Monday, April 25, 2011

Lelah / Asthma

Kebelakangan ni azam selalu sgt kena asthma. Aduhai... Kasihan hero kecilku ini. Terbatuk2 sampai naik biru. Dan untuk 2,3 minggu ni kerja aku duk ulang alik hospital. So aku sendiri yang ada asthma ni juga sesaja nak menambah pengetahuan dalam memahami apa sebenarnya ASTHMA!!!???


 Asthma / Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.
Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh lelah. Kanak -kanak bergini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.


 Tekanan emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lalah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.

 Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan , jangkitan dan gangguan emosi.
Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi ( wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas ( nocturnal asthma ).

 
Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan  kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).
Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan  mengukur tahapsatu jenis antibodi yang dipanggil   IgE  dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi  IgE  yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap  penyakit lelah pada masa akan datang.
Apakah yang perlu dibuat jika lelah menyerang kanak - kanak ?
Ibu bapa hendaklah sentiasa bertenang supaya anak mereka itu tidak mudah berasa takut kerana ini boleh memburukkan lelahnya itu. Ubat - ubatan yang boleh mengembangkan saluran pernafasan sama ada diberi dengan cara pil atau dengan cara sedutan ( inhalation ) boleh digunakan dengan berkesan untuk meredakan keadaan. Jenis dan cara pemberian ubat ini akan ditetapkan oleh doktor mengikut keterukan lelah dan umur kanak - kanak itu tetapi memang diakui  yang ubat - ubatan ini jika diberi dengan cara menyedut adalah lebih selamat kerana dos yang digunakan adalah kecil kalau dibandingkan dengan dos yang terdapat dari pil - pil. Jika kesesakan nafas meningkat hingga kanak - kanak itu berasa resah tidak berupa bercakap , adalah dinasihatkan supaya dia dibawa berjumpa doktor.


Ada beberapa jenis ubat - ubatan yang boleh digunakan oleh para doktor seperti ubat yang mengandungi bahan theophylline , steroid , sodium chromoglycate dan ketotifen. Walaupun pengunaan ubat - ubatan ini mungkin berbeza sedikit di antara doktor - doktor , ada suatu prinsip umum yang dipatuhi oleh mereka. Faktor - faktor seperti unsur alahan , unsur jangkitan , gangguan emosi , tekanan jasmani dan sebagainya patut diambil kira kerana maklumat - maklumat ini akan dapat membantu seseorang doktor itu memberi nasihat dan rawatan yang sewajarnya kepada ibubapa. Ada ubat - ubatan yang khusus bagi memberhentikan lelah dan untuk digunakan bagi mengelakkan berlakunya lelah.
Satu perkara yang penting difikirkan apabila seseorang kanak - kanak itu sesak nafas ialah kemungkinan saluran pernafasan tersekat oleh benda - benda seperti biji kacang atau biji saga dan sebagainya kerana ini menampakkan satu keadaan yang seakan - akan penyakit lelah. keadaan ini memerlukan rawatan khas dengan segera untuk mengelakan kerosakan pada paru - paru yang boleh membawa maut. 
Bagaimana hendak mencegahnya?
Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing  atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.


Walaupun  ukuran antiobodi  IgE  tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.
Dalam usaha mengenali alahan - alahan para doktor menyarankan supaya ujian - ujian kulit dijalankan keatas kanak - kanak yang menghidap lelah. Ujian ini dijalankan dengan mengunakan ' antigen ' yang disyaki sebagai unsur alahan kepada seseorang kanak - kanak itu.
Ujian - ujian ini kadangkala boleh mengelirukan kerana walaupun seseorang itu sudah dipastikan alah kepada sesuatu unsur mengikut keputusan ujian ini tidak semestinya pendedahan kepada unsur ini akan menimbulkan lelah.
Untuk merawat lelah dengan berkesan ibu bapa perlulah memahami keadaan ini dan bekerjasama dengan para doktor supaya nasihat yang disarankan diikuti dengan seberapa boleh. Pengawasan dan rawatan mungkin terpaksa diteruskan dengan berpanjangan untuk memastikan fungsi pernafasan kanak - kanak itu tidak terjejas.
Kesimpulan
Ibu bapa yang anaknya lelah perlu tahu dengan mendalam tentang penyakit ini kerana mereka memainkan peranan yang penting di dalam program rawatan anak mereka itu.  Mereka perlu mengetahui faktor - faktor yang boleh menyebabkan berlakunya lelah supaya dapat diawasi faktor - faktor seperti alahan , jangkitan , emosi dan sebagainya .
Ubat - ubatan yang ada sekarang adalah efektif untuk merawat dan mencegah lelah. Tidak ada sebab mengapa sebahagian besar kanak - kanak yang menghidap lelah itu tidak boleh menjalani aktiviti - aktiviti seharian sama seperti kanak - kanak biasa kalau mereka mendapat rawatan dengan sempurna. Lelah yang berlaku diwaktu tidur pada waktu malam dan selepas menjalani aktiviti jasmani mesti dan boleh dicegah dengan ubat-ubatan yang ada pada masa kini .

P/S : Semoga Azam sihat kembali dan aktif seperti biasa ^__^~~~

Sunday, April 17, 2011

Fenomena Cikgu Shida

Mukanya terpampang di muka hadapan Akhbar hari ini. Disebabkan rasa ingin tahu, aku pun surf internet ingin melihat video2 yang dihasilkan. memang menarik dan really funny...


