Wednesday, January 26, 2011

Hari Ke-2 Azam di Taska

My sweet Pumpkin


Alhamdulillah. Hari kedua agak baik untuk Azam di taska. Pagi-pagi tu bangun tido terus sebut "sekolah". Aku tanya dia... "Azam nak pergi sekolah?" Dia jawab "tadika!" Aku dan hubby senyum sajalah...

Hantar ke tadika, berat dia nak lepaskan pegangan tangannya yang erat memegang jariku. Mungkin takut aku hilang dari pandangan.
Disebab kejadian semalam, hari ni aku bekalkan dia dengan tudung yang selalu aku pakai kat rumah. Bagitau penjaga tu kalo dia cari ibu, bagi dia tudung ni... And guess what?? it's working!!! Alhamdulillah...
Setelah di berikan mainan2 di taska tu, di leka. Aku segera tinggalkan taska menuju ke opis. Dalam perjalanan hati ku berdoa tak henti2 agar Azam ok.

Habis kerja di opis, terus aku bergegas pulang untuk melihat keadaannya. sampai di taska aku tak nampak kelibatnya. Aku berbual dengan penjaganya. 

Penjaga kata dia tak nangis langsung hari ni. bila dia start cari ibu, bagi tudung tu, dia cium2, lap2 kat pipi dia pastu sambung main lg. Tapi disebab kan ibu rindu sgt dekat dia, amik juga tengah hari bawak balik takyah tunggu sampai petang...
P/S : Buah hati kesayanganku semakin membesar dan semakin pintar ^__^

Tuesday, January 25, 2011

I just Can't SLEPP!!!


Aduhai... Kenapa la mata ni tak nak tido lena. Terjaga jam 4pagi sampai sekarang tak boleh nak tido semula. Mungkin terlalu banyak yang aku pikirkan. Dan terlalu banyak kerisauan... So aku saja nak tulis entry ni untuk mengisi masa dan meluahkan rasa di blog agar fikiran ku sedikit tenang.

Malam tadi Azam tak berapa lena tidur. Mengigau sampai nangis-nangis. Mungkin teringat peristiwa siang tadi....

Bila memikirkan masalah... semua orang ada masalah.! Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita menanganinya. Aku seorang yang suka berfikir (tapi kalo dah terlalu banyak pikir, Ha... macam ni la jadinya!). Entahla kadang-kadang aku cuba jugak nak laluinya saja tanpa berfikir panjang. Tapi mula la kerisauan itu datang....

Hari ni hari kedua akan hantar Si Kecilku Azam ke Taska. Aku harap sangat Azam dapat membiasakan diri berjauhan dariku. Aku tahu pasti dia terasa rindu dan kehilangan bila aku tiada bersama disisinya. Kerana aku lah tempat dia bermain, makan, minum, tido dan boleh dikatakan aku bersama dia 24/7. Aku tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan untuk si manja ku ini.

Jam sekarang menunjukkan 6.30 pagi. Dan aku harus bersiap2 untuk menghantar Azam dan ke pejabat atas sedikit urusan.
"Azam sabar ye... Ibu pergi sekejap aje. Nanti ibu dah abis kerja, ibu ambil azam kat taska k... Love u sayang..."

P/S : Kuatkanlah semangatku... Kuatkan juga semangat Si Kecilku... ^__^~~~

Monday, January 24, 2011

Pengalaman Pertama Hantar Azam ke Taska

Akhirnya, Azam ke taska juga hari ini. fikiran ini tidak habis2 memikirkan tentang dia.. bagaimana minumnya? Bersihkah dia? Laparkah dia? Bagaimana dia tidur?Kena marah ke? Menangis ke? Aduh... memang tak senang duduk la dirumah hari ini.


