Saturday, March 19, 2011

Kasihan Anakku...

Sejak kembali bekerja, rasa letih tu memang tak dapat nak digambarkan rasanya. Kadang-kadang aku sendiri pun tak pasti apa yang aku rasa??!!! Hmmm... Keliru!!!???

Ada masanya terlepas juga keletihan itu kepada kemarahan. Mana tidaknye bila Azam meragam setiba saja aku pulang ke rumah. Kadang tu kena marah jugak si kecil tu. Tapi lama kelamaan, aku sedar aku tidak sepatutnya menempiaskan keletihan itu menjadi satu kemarahan. Bila berbual dengan rakan sepejabat, baru aku tahu bukan aku saja yang menghadapi situasi begini. Ada juga yang lebih dramatik dari aku.... Hehehe...

Jadi, aku mengambil pendekatan untuk cuba mengawal keletihan dan tinggalkan segala masalah kerja di pejabat! So far Alhamdulillah ianya berkesan. Kasihan kan si kecil yang mungkin merindui kita, pasti bila kita pulang dia mahu sentiasa dimanja dan diberi perhatian sepenuhmya...


P/S : Berubah ke arah kebaikan ^__^!!!

Rezeki... Menang Peraduan

Actually banyak yang nak dikongsikan. Tapi masa tu rasanya tak pernah cukup... Last month dapat surat dari Berita Publishing bagitahu aku memenangi Hadiah Tajaan KK Home Deco berharga RM400. Tq so MUCH!!! Semuanya kerana surat aku terpilih sebagai surat terbaik bagi majalah Anjung Seri... Memang tak sangka pun, sebab masa masuk peraduan tu saja-saja nak kongsi pendapat... Tapi itulah rezeki kan... Alhamdulillah...

Just to share the picture with you guys...









P/S : Sape yang berminat bleh la ke KK HomeDeco ^__^!!!

Monday, March 14, 2011

Wanita Idaman Lelaki



Wanita idaman lelaki ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,

yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,

Wanita idaman lelaki ialah,

wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak pernah membazirkan waktu,
matanya kepenatan kerana penat menimba ilmu,
suaranya lesu kerana lidahnya tak henti memuji dan mengingatiMU,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya Subuh penuh penghayatan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh keinsafan,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang sempurna,
meneruskan perjuangan Islam sebelum tibanya Kiamat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah mahligai impiannya,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....

Saturday, March 12, 2011

Hari yang BZ...

Hmmm... it's been a while tak corat-coret kat blog. Sejak dah mula bekerja semula, masa seakan-akan tak pernah cukup untuk aku luangkan. Yelah dari pagi sampai ke petang di pejabat. Malam pula spend time dengan family especially buah hati kesayangan ku si kecik Azam. Tak puas rasanya bermain dengan dia, dia dah tido. Aku pun tak larat la nak bersengkang mata lagi dan terus follow Azam tido ZZzzzz.....

Penat yang aku rasa agak berlainan dari dulu. Yelah dulu masa kerja, bujang... Lepas dah kawin pun, baru berdua... Kini bila dah bertiga ni, banyak juga perkara yang harus diutamakan. Tapi kadang-kala terasa lelah juga berulang alik ke shah alam setiap hari. Perjalanan yang hampir 45 minit, cukup panjang rasanya.

Entry ni aku tulis utkk share something yang aku terbaca baru-baru ini. Aku juga nak ucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita2 yang tabah dan semoga terus menjadi wanita berjaya.

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…


Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥.
✿ Prinsip ABC ✿
✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

P/S : Keep Istiqomah wa HAMASAH ^__^