Monday, November 28, 2011

Azam with Play Doh



Dah lama sebenarnya nak bagi Azam bermain dengan tanah liat (Play Doh) ni. Tapi selalu je pikir macam2. Biasala kan semuanya kena risau kalau berkaitan keselamatan. Yelah masa kecik2 dulu takut dia makan ke play doh tu. Nanti play doh masuk celah2 kuku dia la. Hmm macam2 lagi...

set play doh (big barrel) beli kat Toy's r US
Sekarang ni rasanya dah sampai masa untuk benarkan dia bermain dengan Play Doh ni. Macam biasa la survey la Play doh yang banyak terdapat di pasaran kan.. kalo masa aku kecik2 dulu beli plastersin aje kat pasaraya. Nah !!! Sekedebuk!!!

sumber dari mr google


So we dicide belikan azam play doh yang di jual di Toy's R Us. Yang simple aje sebab baru nak mahirkan dia guna play doh ni. Kat pasaran sekarang ni ada macam2 jenis play doh kan. Dari yang murah sampai yang mahal. Mana tak mahal?? Sesetengah set tu siap boleh buat burger la, pizza la, kek, dan macam2 bentuk lain dengan acuan yang disediakan. Kami pilih big barrel sebab acuan2nya ringkas dan mudah digunakan. Apa yang penting mesti la selamat dan bebas dari bahan kimia.

dengan warna-warna yang terang dan menarik

kusyuk tgh buat bentuk

azam tengah mengunakan acuan yang disediakan

ibu panggil pun tak toleh nih...

buat bentuk ikan lumba-lumba

simple shape
Dari pemerhatian aku, bila azam bermain dengan play doh ni dapat beri dia peluang untuk menjadi kreatif dan bagi dia kenal warna, bentuk serta tekstur play doh itu sendiri. Dan ini dapat membantu dalam proses pembelajarannya menggunakan kemahiran jari serta fikiran secara serentak. Hopefully lepas ni dia lebih mahir dan lebih lagi kreatif.

muka yang sangat happy dapat main dengan play doh
P/S : Hopefully dapat bancuh play doh sendiri bila ada masa lapang nanti ^__^

Buah Pesimmon ???



Pelik tak buah ni? Bagi aku memang pelik sebab aku tak pernah tgk buah ni sebelum ni. Rupanya macam tomato tapi namanya PISANG KAKI??? ( Haa??? Tak macam pisang pun!) Itulah yang buat aku rasa pelik. Hahaha

Suatu hari di opis (dalam minggu lepas la) seorang rakan sekerja aku bagi aku makan buah ni. Mula2 tu aku tak nak sebab aku takut rasanya masam! Tapi dia suruh aku cuba jugak. Memang MANISSS!!! Buahnya rangup. Aku rasa lagi rangup dari buah epal yang aku selalu makan. Hehehe

So pagi semalam pergi pasar, ternampak la buah ni. Terus aku beli. Sepinggan ada 7 biji di jual pada harga RM5. Balik tu terus kupas and makan la satu family. Sesetengah orang makan dengan kulit2 sekali. tapi aku tak suka sebab kulitnya sedikit keras. Bila aku makan dengan kulit2 akan rasa mcm nak tercekik and anda sedikit rasa pahit. Tapi bila makan kupas kulit, mmg betul manis.

So hari ni aku google la pasal buah ni...


Merujuk wikipedia, PISANG KAKI ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam family kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "BUAH DEWA"
Refer : www.ms.wikipedia.org


Buah pisang kaki mengandungi vitamin C, glukosa, sukrosa, fruktos dan iodin. pisang kaki juga sangat bernilai tinggi dari segi kesihatan dan perubatan. Antara khasiat buah berbentuk bulat dan berisi rangup ini ialah menurukan tekanan darah tinggi, meningkatkan pengaliran darah di dalam pembuluh darah koronori, mengatasi sembelit dan meredakan sedu.


Pisang kaki berasal dari keluarga Ebenaceae. Kalau kawan-kawan melihat pada permukaan buah pisang kaki yang kering, adan kelihatan seperti serbuk-serbuk putih. Serbuk putih itu mengandungi manitol, glukosa dan vitamin C yang amat baik untuk paru-paru dan jantung.