Mula dengan keadaan yang excited dia nk pergi taska. Aku mandikan dia siap-siap di rumah sebab takut dia terkejut pulak orang lain mandikan dia. Lepas selesai pendaftaran dan sesi bagi taklimat pada penjaganya tu aku tinggalkan lah dia disitu dengan hati yang serba risau.
Muka excited nak pergi Taska
Taska Permata
Kat rumah sempat la aku siapkan semua kerja rumah tapi terngiang2 suara sikecik tu... Biasanya dia la yang riuh. Then pergi balik taska kul 1 nak amik dia, Nampak dia tengah tido. Borak2 dengan penjaganya nak tahu keadaan Azam kat sana. Katanya, Azam mula2 tu ok. Main dengan kawan2 lain. Tapi lepas tu dia start mencari ibu. Dia siap berdiri dekat sliding door tunjuk jari kat pintu tu sampil cakap "bukak!! bukak!! bukak!!" pastu panggil "ibu!!ibu!!" Bila tak dapat jugak cari ibu, dia mengamuk & guest what happen??? Kepalanya berdentum ke lantai. Adalah sedikit benjol dan gurisan luka.
Kesan luka dan lebam akibat terhantuk di lantai
Aduh!!! hari pertama dah macam ni... aishhh... penjaga tu risau aku marah, tapi aku cakap takpe, baru hari pertama. maybe dia tak biasa lagi. Aku dukung dia dan terus aku bawak balik. Masuk saje dalam kereta dia jerit "ibu... ibu..." sambil nangis tersedu2... aduh... macam mana ni????? Rasa macam tak jadi nak keje pun ada.

Namun, atas nasihat mamaku dan juga kenalan serta sahabat, aku harus kuatkan diri ku agar perlahan-lahan mengajar Azam untuk tinggal di Taska. Doaku sentiasa agar Allah memudahkan segalanya bagi kami sekeluarga.

Balik rumah terus Azam peluk dan main dengan semua toys yang ada. memang habis bersepah satu rumah. Tapi aku biarkan saja. Aku pikir, mungkin di taska dia terpaksa berkongsi toys dengan yang lain sedangkan selama ini semua toys kepunyaan dia seorang.
Terus main dengan toys kat rumah

Walaupun sedih dekat taska, tapi beg sekolah masih menjadi kesayangannya

Bila ibu cakap jom ke taska, dia pegang beg sambil lari jauh2

Memang ada pro & kontra bila hantar anak ke taska. namun aku harap semuanya berjalan lancar untuk hari ke-2 (esok). 
Penawar Hati Ku - My Sweet Little Baby Boy
P/S : Semoga hari-hari mendatang lebih mudah bagi Azam di taska... InsyaAllah ^__^

Azam ke TASKA

Berdebar-debar rasa hati... Esok Azam mula ke taska. Sebagai ibu aku sentiasa mahukan yang terbaik. Risau sentiasa membelenggu diri. Walaupun ramai yang anggap aku over-protected, namun aku dengan bangga mengakuinya!!! Aku seorang ibu!!! Dan itu hak aku!!!

Seharian keluar membeli keperluan Azam ke taska. Doaku akan selalu bersamanya... Dan semoga Azam happy dapat jumpa kawan-kawan baru nanti. Azam juga amat excited dengan beg barunya...

Beg Sekolah Baru

 
Barang2 Keperluan

Azam nak kemas barang

Apa lagi nak bawak ni ye...

Dah ready

Apa nak buat lagi ni <boring>


My precious baby boy

I am a THINKER!

Comei tak saya ibu?
P/S : Have fun my Sweet Little Baby Boy ^__^ xoxo

Monday, January 17, 2011

Sepasang PENDERHAKA!!!

Ramai ibubapa hari ini kecewa dengan sikap anak-anak mereka, degil, suka melawan, penyamun, perosak anak dara orang dan banyak lagi kejahatan lainnya. Air mata kekecewaan mengalir di pipi mereka, namun luka di hati tiada siapa yang tahu. Mereka tertanya-tanya, apakah ini balasannya atas kerja kuat mereka menafkahi dan membesarkan anak-anak sehingga sedewasa ini ? Keletihan lalu ingatkan kian terhilang setelah anak kian dewasa namun ia malah bertambah-tambah dengan sikap anak yang tak tahu membalas jasa. Sungguh tidak berbaloi !

Kisah Saidina Umar dan sebuah keluarga bakal menjawab teka-teki kita semua. Mereka juga bermasalah seperti anda.


"Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri."

Tulisan ini bukan bertujuan untuk menghentam ibubapa yang saya pasti telah bersusah-payah untuk membesarkan anak-anak dengan sesempurna mungkin. Namun, kisah ini saya bawakan khas untuk kita para ibubapa dan bakal ibubapa mengoreksi diri berkaitan tanggungjawab kita terhadap anak-anak.


