Saturday, January 28, 2012

CNY Holiday

Cuti CNY kali ni agak lama la kan... 4 hari (lama tu)! So we decided balik Ipoh. Yeay... Alhamdulillah perjalanan pulang ke kampung pada hari jumaat tu takde la sesak sgt even ada suara2 latar yang bagitau aku jalan jem giler!!! (kata mereka la kan), tapi aku teruskan jugak dengan niat nak balik awal sikit ke kampung. Bertolak lebih kurang dekat2 jam 7, sampai around 10 malam. Kereta memang banyak tapi alhamdulillah takde jem.

Lama pulak rasanya tak balik ipoh. Tapi aku memang begitu, memang suka balik kampung. Cuma kebelakangan ni agak sibuk skit n Mr. H pun kadang2 ada kelas or assignment di hari minggu. Tapi kali ni balik mmg best sebab Along n Angah (abang2ku) semua balik. So Azam dengan sepupunya pun apa lagi. Memang seronok habis la... 

Two heroes in our Big Family

Bila semuanya berkumpul, memang meriah!

The only princess...      Honey Bunny Melony...

Taking the boys out for SHOPPING

They just love to spend time together

Please... on e more round... please...

Main laptop APPLE Pak Ngah (tgk postman pat)
Dah penat sangat baru la tido 2 hero ni

Dah bangun tido terus mandi kolam (aktiviti wajib bila balik kampung)
So memang rasa sangat seronok cuti kali ni and hopefully we all boleh selalu-selalu buat gathering. Just love to see the boys happy and they all really attached to my Abah n Mama... 

P/S : The most important thing in life is your family. There are days you love them, or sometimes having some disaggrement. But, in the end, they're the people you always come home to and always be by your side when you need them the most ^__^

Friday, January 20, 2012

Langkawi Trip

Alhamdulillah, percutian yang dirancang bersama keluarga berjalan lancar. Bertolak pada hari sabtu, kami sekeluarga menaiki penerbangan air asia ke sana yang mengambil masa selama satu jam. First time aku handle sendiri menggunakan self check-in dekat kiosk yang disediakan. Memang mudah dan jimat juga. Flight juga mengikut jadual dan urusan bagasi juga sgt2 pantas. Sampai saja di sana terus di sambut oleh En Faizal, yang uruskan booking kereta. Alhamdulillah dapat juga booking kereta yang agak besar dan selesa untuk travel 8 person. Mula2 kami booking Innova tapi last minutes En Faizal offer brand new Nissan Serena yang digunakan oleh VIP saja katanya... Entah betul entah kan tidak.. Tapi memang kereta tu baru dan canggih kerana pengubahsuaian yang dilakukan. So we drive extra carefully!!!

Hidupan darat di Underwater World Langkawi

Hidupan dasar laut di Underwater World Langkawi

Azam is so excited with the motorbike

Then terus drive ke Pekan KUAH dimana kami sekeluarga telah booking Kondo Century Suria. Check-in juga takde apa2 masalah cuma aku rasa kelengkapannya agak kurang di mana kami terpaksa menelefon kepada operator untuk meminta iron, sejadah dan juga ubat menyamuk (sebab banyak sangat nyamuk nye). Breakfast juga agak memuaskan di mana terdapat banyak pilihan yang disediakan oleh pihak pengurusan. Then bermulalah kami around the Langkawi Island. Memang menarik cuma mungkin agak rushing dari satu destinasi ke satu destinasi kerana mengejar waktu.

Pemandangan di Langkawi Cable Car

Azam bermain di pantai

Kota Mahsuri

Rumah yang didiami oleh Pandak Mayah sekeluarga

Potret Mahsuri

Apa yang dapat aku lihat, di Langkawi, kedai2 makan dan kebanyakan supermarket dah tutup sekitar jam 9.30 malam. Lampu2 di jalan raya juga agak malap. So we decide tak nak berjalan malam sebab agak susah nak cari jalan pada waktu malam disebabkan keadaan yang agak suram dan gelap. But end of day2, we manage to buy "ibu gamat" untuk azam. But even it's not the fresh one (it's already been dried out) hopefully khasiatnya masih baik untuk merawat asthma.


Kedai bebas cukai -macam2 barang ada-

Gamat Gemilang -pure gamat-

3'rd day tu we all went for shopping. Memang tak terkata la bila dapat shopping. Coklat, baju, pinggan mangkuk, set periuk vision, comforter, barangan kristal n juga cenderamata memang banyak pilihan. Memang kali ni shopping habis2an sebab dah menabung khas untuk trip kali ni... nge nge nge...

