak la. Bila dan settle semua boleh la rehat n main sudoku balik. Dulu masa mengandungkan Azam mmg suka sangat main sudoku. Mula2 tu agak lambat jugak la nak siapkan satu puzzle, tapi bila dah dapat rentaknya, lajuuu!!!


Hari ni terbaca satu blog yang agak menyayat hati. Kisah sebuah keluarga yang kehilangan anak tersayang. Hampir 1 jam aku melayari blog itu. Air mata juga bergenang seketika. Mencari artikel2 lama di blog itu agar aku tahu ceritanya dari awal hingga ke akhir hayat anak itu. Ini bukanlah blog yang pertama yang aku baca yang mana menceritakan kisah2 sedih perjalanan hidup seseorang individu atau sesebuah keluarga. Namun setiap penulisan itu mengambarkan perasaan mereka ketika dan selepas melalui saat2 getir. Dan aku bertanya pada diriku sendiri, mampukah aku setabah mereka???

Memang aku sebagai seorang ibu adakalanya hilang juga kesabaran dalam melayani kerenah little prince ku yang amat aku sayangi (rasanya semua mommies pun akan hadapi situasi ni). Mana tidaknya dengan keletahnya yang bermacam ragam, manja, lasak dan talkative, hinggakan aku rasa dia hanya diam ketika dia tidur. Tambahan pula sudah makin pandai menyakat ibu dan ayah. Namun bila aku renungkan kembali, alangkah sunyinya hidup aku dan Mr H dan juga family kami jika berjauhan dengan our precious son.

Even sometime hilang sabar bila permainan yang baru kita kemas tak sampai 5 minit dah bersepah balik, or lantai yang kita lap licin berkilat sekelip mata aje ada kesan tumpahan nasi & titisan air milo, or ruang tamu yang baru kita kemas dah jadi tunggang langgang, or baju yang kita lipat habis bersepah balik, TAPI, itulah cabarannya punyai anak. Memang kadang2 tu laju je mulut ni membebel, tapi tangan tetap mengemas semula barang2 itu. So pendekatan aku, biarkan saja dia bermain sampai puas dan nasihati dia secara baik apa yang boleh dilakukan & apa yang tidak boleh. Jika dia menyepahkan mainannya, aku akan pujuk dia kemas semula setelah di selesai bermain. Alhamdulillah cara tu berkesan walaupun kadang kala dia sudah mula memberi alasan, seperti: 

"azam penat la ibu..." or 

"ibu la tolong kemas, azam tak tahu..." or 

"ayah kemas!" (tak pasal2 ayah pun terlibat. Hmmm...)

But at the end, semua tu jugak la yang buat aku tersenyum kembali bila mengingati keleteahnya itu. Pada semua momies (termasuk la diri aku sendiri), bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Sesungguhnya di sebalik setiap kepenatan atau kepayahan yang kita rasa, pasti ada ketenangan disebaliknya jika kita bersyukur dan sentiasa berfikiran positive.

P/S : Hidup ini tidak susah jika kita tahu cari jalan untuk memudahkannya... ^__^

Wednesday, April 4, 2012

Apa-Apa Aje : Online Tutorial

Hmm.. disebabkan kena bed rest and tak boleh buat kerja2 berat (bahkan kerja rumah sekali pun) so menghabiskan masa menonton TV, baca buku, tido.. hehehe sesekali FB n sesekali blogging.

Hari ni entah macam mana mulanya boleh terpikir nak tgk tutorial menjahit, nak ingat balik apa yang pernah dipelajari dolu2 masa lepas SPM. Ingat lagi mama hantar kelas menjahit kat Tanjung Rambutan. Lama jugak belajar dekat situ n macam2 jenis baju belajar jahit , dari baju melayu, baju kurung, baju kemeja, salwakamis, baju sinderella, sampaikan uniform mama (nurse) tu pun sempat belajar jahit tau... 

Sekarang ni macam2 tutorial ada kat internet... tutorial make up, tutorial pakai tudung, tutorial menjahit, tutorial memasak, hmm tak payah nak hadiri kursus ke kelas ke... dulu2 semua kena mendaftar dekat kelas tau... and it's NOT FREE, so manfaatkan la apa kemudahan yang ada n ianya PERCUMA!!!

Ni antara tutorial yang aku rasa simple dan menarik la.. So sape nak cuba.. boleh google je tutorial2 apa yang korang nak buat...

ENJOY...!!!

tutorial baby dolls make-up

tutorial hijab hana tajima

tutorial apam polkadot

P/S : Semuanya serba canggih sekarang ni... ^__^

Sunday, April 1, 2012

Alhamdulillah di atas kurniaanMu Ya-Allah

Credits : Mr Google picture


Dengan kerdil diri ini aku bersujud tanda kesyukuran setelah doaku dimakbul kan Allah. Melalui saat kehilangan memang mengajar aku menjadi insan yang lebih tabah dan sejujurnya lebih mendekatkan aku dengan Maha Pencipta.

Pernah satu ketika aku menghadiri motivasi oleh seorang motivator terkenal, memberi tahu kita adalah hamba Allah. s.w.t yang kecil dan Allah s.w.t itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jadi kita harus sentiasa meminta dari-Nya.

Doaku tak putus2 mengharapkan rahmat dan anugerah pada kami sekeluarga. Dan kini sekali lagi aku diberikan peluang mengandungkan zuriatku atas keizinan Allah s.w.t

P/S : Semoga perjalanan ku dirahmati dan sentiasa di dalam keredhaanNya.