Memilih calon ibu yang terbaik

Isteri itu dipilih kerana empat perkara, keturunan, kekayaan, kecantikan dan keimanan. Maka utamakanlah isteri yang bukan sekadar tahu agama tapi mendirikan agama, sedangkan tiga perkara yang lain adalah nilai tambah yang bakal melengkapkan lagi pernikahan kalian.

Isteri yang beragama penting kerana dialah ibu rumah tangga dan menentu jejak suami dan anak-anak untuk terus melangkah ke syurga. Hal ini dapat meringankan kerja suami dari menanggung dosa isteri yang tidak solat, tidak menutup aurat dan sebagainya. Mendidik isteri yang sudah liat dalam menegakkan syariat Islam jauh lebih sukar berbanding mendidik anak yang masih kecil.

Sebelum terlupa, suami juga perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agama kerana suamilah ketua keluarga yang diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mendidik isteri dan anak-anak dengan Islam yang sebenar.

Jadi pilihlah isteri dan suami yang terbaik kerana ia bakal menentukan nasib pernikahan anda dan anak-anak pada masa mendatang. Jauhilah dari ber'couple' dengan alasan apa pun kerana ia adalah permulaan yang buruk untuk pernikahan dan anak-anak anda.


Memberi nama yang terbaik

Nama adalah doa ibubapa untuk anak-anak, terkadang nama yang diberi begitu indah namun dipanggil dengan panggilan yang kurang baik atau tanpa maksud. Carilah nama dan panggilan yang terbaik untuk anak anda menggunakan buku nama-nama anak muslim yang ditulis dengan maksudnya sekali.

Elakkan juga kata-kata negatif seperti 'degil betul budak ni', tolol, bodoh, dan sebagainya. Jika anda terus memanggil mereka atau memarahi mereka dengan kata-kata seperti itu, maka jangan kecewa atau marah jika anak-anak betul-betul menjadi apa yang anda ucapkan saban hari. Lalu saat mereka melakukan kesalahan, banyakkan bersabar dan ajarlah tindakan yang sepatutnya kerana anak mendambakan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih lama hidup di dunia ini.


Mengajarkan Al-Quran

Berapa ramai ibubapa yang mampu membaca al-Quran dengan tartil ? Berapa ramai ibubapa yang sempat meluangkan masa untuk membaca al-Quran dalam kesibukan sehariannya ? Serta berapa ramai pula yang mengajarkan anak-anak mereka dengan al-Quran ? Berapa ramai pula yang mempraktikkan isi al-Quran dalam diri dan keluarganya ? Tepuk dada, tanyalah iman.

Terkadang, ibubapa sudah terbukti soleh tapi dek kerana kesibukan kerja di luar rumah, kita terlupakan pendidikan agama anak-anak kita. Apatah lagi jika ibubapa bukan orang soleh, maka anak-anak kian terpesong. Guru yang anda gajikan untuk mendidik anak mengenal Allah, hanya sekadar pembantu dan ibubapalah guru sebenar yang mengajarkan anak-anak tentang agama dengan teladan yang baik.


Masanya untuk berubah

Jika kita pernah menderhakai anak-anak, maka kini saatnya untuk berubah. Mohonlah ampunan Allah, petunjuk dan pertolonganNya agar anda dapat meluruskan kembali diri, pasangan dan anak-anak dari terus terpesong. Mungkin sulit untuk melenturkan buluh yang telah matang namun sekurang-kurangnya anda perlu berusaha. Inilah kafarah dosa kita semalam.

Kepada anak-anak yang diderhakai, maafkanlah kesalahan ibubapamu. Betapa mereka sanggup menjaga kita dengan susah payah dan bukan dibuang selepas dilahirkan. Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kita. Apa yang terjadi, jadikanlah pengajaran agar anak-anak yang bakal kita lahirkan nanti tidak mengalami nasib yang sama seperti kita.

Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6]
P/S : Berubah ke arah kebaikan ^__^

Anak Anda Suka Bermain?