Ya. Satu lagi penangan terbaru dalam dunia hiburan dan internet. Setelah video-video miming Cikgu Shida memenuhi Youtube dan ditambah pula dengan promosi diblog-blog blogger diserata Malaysia menyebabkan nama Cikgu Shida sangat popular bukan sahaja dikalangan cikgu-cikgu sekolah, tetapi seluruh Malaysia. Memang youtube memainkan banyak peranan penting bagi cikgu shida menjadi popular biarpun katanya ianya adalah sekadar hobi sahaja.







Bagi aku, ini cara beliau yang kita susah nak tafsirkan. Hobi beliau menjadikan beliau popular dan sekaligus menjadikan ramai orang mungkin tak berapa suka dengan apa yang dilakukan oleh beliau. Tak kurang juga ada cikgu-cikgu yang memandang sinis dengan apa yang Cikgu Shida cuba sampaikan. Ya, dia berbeza. Dia dalam dunia sendirii. Samada apa yang dia buat tu salah atau tidak, biarlah korang sendiri yang tafsirkan. Dia mungkin punya sebab sendiri untuk lakukan itu semua. Dia sendiri tidak mintak mendapat sebegini cepat dan besar publisiti. Memang inilah mentaliti orang malaysia. Bila ada yang popular, pasti ada antara kita yang tak suka. Tak tahulah mengapa.

P/S : Tak mustahil ada syarikat besar seperti Petronas, Celcom, Maxis, pihak bank yang berminat menjadikan beliau sebagai produk baru, ikon baru dan tak mustahil artis baru. ^__^

Hantu Kak Limah Balik Rumah vs. Hussin Mon Dan Jin Pakai Toncit

Satu fenomena bila movie ni mula ditayangkan dipanggung. pada mulanya tak berapa terpanggil untuk menontonnya kerana dulu tak berapa minat dengan cerita Zombi Kampung Pisang. Namun dek kerana menamani en.hubby, memang tak rugi menontonnya... sedikit sedutan untuk di kongsikan bersama..












Setelah filem arahan Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah mencipta kejayaan luar biasa di pawagam dengan mengutip sebanyak RM7.8 juta, pengarah itu tidak terus duduk diam. Malah kerusi sutradaranya seperti memanggil-manggilnya kembali.

Dikatakan sebagai sekuel kepada filem HKLBR, pengarah yang pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang itu telah pun memulakan penggambaran filem terbarunya yang bertajuk Hussin Mon Dan…Jin Pakai Toncit di Kuala Kangsar hari ini.

Antara yang membintangi filem tersebut ialah Awie, Zami Ismail, Delimawati, Sofi Jikan, Rashidi Ishak, Shy8, Avaa Vanja dan ramai lagi.Difahamkan hanya Johan Raja Lawak dan Ummi Nazeera yang tidak tersenarai dalam filem sekuel ini. Namun demikian, masih belum mengetahui sinopsis filem tersebut. Apa yang diketahui, Mamat masih mengekalkan latarbelakang kehidupan di kampung kegemarannya iaitu Kg Pisang.

Terhasilnya filem tersebut, maka lengkaplah trilogi Kg Pisang yang bermula dengan Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan diikuti Hussin Mon Dan…Jin Pakai Toncit.




P/S : Tak sabar menantikan tayangannya ^__^!!!

Thursday, April 7, 2011

Tangisan cara bayi berkomunikasi
Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.



Lapar
Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.

Basah
Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam. 

Keselesaan
Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai  hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena. 

Suhu bilik
Persekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya. 

Kolik
Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut  dengan minyak telon melegakan si manja. 

Berasa letih dan mahu tidur
Bayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi). 

Baju terlalu tebal
Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas. 
P/S : Jika kita lebih memahaminya, pasti tugas kita menjadi lebih mudah ^__^!!!

Wednesday, April 6, 2011

Talian Bantuan Khusus Untuk Kanak-kanak

Talian bantuan khusus untuk kanak-kanak yang pertama di Malaysia, 15999 Childline, telah dilancarkan pada 13 November lalu oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, YB Dato’ Seri Sharizat Abdul Jalil. 15999 Childline merupakan perkhidmatan telefon sulit 24-jam untuk kanak-kanak di bawah usia 18 tahun yang memerlukan maklumat, perlindungan dan penjagaan. Talian bantuan ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam hak kanak-kanak di Malaysia. 

Kanak-kanak yang memanggil 15999 akan dapat bercakap dengan seorang Pegawai Bantuan Childline yang terlatih. Digerakkan oleh Childline Malaysia, perkhidmatan telefon ini merupakan satu usaha sama dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dengan sokongan UNICEF Malaysia dan Child Helpline International.

P/S : Anak-anak pemangkin masa hadapan ^__^

Tuesday, April 5, 2011

Serious Call Out for Blood Donation

This is a serious call out. Calling for blood donators in group AB+ or O+ for my best friend - Hartini Yahya who's currently in PPUM. Please stop by at PPUM (level 2) for the donation & mention her name. If you're not in the group, please share this out for more volunteers. My warmest regards to all of you. May GOD bless the strongest women I've known - Hartini Yahya & all of you.
P/S : Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita di dunia ^__^~~~

Monday, April 4, 2011

My Little Hero

Azam dengan kerenahnya yang selalu buat aku tersenyum dan bersyukur diatas kurnian-Nya ini...







P/S : Kaulah penawar segalanya ^__^

Sunday, April 3, 2011

Perkahwinan Mazuin & Rahmat

Baru je selesai editing gambar perkahwinan sahabat baikku di opis. Semoga kalian mendapat keberkatan hidup berumahtangga dan bahagia selamanya... Antara gambar2 yang sempat snap...













P/S : Teringat pulak kenangan masa majlis perkahwinan sendiri bila tengok kawan2 kawin ^__^ Hehehehe