Dataran Langkawi berhampiran Jeti Langkawi

Keunikan tumbuhan di Langkawi

Azam sempat bermain air di Air Terjun Durian Perangin

Kilim Goeforest Park - Hutan Paya Bakau -

On-d-way balik tu risau jugak ni kena cukai dekat airport sebab menginap tak melebihi 72jam. So dengan tawakal saja aku pack semua pingan mangkuk dalam luggage di balut dengan comferter dan baju2 sebab takut pecah. Nak bawak naik atas pulak, tak terkata la beratnya... Masa pergi we just amik luggage 30kg tapi balik terpaksa amik 75kg. Dengan adanya supersize luggage di laman web airasia.com semuanya sangat mudah. 

Masa melepasi kastam tu memang berlaku la soal jawabnye kan, but aku dengan ikhlasnya bagitahu aku hanya beli satu set pinggan mangkuk vision dan menunjukkan resit belian dan dia juga check resit kami sewa kereta. Dan mungkin dah rezeki aku, pegawai kastam tu kata... "takde masalah"... YEAY!!! Syukur... Syukur... 

Even at first this trip really challenge for me to arrange for 8 person, at the end it's still ends well. Azam juga sangat2 seronok dan excited dapat naik aeroplane katanya. And alhamdulillah, he really behave even there is a time when he is over excited cause having his cousin around and running all over the airport. Hopefully we can plan another vacation with different destination... 

P/S : Bila kita ikhlas, semuanya menjadi lebih mudah... ^__^

Sunday, January 8, 2012

Dr Azizan Osman -Kuasai Potensi Diri-

Alhamdulillah, hari ni selesai mengikuti seminar anjuran DAO (Dr Azizan Osman) yang betul2 hebat. Sebelum ni aku selalu tgk saja gambar dan iklan2 beliau di surat khabar dan majalah. Dan kadang-kala terdengar la motivasinya di radio. Selalu aku terfikir apakah perasaannya menghadiri seminar yang di anjurkan oleh DAO.

sumber dr 


So hampir 2 minggu mendaftarkan diri dengan yuran yang amat berpatutan, hari ni berlangsung la seminar tersebut di DE PALMA Hotel Shah Alam. Bila dah menyertainya sendiri, mmg aku rasa amat luar biasa. Pendekatan yang di bawa oleh DAO sangat LUAR BIASA!

Walaupun seminar yang aku hadiri ini hanya 4 jam, namun pengisiannya amat banyak. Dan untuk mendalami lagi potensi diri, akan ada kursus seterusnya pada bulan Febuari 2012 selama 3 hari di KL. Eventhough harganya "agak murah (vice versa)", hehehe tapi pastinya lebih hebat lagi! Hopefully dapat menyertainya nnt.


DAO ada menerangkan macam mana kita nak mengenali potensi diri dan bagaimana nak menguasainya. Kita perlu sentiasa positif dan berdoa pada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha penyayang. Jadi kita jgn malu untuk meminta dari-Nya.


DAO juga sering mengingatkan, apa jua yang kita lakukan adalah untuk dunia akhirat. Sentiasa rasa bersyukur dan sentiasa memberi agar hidup kita diberkati. "The more u give, the more you get back".


Dan yang paling penting adalah keberkatan dari ibu bapa kita. Sentiasalah menyenangkan hati mereka dan sentiasalah mencari keredhaan ibu bapa, pasti kejayaan dalam gengaman kita. Memang banyak lagi input2 yang memberangsangkan namu pengalaman menghadiri sendirinya amat hebat dan aku bersyukur Allah s.w.t memberi aku kesempatan menjadi peserta seminar ini.


P/S : Saya Kaya & Berjaya (kata2 DAO) ^__^

Sunday, January 1, 2012

FAREWELL 2011 & WELCOME 2012


Tinggal beberapa minit saja lagi menjejakkan masa ke tahun baru 2012. Pengalaman yang paling manis adalah apabila berkesempatan bercuti bersama keluarga di Bukit Tinggi. Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana memberi aku kesempatan merasai peristiwa2 yang membahagiakan hidupku...


Dan pengalaman pahit yang aku lalui adalah apabila aku keguguran si kembar yang hanya sempat aku kandung selama 4 bulan pada 10/10/2011. Namun aku juga bersyukur Ya Allah kerana kepahitan itu membuatkan aku menjadi seorang yang lebih tabah dan semakin dekat dengan-Mu.

P/S : Don't be afraid to change. You may lose something good, but you might gain something even better.