P/S : Makan banyak buah-buahan baik untuk kesihatan ^__^

Aku dan Buku Masakan


Inilah kerja aku... Selain mengumpul majalah kegemaran ku Pa&Ma, aku jugak suka la belek2 buku masakan ni.  Kadang2 tu bila ada masa tu aku belek satu persatu dan mula la berangan nak masak sedap2 macam chef2 selalu masak. Tambah2 pulak sejak suka menonton Master Chef Malaysia ni... Lagi la....

Sekali sekali tu berjaya jugak la masak resepi2 yang ada dalam buku ni. Tapi tak semua pun aku try lagi. Yelah, kadang2 tu bahan2 yang digunakan tu susah sgt nak jumpa (hehehe alasan je tu).



Antara Fav aku adalah majalah RASA. Tapi aku beli majalah ni setahun sekali je. So aku baru ada 3 buah je la sebab aku start collect dari 2009-2011. Hahaha.. aku beli masa nak dekat puasa atau raya je sebab bulan Ramadhan la minat masak aku berkobar-kobar! Lagipun kalo beli tiap2 bulan pun resepinya berulang2 je...


Ini salah satu lagi buku masakan kegemaran aku. Sebabnya, resepi2 nya semua mudah dan ringkas. Banyak juga la yang aku dah try. Buku ini adalah himpunan dari 120 resepi lauk-pauk, ayam, daging, makanan laut dan sayuran. Hasil tangan selevriti terkenal Rubiah Suparman. Menarik ! Selain resepi, terdapat juga petua2 yang diselitkan tentang masakan.



Dan buku ini pula aku dapat hadiah dari karangkraf sebab menang peraduan dengan Karangkraf (TQ Karangkraf). Resepi buku ni bagi aku biasa2 aje sebab masakannya semua bertemakan KUKUS & REBUS. memang baik la untuk kesihatan kan... Dah try resepi masak ketam.. Menjadi jugak! Tapi rasanya kalo bahan2nya lebih lengkap mesti lebih UMPHHH!! Hehehe


Last but not lease, buku ni yang baru aje aku beli. kebetulan aku pergi AVOn dan tgk ada promosi untuk buku resepi masakan Dato' Chef Wan. Apa lagi... terus je aku beli. So far baru try satu je resepi dalam buku ni. Resepi untuk masak SATE. tapi aku olah bahan2nya dan aku perapkan bersama daging korban yang masih banyak. Lalu aku buat grill atas pan je, sebab belum ada OVEN!! Hmm entah bila la dapat beli oven ni... Hehehe Tapi out come nya mmg BEST! So memang ratah daging grill ala sate la... Sedap... Tapi kalo ada tempat mcm nak masak barbecue tu mesti lagi feel kan...

P/S : Rajin-rajin la memasak untuk family sendiri... Lebih jimat, lebih sedap, dan lebih rasa kasih sayang dalam masakan ^__^

Tuesday, November 22, 2011

Amalan-amalan ketika mengandung

  1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
  2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
  3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung

    • Al-Fatihah dan ayat Kursi
    • Seluruh surah Yassin
    • Seluruh surah At-Taubah
    • Seluruh surah Yusuf
    • Seluruh surah Luqman
    • Seluruh surah Maryam
    • Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
    • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran
  • Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
  • Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
  1. Membaca doa
    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
  1. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
    • Adab isteri terhadap suami ketika mengandung 
      1. Mengasihi dan menyayangi suami
      2. Menjaga perkataan terhadap suami
      3. Tidak terlalu cerewet
      4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
      5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
      6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
      7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

  • Adab suami terhadap isteri

  1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar 
  3. Selesaikan selisih faham
  4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Friday, November 18, 2011

Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari

Oleh Masmawi Abdullah


MUTAKHIR ini ramai di kalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan Jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat Islam mendirikan fardu Jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat sudah hampir tiba.

Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf hadapan, membaca al-Quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal.

Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, Jumaat (waktu rehat) selalunya digunakan untuk membeli belah, bukannya mengadakan kuliah atau mengikuti khutbah di televisyen.