SEMUA kanak-kanak gemar bermain malah mereka bermain setiap masa tanpa mengira waktu.  Ada ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka bermain sehingga malas belajar. Namun kajian pakar kanak-kanak menunjukkan, selain boleh membuatkan kanak-kanak leka, bermain juga adalah proses pembelajaran paling berkesan serta memantapkan pemikiran mereka. Untuk melihat sama ada kanak-kanak itu serius atau tidak, lihat ketika mereka bermain. Ini kerana kanak-kanak akan memberikan tumpuan seratus peratus ketika mereka bermain.

Antara permainan yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 18 sehingga 24 bulan ialah melatih mereka untuk mendengar cerita yang dibacakan menerusi buku sekurang-kurangnya lima minit setiap hari. Lakukan hubung kait menerusi gambar dengan aktiviti yang pernah dilakukan suatu ketika dulu, tunjukkan gambar kemudian minta anak anda menamakan haiwan itu, sebut lebih 50 perkataan dengan terang dan beri jawapan ringkas pada setiap persoalan anak anda.

Setiap hari ibu bapa harus meluangkan masa 20 minit bersama anak-anak sama ada melakukan aktiviti bermain atau belajar.Pertemuan ini harus dilakukan setiap hari secara bersemuka. Bermain dan belajarlah bersama anak.Ini kerana cara ini mampu mewujudkan perhubungan yang sihat serta mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain. Namun jangan sesekali memberikan tekanan kepada anak dengan mengharapkan mereka mampu melakukan seperti mana keinginan ibu bapa.



Setiap anak juga menunjukkan perkembangan berbeza justeru, jangan membeza-bezakan anak anda dengan anak orang lain. Bagi memberikan sifat yakin, harga diri serta bersemangat tinggi. Selain perkembangan minda menerusi aktiviti bermain, penting untuk melengkapkan kanak-kanak dengan stimulasi dan khasiat pemakanan sesuai.

Cara terbaik memastikan anak-anak mencapai potensi diri adalah dengan memastikan mereka menerima pelbagai khasiat makanan. Ia seperti membina menara menggunakan batu-bata. Asas yang kukuh dan stabil diperlukan agar anda mampu membina bangunan setinggi mungkin.

Walaupun acara ini dikhaskan untuk kanak-kanak, pada masa sama kami ingin mendidik ibu bapa mengenai peraturan asas ketika memilih khasiat sesuai untuk kanak-kanak. Pemakanan mereka harus mengandungi kombinasi khasiat seimbang untuk menyokong pertumbuhan secara menyeluruh.



Hasil penyelidikan menunjukkan peningkatan pengambilan DHA tidak mencukupi untuk membantu perkembangan otak mereka. Perkembangan otak yang lengkap memerlukan khasiat kombinasi lemak (omega 3, asid lemak omega 6 dan fosfolipid), vitamin dan mineral (kolina, besi dan zink).

Ramai ibu bapa percaya DHA dan AA saja sudah mencukupi untuk perkembangan otak anak mereka. Justeru, ibu bapa biasanya akan menggandakan pengambilan DHA dan AA dan mengabaikan khasiat lain yang sama atau lebih penting dalam membantu perkembangan mental mereka secara menyeluruh. Sistem nutrisi Eye-Q di Gain Plus mengandungi kombinasi khasiat diperlukan kanak-kanak iaitu DHA, AA, asid alfa linolenik (ALA), asid linoleik (AA), fosfolipid, kolina, taurina, zat besi dan zink bagi memudahkan kanak-kanak mendapatkan khasiat lengkap untuk perkembangan otak mereka.

P/S : Setelah seharian penat bermain, Azam tidur lena di waktu malam ^__^

Sumber : Harian Metro Rabu 6/7/2010

Friday, January 14, 2011

Buah Kiwi, Baik Untuk Anda & Juga Kandungan


Salah satu perkara paling menyeronokkan ketika hamil ialah menikmati makanan lazat semahu-mahunya tanpa rasa bersalah dengan pertambahan kalori yang diambil. Walau bagaimanapun, harus diingat! Nikmat daripada semua makanan tersebut harus disertai dengan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ketahuilah! 3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan oleh bayi.

Cara paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap bagi bakal ibu seperti anda.

Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

1. Kekalkan Sistem Imuniti

Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan. Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya. 



