Tuesday, February 22, 2011

Your Smile Makes My Day...

Hari ni first time Azam tak nangis ke taska. Walaupun mencebik bibir bila masuk dalam kereta, tapi dia tak nangis. Siap salam n cium tangan ibu. Lepas tu kiss ibu lagi... Alhamdulillah... Lega rasa hati kalo Azam betul2 dah serasi dekat situ. Walaupun ada masalah past 2 weeks... Tapi lepas dah berbincang dengan penjaga taska, semuanya kembali baik dan bertambah baik... Alhamdulillah...


P/S : You're the light of my life... ^__^

Tuesday, February 15, 2011

Work, Wife, Moms... Life



Alhamdulillah... Hari pertama kerja dilalui dengan "OK". Memang tak sangka dalam masa terdekat ni aku kembali menjadi seorang wanita bekerjaya... Dari suri rumah sepenuh masa, saja2 apply kerja.. dan sekarang... Hmmm...

Kini, aku perlu menyeimbangkan kehidupanku yang merangkap seorang pekerja, isteri dan juga ibu. Masa jadi teramat berharga untuk aku. Kalau dulu boleh berlengah2, sekarang tidak lagi. Mana tidaknya, pagi2 dah nak kena siapkan diri untuk ke pejabat dan menghantar si kecil ke taska. Memang mencabar jugalah di minggu pertama kerja ni. Masa selepas balik kerja juga amat berharga untuk diluangkan bermain dengan buah hati kesayangan ku itu sebab jam 9 malam, dia dah lena tidur. Semua masa yang ada akan aku cuba gunakan sebaik mungkin. 

Sebagai seorang isteri, aku bertuah kerana hubby tak terlalu cerewet. So... love u so much... :P thanks for all the support n sponsor ye... hehehehe...

Inilah kehidupan baru ku yang penuh dengan cabaran dan insyaAllah akan aku harungi dengan tabah dan setiap langkahku pasti aku lakukan dengan cekal,

P/S : Tabik spring pada mama yang menjadi isteri, mama dan juga seorang jururawat yang berjaya... Love u mama...

Saturday, February 12, 2011

Baby Fever

Lama tak tulis blog. Maybe sibuk skit dengan sikecil dan persiapan untuk mula kembali bekerja isnin ni. Hmmm... Hati masih lagi berbelah bahagi. Mana tak nya, 2 tahun dengan si kecil depan mata 24/7, dan sekarang sudah mula membiasakan diri bila menghantar nya ke taska. Alhamdulillah, dia juga semakin serasi di sana.



Yang lagi memeningkan kepala bila Azam start demam. Aduh... risau pulak nak tinggalkan dekat taska nnt. Dah masuk hari ke-3 masih tak kebah juga. So dah 3 hari jugalah ibu ni tak dapat cukup tidur. Azam pula memang kebiasaannya seolah2 meracau bila suhu badannya tinggi. Sebab risau kena tarik2 (sawan) seperti mana yang selalu diceritakan oleh orang lain, jadi bersengkang mata menjelum dia agar suhunya turun semula. Risau... Esok kalo masih tak ok, ingat nak bawak ke hospital saja sebab dah nak abis ubat demam n antibiotik tapi masih tak kebah lagi demamnya...

P/S : Semoga si kecil lekas sembuh ^_^