Fenomena ini menunjukkan kita sudah semakin lupa dengan kelebihan dan keberkatan yang ada pada Jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya:
  • Pada Jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam (manusia pertama).
  • Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram.
  • Pada Jumaat akan berlakunya kiamat.
  • Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan Baginda berkata: Padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat).” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari Jumaat, di mana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah. Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkan itu.

Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.
Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Daripada Abu Al-Asya’ari, ia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar, sampai ia salam daripada solat.” – (Hadis riwayat Muslim)
Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada di atas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.

Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah, mentaati titah perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah, memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah.

Khatib pula perlu lebih bersedia sebelum berkhutbah dengan membuat semakan terhadap teks yang disediakan. Khatib juga perlu membuat rujukan dan pembacaan tambahan supaya khutbah yang disampaikan benar-benar menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk di masjid berjam-jam, sehingga kadangkala kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) di biarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

Oleh itu, datanglah seberapa awal ke masjid untuk memenuhi saf hadapan dan segeralah pulang apabila solat atau doa selesai agar segala urusan dapat dibereskan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, apabila kamu diseru untuk mengerjakan fardu Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli.” – (Surah al-Jum’ah, ayat 9)

P/S : Sharing is Caring ^__^

Sunday, November 13, 2011

Sambutan Aidil Adha 2011- Surau Al-Falah

Seronok melihat gambar2 yang di upload oleh rakan2 sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha. Semasa pulang ke kampung, aku juga sempat merakamkan gambar2 kenangan sambutan di surau kesayangan kampung kami. Walaupun surau ini agak kecil, namun alhamdulillah... Kalau musim perayaan, apabila sanak saudara pulang beraya, pasti penuh. Seronok juga bila berjumpa kawan2 dan juga jiran tetangga yang memang dah lama tak jumpa.



Kami sekeluarga berpindah ke kampung ini sekitar 1994 dan sejak itulah kami sering sembahyang raya di surau ini. Dahulunya surau ini kecil saja tapi lama-kelamaan dah diperbesarkan.

Pagi2 lagi azam dah memang excited nak tgk lembu. Atok bawak Azam naik motor la... ibu dengan ayah jalan kaki je... Sampai2 je memang dah ramai pun orang. Memang menarik dapat lihat sesuatu yang memberi makna korban dalam setiap umat Islam di muka bumi Allah S.W.T ini...

Masa mula-mula sampai mmg excited sgt la tu

Masa ni dia dah gelabah dah tgk lembu kena sembelih

Melihat satu "pengorbanan"

Memang ramai yang hadir membantu

Alhamdulillah, tumbang seekor lembu, 3 lagi menunggu giliran

Orang kuat (my brother and my dad)

Dah takut la tu...

Pakar-pakar melapah kulit lembu

Mmg expert diorang ni. Cepat je ...

Tutup mata terus, tak nak tgk lagi...

Yang mengetuai ibadah korban kali ini

Tmpat untuk melapah daging

Sebelah kaki lembu digantung dahulu

Back to nature -tmpat nak potong danging-

Golongan muda turut membantu
Tengok orang ramai sibuk lapah daging

Bila bekerjasama, semua kerja jadi mudah

Ok dah nak balik dah

P/S : “Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Thursday, November 10, 2011

Pengorbanan Aidil Adha

Arghh... Bulan 11 ni memang superb busy la. Macam2 benda nak kena catch-up. Even banyak public holiday, tapi rasa macam masa tu terlalu cepat berlalu.

Raya korban kali ini memang banyak membawa pengertian pada kami sekeluarga. Terutamanya pada aku sendiri. Mana taknya, umur dah nak masuk 30an tak pernah tgk orang sembelih lembu secara live kan.. Hehehe Ha! Kali ni tgk, 4 ekor sekali gus...

Azam yang memang lebih2 excited bila atok bawak dia naik motor pergi surau untuk tgk lembu2 dikorbankan. Memang satu pengalaman yang menarik dan penuh pengertian.

P/S : Semoga setiap pengorbanan itu diberkati dan dirahmati ^__^