2. Tinggi asid folik

Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.
Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir. Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

3. Mengurangkan Sembelit

Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak
 
Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

P/S : Aku banyak makan buah dan air soya semasa mengandung ^__^!!! 
(sumber dr : http://www.majalahpama.com.my/mama/artikel.asp?art=2011/0105/6334542648&sec=Kehamilan)

Tingkatkan Sistem Pertahanan Dengan Probiotik


Bakteria Jahat ;p
Kerisauan ibu bapa terhadap penyakit seperti demam, selesema dan batuk yang mudah menyerang anak-anak adalah lumrah. Namun teknologi sains telah menemui penawar berkesan menghalang virus penyakit itu menyerang manusia. HASNITA SAWAL mendapatkan butiran lanjut daripada pakar yang menemuinya.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah diserang simptom demam dan selesema dan ia berlaku enam hingga 10 kali dalam setahun di seluruh dunia. Kanak-kanak di pusat jagaan berisiko tinggi lebih 1.5 hingga tiga kali mendapat jangkitan saluran pernafasan berbanding kanak-kanak yang dijaga di rumah.

Semuanya berlaku kerana sistem pertahanan badan kanak-kanak kurang mampu menentang serangan virus tersebut. Justeru itu, pakar saintis telah membuat kajian dan menemui Probiotik yang mampu meningkatkan sistem pertahanan dalam badan manusia.

Dr. Sampo Lahtinen, Pengurus Platform Kesihatan & Pemakanan di Danisco Finland, yang juga pakar dalam kajian berkenaan kebaikan kesihatan fungsi bahan-bahan makanan seperti prebiotik dan probiotik memberitahu probiotik adalah mikrob hidup dan apabila diuruskan dalam jumlah yang cukup, mampu memberikan kebaikan kesihatan kepada manusia.

Probiotik dikenali sebagai alat bantuan memperbaiki sistem pencernaan. Namun yang masih belum biasa diketahui adalah beberapa tarikan spesifiknya yang boleh menguatkan sistem kekebalan dan membantu mengekang serangan demam dan selesema.

Tugas probiotik

Sel pertahanan spesifik, seperti sel dendritic, sentiasa menyelidiki kandungan usus dalaman. Apabila probiotik berinteraksi dengan sel pertahanan dalam usus dalaman, probiotik akan menguatkan pertahanan kekebalan menentang pathogens.

Probiotik juga membantu mencegah jangkitan biasa kerana sifat mereka antipatogen. Patogen boleh menyebabkan jangkitan di lokasi yang berbeza pada tubuh, tetapi laluan khas penyerangan mereka adalah melalui permukaan mukosa, di saluran pernafasan bahagian atas dan di dalam usus.

Probiotik yang dihadam membantu memerangi patogen pada peringkat mukosa, contohnya menghasilkan komponen anti-bakteria. Apabila probiotik yang dicerna berinteraksi dengan sel kekebalan badan dan patogen dalam permukaan mukosa manusia, maka sangat penting untuk memilih probiotik yang memiliki kemampuan kuat untuk melekat pada lendir manusia. Sifat cemerlang probiotik di dalam usus itu digunakan dalam penghasilan Kordel’s Howaru Protect probiotik.

Apa itu Howaru Protect

Howaru Protect adalah campuran unik dua saringan probiotik, yang telah dibuktikan melalui proses kualiti tinggi, kesilauan berganda (double-blinded), kawalan-placebo, cubaan perantaraan manusia untuk mengurangkan insiden jangkitan saluran pernafasan atas (lebih biasa dikenali sebagai demam dan selesema).

Saringan probitik yang digunakan dalam Howaru Protect adalah Lactobacillus acidophilus NCFM dan Bifidobacterium lactis Bi-07. Kajian menunjukkan Lactobacillus acidophilus NCFM dan Bifidobacterium lactis Bi-07 berinteraksi secara langsung dengan sel dendritic manusia, dan membentengi mekanisme manusia menentang pencerobohan virus. Ia terdapat dalam kesan perlindungan pada Howaru Protect memandangkan kebanyakan kes selesema biasa berasal dari virus.

