Sunday, February 19, 2012

Drama Jujur Aku Dayus

Arghh.. memang tak tenteram aku malam ni tonton drama ni di slot carekarama. Ceritanya simple tapi agak mengelirukan. Mula dengan babak yang kelakar, dipertengahan cerita yang penuh dengan tanda tanya dan diakhiri dengan kesedihan! Adoi.. dah lama tak nangis tgk drama tau! Malu!!!






P/S : BEST   ^__^!

Monday, February 6, 2012

Motivasi menurunkan berat badan

 
Lately ni selalu rasa letih dan tak bermaya. tak tahu la pasal apa. Mungkin cuaca yang tak menentu sekarang ni yang buat aku sering rasa tak bertenaga. Bila letih semua nya menjadi sesuatu yang amat menyusahkan bagi aku. sekali timbang terperanjat aku dengan kenaikan mendadak berat badanku. So aku bertekad and decided untuk mula kembali turunkan berat badan yang semakin naik ni. Hmmm... inilah faktor utama aku sering rasa lemah dan tak bertenaga.

So, langkah pertama yang aku buat adalah brain storming dengan apa yang perlu aku lakukan untuk loss some weight. Menetapkan apa yang boleh dimakan, yang perlu dikurangkan dan apa yang tak boleh dimakan. Disusuli dengan menu apa yang berkhasiat dan senaman yang konsisten yang perlu aku lakukan setiap hari. So after this memang kena lebih berdisiplin. 

Hari ni aku melayari web untuk mencari tips2 nak turunkan berat badan yang mana aku dapati kebanyakkan memberikan tips yang sama namun mungkin explanation  yang berbeza. So hopefully aku berjaya menurunkan berat badan. tujuan aku bukanlah untuk kelihatan cantik, tapi lebih kepada kesihatan dan kebaikan. Nampak cantik jika kurus itu sebagai satu bonus. So perjuangan ku bermula.

Some tips yang aku baca yang aku rasa jujur dan memotivasikan aku untuk dishare out bersama kawan2...


Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu. Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.


2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.


3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.


4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.


5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.


Sebagai contoh:


Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,


Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),


Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)


Minum petang (3.30 - 4.00 petang)


Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.



Teruskan membaca : 

Tujuh sebab gagal turunkan berat badan

P/S : Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu kita kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.
Selamat Mencuba!

Menurunkan berat badan secara sistematik

Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, tips kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?

Anda berjaya menurunkan berat badan? - shape.com


Dimanakah agak silapnya?

Andainya anda masih belum nampak dimanakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;


1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan


Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengahari dan malam.

Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.

Contoh hidangan sarapan pagi - thestonesoup.com


Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.


Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.


2. Diet yang Betul


Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.

Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau.


Contoh Menu untuk Diet - diet-blog.com



3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi


Sebaik-baiknya, anda minulah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.

Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.

Susu Rendah Lemak - thedailygreen.com

 P/S : Sama2 kita cuba ye ^__^

Tujuh Sebab Gagal Turunkan Berat Badan

Masalah berat badan sering menghantui kebanyakan individu. Ianya seperti berhantu. Ramai yang dah lama berdiet, namun hasilnya AGAK mengecewakan. Akhirnya, usaha itu terkubur. Memang SEDIH. Kenapa lar boleh jadi camtu?

Atas sebab itu, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mengapa ia kurang berkesan menurunkan berat badan? Kalau turun pun, hanya beberapa kilo aje. Walhal dah lebih 8 bulan berdiet. Penat tau!







Di sini, saya kongsikan 7 sebab yang membuatkan anda gagal mengurangkan berat badan. Sila ambil perhatian ya. Supaya anda tahu punca sebenar diet anda tak menjadi.

 
 
 
1. Elak waktu makan



Ramai beranggapan dengan "skip" waktu makan, ia merupakan cara terbaik untuk kurus. Sebenarnya TIDAK. Ini bukanlah caranya.

