Wednesday, August 17, 2011

Bazar Ramadhan OH Bazar Ramadhan

Nak dijadikan cerita ni, semalam memang terasa penat la sangat sebab balik shopping dari KL. Plan pada awalnya nak berbuka puasa di Pizza Hut sambil meraikan anniversary kami. Namun akibat keletihan berjalan aku minta suami tunda plan tu dan berbuka dirumah saja. Nak masak pun dah tak berapa nak larat, jadi memandu la ke Bazar Ramadhan berhampiran dengan rumah.

Banyak nye kereta setiba aku di situ. Kebiasaannya takde la penuh sangat Bazar Ramadhan tu. Lepas tu baru aku teringat "..Oo sekali dengan pasar malam rupanya..." Aku agak mesti banyak pilihan makanan yang ada.. Hmm sekali musnah harapan. Yang banyak gerai2 jual baju, bahan mentah dan juga permainan kanak-kanak. Cari la merata nak beli nasi kerabu or nasi dagang "...TAKDE!!!" Uish pelik jugak, banyak2 kedai tu langsung takde kedai jual nasik. Usah kata nasi kerabu or nasi dagang, nasi tomato pun takde, nasi goreng pun takde. Dalam hati aku dah mula merungut rangat la kan... "Adoi ai.. apala bazar ramadhan ni..tak best langsung.." 

Aku pun beli la dulu apa yang patut, contohnya air longan, murtabak dan kuih muih.. Dah ondway nak balik, baru la aku nampak satu je kedai jual nasi ayam. Apa lagi aku pun cepat2 la ke situ. Memang laku la nasi tu sebab baru kul 5 dah nak abis dah. Aku terserempak dgn jiran aku yang juga beli nasi ayam tu. Aku tanya dia... "hari ni takde gerai jual nasi ke? selalu tu banyak!" Jiran aku jawab.. "Haah, takde, ni dah pusing 2 round, satu ni je la gerai yg jual nasi.." Hmm aku pun beli la 2 paket nasi ayam berharga RM4 sebungkus... "MAHAL!!!" Tapi nak buat camne kan, sebab aku sahur minum air je pagi tadi, aku kena jugak makan nasi..

Sampai masa berbuka, tgk nasi ayam tu nampak sedap aje. Sekali bila mula nak suap dgn tangan, aku rasa something yang different. Aku tanya kat En Hubby "Hmmm.. apasal nasi ni melekit???!!" sambil aku kuis2 nasi tu dgn jari... "Rasanya dah tak elok kut!! Dah berlendir ni" Arghh... sedihnya!!!Kerana takut sakit perut atau keracunan makanan, aku dan En Hubby tak jadi le makan. So malam tadi berbuka dengan murtabak dan kuih2 je la...

Apa yang aku kesalkan, di manakah keberkatan Ramadhan yang mereka cari, kalo mereka tak ikhlas berniaga. Bayangkan la jual makanan yang dah basi atau tak elok pada pelanggan. Dah la harga cekik darah! Sedih mengenangkan umat manusia akhir zaman ni. Berpuluh-puluh aduan telah di buat oleh orang ramai tentang harga makanan naik mendadak di bazar ramadhan, namun kata mereka tak boleh nak buat apa2 sebab makanan yang telah dimasak bukan barangan kawalan. senang je jawapannya kan...

Aku selalu jugak dengar peniaga-peniaga ni berborak bila pelanggan tanya kenapa harga makanan mahal, Jawab dia... "sekali setahun je encik... buat duit raya anak bini..." Amboi... dah la nak bagi anak bini, cari la keredhaan Allah dulu dalam berniaga...

Hmmm... nak ngomel panjang2 pun dah tak gunakan... Jadi aku ambil pendekatan masak di rumah sendiri atau ke kedai yang memang dah biasa aku pergi untuk order nasi goreng, mee goreng, dan mcm2 lg dengan harga yang berpatutan...

P/S : Renung-renungkan dan pikir la sendiri ^__^!!!

Tuesday, August 16, 2011

Happy 3'rd Anniversary

Alhamdulillah hari ini genap 3 tahun perkahwinan kami. Tiada yang lebih membahagiakan bila dapat berkongsi hidup dengan sesorang yang kita sayangi dan menyayangi kita seadanya.

Menyambut ulang tahun hari bahagia ini, terimbau kembali segala saat suka duka bersama dari mula berkenalan, bercinta dan akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri dan kini bersama dengan putera kesayangan kami.

Sepanjang bersama, abang lebih banyak bersabar. Aku memang kagum dengan kesabarannya, dan kesabarannya itulah yang menambat hatiku semasa kami mula-mula berkawan dulu. Hubungan yang pernah mendapat pelbagai dugaan akhirnya menjadi kenyataan apabila mendapat restu kedua keluarga dan akhirnya kami bahagia bersama. 

Abang, terima kasih diatas segala kasih sayang dan pengorbanan mu terhadap diri ku ini. Dan aku gembira kerana hadiah ulang tahun perkahwinan dariku untuk suamiku membuatkan dia tersenyum dan cukup gembira. Semoga kita saling memahami dan saling menyayangi hingga akhir nyawa ini...

Sedikit gambar-gambar kenangan manis majlis perkahwinan kami...






P/S : Semoga Kebahagian menjadi milik kita selamanya ^__^

Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan

Lambat rasanya nak ucapkan salam ramadhan pada semua. Semoga Ramadhan memberi seribu keberkatan. Gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin untuk beramal dan beribadat...



P/S : Salam Ramadhan untuk semua ^__^