Kekuatan Howaru Protect dibandingkan dengan produk lain yang mengandungi bakteria baik untuk usus manusia iaitu ia telah dibuktikan dalam ujian klinikal yang besar serta sokongan sains di sebalik penciptaan produknya.

Manfaat probiotik adalah strain-specific (khusus untuk kombinasi saringan). Hasil klinikal yang ditunjukkan untuk satu produk tidak boleh disamakan dengan produk probiotik lain kerana produk lain mempunyai bakteria yang berbeza, lagi pula ia tiada kesan pengenalan.

Kesan kesihatan probiotik juga bergantung pada dos. Kesan kebaikan Howaru Protect telah ditunjukkan pada 10 billion cfu. Bagaimanapun produk lain tidak membuat ujian yang sama, jadi kesan dos yang rendah itu mungkin hanya spekulasi.

Sesuai untuk semua

Howaru Protect disasarkan pada semua lapisan manusia dan selamat untuk semua, daripada kanak-kanak (setahun ke atas) sehingga orang dewasa. Produk ini juga mungkin berkesan khususnya pada mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan pernafasan seperti kanak-kanak, orang tua, mereka yang kerap mengembara, di bawah tekanan dan yang sering terdedah pada orang sakit. Probiotik tidak boleh diberi kepada pesakit yang sakit kritikal atau immunosuppressed tanpa nasihat dari doktor.

Secara idealnya, probiotik sepatutnya diambil semasa waktu makan apabila persekitaran perut kita sedang dalam keadaan baik tetapi Howaru Protect juga boleh diambil antara waktu makan dengan sebarang minuman seperti air masak, susu atau jus kecuali minuman panas dan beralkohol. Tetapi Dr Sampo menyarankan agar mengambilnya dalam masa yang sama setiap hari untuk kesan lebih baik.

Probiotik bukan antibiotik atau ubat. Bagaimanapun info ia boleh digunakan bersama antibiotik untuk melawan kesan sampingan berbahaya dari antibiotik, seperti gangguan dari mikrobiota usus biasa dan antibiotik berkaitan diarea/ciritbirit. Seperti lain-lain probiotik, Howaru Protect disasarkan terutama pada pencegahan dan penjagaan kesihatan daripada mengubati penyakit.

Umumnya, kesan peningkatan kekebalan probiotik dapat dilihat selepas beberapa minggu pengambilan probiotik. Kesannya berpanjangan sepanjang pengambilan probiotik dan akan berhenti sebaik anda tidak mengambilnya. Oleh itu, pengambilan jangka panjang yang berterusan dianjurkan untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada probiotik.

P/S : Persiapkan diri anak melawan kuman dan penyakit ^__^!!! 
(sumber dari http://www.majalahpama.com.my/bayi/artikel.asp?art=2011/0103/2983663957&sec=Gizi)

Thursday, January 13, 2011

Confuse

SubahanAllah.... Hmm Apa yang dah terjadi ni... Hati meloncat2 kegembiraan tapi terselit kerisauan... Apa yang perlu aku buat??? Berdoa dan berserah pada yang Maha Esa....

Alhamdulillah, pencarian pekerjaan ku kali ini dimudahi oleh yang Esa. Office lama menawarkan kerja bersama mereka semula dan insyaAllah bulan Febuari ni dah boleh start. Namun aku risau dan bimbang untuk melepaskan tanggungjawabku sebagai seorang suri rumah, terutama sebagai seorang ibu sepenuh masa kepada permata hati ku Saiful Azam Iskandar.

Apa yang aku boleh lakukan sekarang adalah berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan perlahan-lahan melakukan perubahan. Aku YAKIN aku BOLEH!!! Dan aku tahu AZAM juga BOLEH!!!

P/S : Saiful Azam Iskandar, Kesayangan ibu  ^__^~~~ xoxo

Monday, January 10, 2011

TRILOGI CINTA

Wah!!! Memang teruja sangat masa mula-mula tengok iklan dekat TV1. Maklumlah aku sendiri jarang tengok TV1. Seperti yang pernah diberitahu padaku satu ketika dulu... TV1 ni TV untuk orang tua!!! Yeke??? Hehehe tapi tak aku nafikan sesetengah drama yang hebat, disiarkan di TV1. Dan sekali lagi satu Drama yang diadaptasikan dari novel2 kegemaranku hasil karya Sharifah Abu Salem. Tahniah Rosyam Nor kerana berjaya merialisasikan mimpi ku... Hari ni baru episod lima... Jom saksikan...