 
Sebaliknya, anda perlu mengisi perut pada setiap waktu makan. Pilih menu yang sihat dan seimbang. Contohnya sarapan pagi. Ia membekalkan tenaga terpenting untuk memulakan hari anda. Jikalau anda "skip", badan dan otak anda kurang bermaya.

 
Begitu juga dengan makan malam. Anda sepatutnya makan lebih awal seperti sebelum waktu maghrib. Atau lebih kurang dalam pukul 7 malam.
 

2. Enggan bersenam



Eeh.. mana boleh camni. Mahu atau tidak, anda MESTI bersenam. Tak cukup sekadar jaga pemakanan. Dengan senaman, kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat. Seterusnya ia akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh. Kemudian, barulah berat badan anda boleh turun.



3. Enggan menyentuh kalori



Badan anda perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak anda mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian.



Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 2000 kalori setiap hari


Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??


Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA.


4. Hanya makan buah dan sayur



Jika cuma ambil buah-buahan dan sayuran, tubuh anda tak cukup nutrisi dan mineral. Begitu juga dengan karbohidrat dan lemak. Tubuh anda perlukan semuanya pada kadar yang berpatutan.





5. Suka salad mayonis

Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung.


Gerenti berat badan anda takkan turun. Huhuhu...


6. Tak minum susu langsung



Saya tahu ramai yang tak sukakan susu. Terutamanya susu rendah lemak. Sebab tak sedap, kan?

 
Tapi, pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh dan juga menurunkan berat badan anda.



Anda masih ragu-ragu akan kepentingan susu?





7. Penurunan berat badan yang mendadak



Sepatutnya anda perlu risau dengan keadaan ini. Bukannya suka. Mesti ada yang tak kena pada diri anda. Dalam seminggu, penurunan berat IDEAL dalam lingkungan 0.5kg - 1kg.



Jika lebih dari julat tersebut, ia akan menimbulkan komplikasi. Di mana hati dan ginjal anda dipaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.
 
-sumber dr Mr. GooGLe
 
 
P/S : Diharap dengan perkongsian ini, persoalan seperti "Kenapa aku dah puas berdiet, tapi berat masih gak tak turun-turun?" terjawab.

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidul Rasul

Salam Maulidul Rasul

"...Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat
adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu..."

Al-Nasai & Ibnu Hibban



Marilah sama-sama kita menghayati dan junjung kecintaan kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dan ikutan terbaik dalam hidup kita.

Baginda diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi membawa umatnya ke arah jalan yang benar, mulia dan jalan yang diberkati oleh Allah SWT.

Semoga limpah dan rahmat berkekalan kepada Baginda SAW dan keluarga serta para sahabat, kerana dengan perjuangan Baginda SAW dan para sahabatlah kita dapat mengecapi kehidupan Islam pada hari ini yang menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.


P/S :Marilah kita sama-sama menghayatinya ^__^

Saturday, February 4, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Alhamdulillah... hari ni selamat sampai di kampung sempena cuti 4 hari (sambutan maulidul rasul &disambung dengan cuti thaipusam). So we decided to go back to Johor. Perjalanannya lancar walaupun banyak kenderaan di atas jalan raya tapi semuanya lancar dan tiada kesesakan.

Few days ni memang agak kepenatan sedikit sebab seminggu tak cukup tidur kerana little prince tak sihat. Mulanya dengan sakit tekak dan tonsilnya menyerang dikuti pulak dengan semputnya. Memang dah kebiasaannya, bila kena tonsil mesti disusuli dengan semput. Tapi alhamdulillah setelah ambil ubat semput dan juga antibiotik, keadaannya bertambah baik. Hopefully little prince ibu cepat sembuh.