TELENOVELA TRILOGI CINTA TARIKAN TERBAHARU PROGRAM RTM 2011

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan telenovela terbaharu Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Drama rantaian 40 episod gandingan watak utama lakonan Fouziah Ghous dan Rosyam Nor yang turut mengetengahkan pelakon Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman ini pastinya menjadi daya tarikan kepada penonton setia RTM yang selama ini hanya disajikan telenovela dari luar negara.

Tenyata kelainan yang cuba diketengahkan RTM dalam menghadiahkan program-program menarik terutama drama rantaian ini bakal mencetuskan fenomenanya sendiri apatahlagi masyarakat Malaysia sememangnya gemarkan telenovela yang bukan sahaja membawakan kisah percintaan malah isu kekeluargaan juga dijadikan jalan cerita utama.
Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan, telenovela ini menjanjikan babak menarik antara pasangan yang berbeza latar belakang dan darjatnya ini menerusi episod demi episod yang diketengahkan.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Friday, January 7, 2011

Fakta @ Mitos ???

Mitos Kehamilan, Betul Ke?. Semasa hamil setiap orang akan memberikan nasihat, petua, pantang larang dan macam-macam lagi.Adakalanya hingga tak masuk akal bila memikirkannya. Samaada ia hanyalah mitos, rekaan atau kebenaran, kita sendiri menilainya...

Walaupun maksudnya baik tetapi tidak semua dari  pantang larang itu benar dan kebanyakannya disampaikan bertujuan menakut-nakutkan agar kita tidak melakukan pantang larang tersebut yang mana mempunyai maksud disebaliknya. Ada juga yang berpendapat kebanyakannya hanya berdasarkan mitos atau kepercayan saja daripada kenyataannya.

BEBERAPA PANTANG LARANG YANG BIASA KITA DENGAR:

 – Tidak boleh memotong atau menjahit baju. 

Mitos: Anak akan lahir dengan bibir sumbing. 

Fakta: Takut terluka dengan benda-benda tajam tu.

- Jangan makan kicap 

Mitos: Membuat bayi berkulit gelap 

Fakta: warna kulit seseorang dipengaruhi oleh factor genetic ayah – ibunya. Bukan oleh kicap!!! 

- Jangan cabut rumput. 

Mitos: Nanti sendi-sendi anak akan jadi lembik. 

Fakta:Takut terkena benda-benda tajam atau duri yang boleh melukakan. 

- Jangan pindah rumah. 

Mitos: Nanti isteri susah nak beranak. 

Fakta:Tak sesuai dengan keadaan isteri yang lemah dan merbahaya untuk kandungannya. Orang hamil tidak digalakkan angkat barang2 berat dan terlalu letih. 

- Jangan makan pedas. 

Mitos: Nanti anak panas 

Fakta: Mungkin sesetengah orang tidak tahan makan pedas, tambahan lagi bila mengandung mudah terasa pedih ulu hati.

 - Jangan lilit tuala di kepala/tengkuk 

Mitos: Nanti tali pusat anak terbelit-belit. 

Fakta: Tak berapa manis dipandang. Dah mandi, kan elok sikat dan rapi rambut dengan kemas.

 

Banyak lagi mitos kehamilan lainnya yang terdapat dalam masyarakat kita.Terpulang kepada kita untuk menilainya.

P/S : Dengar boleh, percaya jangan. Kaji dulu setiap apa yang kita dengar sebelum mempercayainya OK  ^__^

Wednesday, January 5, 2011

Perkahwinan Nor Asyikin Abu Hassan & Pasangannya...

Alhamdulillah satu kebetulan pulang ke kampung pada tarikh perkahwinan salah seorang sahabatku sejak dr sekolah rendah lagi. Tahniah kepada syikin & suami... Semoga berbahagia dan kekal ke akhirnya... 

Ini adalah sedikit sebanyak gambar2 yang sempat aku snap sebab rushing ke kenduri yang lain pulak...



P/S : Selamanya Pengantin Baru ^__^