Hari ni sambil2 merehatkan minda, sempat jugak aku melayan satu movie indonesia berjudul "HAFALAN SHALAT DELISA". Lately ni memang kerap jugak iklan filem ini ditayangkan di astro dan kawan2 yang sudah menontonnya juga memberi komen yang bagus tentang movie ni so membuatkan aku excited untuk menontonnya. Dan hari ni berkesempatan jugak aku menontonnya dengan penuh perasaan (nge nge nge)...

Delisa, seorang gadis kecil yang ceria, tinggal di sebuah kampung kecil bernama Lhok Nga di pantai Aceh. Ayahnya bekerja di luar negara dalam sebuah kapal tangki minyak. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil Ummi. Delisa ditemani Ummi menjalani ujian solat tiba-tiba tsunami melanda, memusnahkan kampung kecil mereka. Delisa diselamatkan oleh seorang askar bernama Smith. Malangnya, Delisa mengalami kecederaan mengakibatkan kaki kanannya terpaksa dipotong..


Sepanjang menonton filem ni banyak juga pengajaran yang diselitkan. Dialog2 yang dituturkan juga mudah difahami dan penceritaannya agak jelas dimana kita tidak perlu mengagak ataupun berteka-teki. Semuanya straight to the point. 

So dari mula ia mengambar kehidupan sebuah keluarga yang harmoni dimana 4 orang anak perempuan yang begitu akrab dengan ibu mereka. Walaupun ayahnya bekerja di luar negara mereka saling berhubung dan hidup bahagia. Diselitkan sedikit unsur cemburu dan iri hati di antara adik beradik yang mana bagi aku memang banyak berlaku dalam semua keluarga tidak kira dari dulu sampai sekarang. Hubungan antara ibu dan anak juga sangat telus bila mana seorang ibu bersabar dengan kerenah setiap anak itu. Hubungan ini digambarkan dengan ringkas namun mendalam dan menyentuh perasaan.

".. delisa cinta ummi kerana Allah.."


Walaupun pada mulanya penceritaan ini agak perlahan, namun tidak menimbulkan rasa bosan. Malah rasanya aku lebih bersabar apabila menonton filem ini. berbanding filem2 yang aku categorikan sebagai "slow" .

Bila musibah terjadi dan segalanya musnah, mulalah adegan yang sedih dan sebak. Delisa yang kehilangan ibu dan kesemua kakaknya serta kehilangan sebelah kakinya masih boleh tersenyum dan gembira sedangkan seorang ustaz seolah2 tidak dapat menerima musibah ini sebaik delisa dan akhirnya ustaz itu disedar oleh seorang jururawat. Hubungan akrab dengan Uncle Smith (tentera yang datang memberi bantuan) juga digambarkan sangat istimewa.

Abi Usman semasa baru sampai di kampungnya


Ketabahan Abi Usman (bapa delisa) turut memberi impak semasa menerima perkhabaran ttg tsunami yang melanda kampung dan bila menerima perkhabaran satu persatu anaknya telah meninggal dunia dan telah selamat dikebumikan. Walaupun sedih namun dia tabah demi delisa. Kehidupan setelah berlakunya peristiwa itu turut dipaparkan secara menarik dimana semuanya menjadi semakin akrab dan saling sayang menyayangi setelah masing2 kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga.

Di akhir filem ini, delisa telah berjaya menyempurnakan hafalan solatnya dan dia telah bertemu dengan jasad ibunya yang memegang kalung yang dibelikan ibunya sempena hafalan solat delisa. 

Dan pengajaran dari filem ini sangat terang di mana kita harus ikhlas supaya bila kita ikhlas semuanya menjadi jelas dan mudah. So bagi aku ini adalah salah satu filem "mesti tonton"...

Lirik Lagu Ibu – Ost Film Hafalan Shalat Delisa
Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do’a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do’amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)

ibuuuuuuuuuuuuuu……….. (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x

ibuuuuuuuuuu…….. (3x)
“Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”

P/S : Mesti sentiasa mahu Ikhlas dan redha...  ^__^