Saturday, December 31, 2011

End Of Year 2011-Countdown




Dalam menghitung hari, hari ini (31/12) adalah hari terakhir tahun 2011. Bila direnung2kan memang banyak yang dah aku lalui sepanjang tahun ini. Dari yang pahit hingga yang manis... Dari suri rumah aku mula menjadi wanita bekerjaya semula.

Pejam celik dah hampir setahun pun aku bekerja. Bila direnungkan pada azam tahun 2011... alhamdulillah banyak juga yang dapat dikecapi cuma impian untuk punya business sendiri masih belum tercapai... InsyaAllah... pasti akan terlaksana juga satu hari nanti. Cuma mungkin perlu mencungkil potensi diri ini lebih dalam lagi...


Pahit getir yang dilalui juga membuatkan aku lebih dewasa. Mengalami pengalaman2 yang belum pernah aku alami sebelum ini, membuat aku menghargai diri dan mengharagai insan2 disekelilingku. 

P/S : Memikirkan masa depan yang masih jauh... ^__^

Monday, December 19, 2011

Ada apa dengan KOREAN group

Lately ni macam interested balik dengan lagu-lagu korea. Kalau dulu masa belajar di universiti aku dan kawan2 gile tgk drama-drama korea. Sanggup tu beli VCD Original. Memang feel la kan. Kalo terlepas satu episod yang tayang kat TV, mesti rasa tak puas hati je. So sekarang ni lagu2 mereka pulak yang banyak mendapat perhatian rakyat malaysia.
Wonder Girls
Kalau nak di ikutkan, mula2 kumpulan yang top yang aku suka wonder girls dengan lagu "I want nobody2 but u" tu la kan.. Dengan video klip yang memang menarik and sempoi je. Lepas tu banyak lagi la kumpulan2 lain yang hit dengan lagu masing-masing.


4 minutes

4 minutes
Aku tahu ramai yang memang obses dengan korean ni. Yelah mana taknya, kalau tangkap gambar semua sibuk buat muka comel (kononnye :p). Kembungkan pipi, tangan buat peace letak kat pipi la, mata la dan bla bla bla...

T-ara
Nak cakap pasal nyanyian aku rasa macam biasa je cuma mungkin sebab kebanyakan kumpulan2 K-pop ni suka menari dan koreographi mereka rancak, menarik tapi adakalanya terlalu seksi. Hmm... terpulang la pada tafsiran masing2 kan...

After school
Namun apa yang menarik minat aku ialah, kalau diperhatikan pelakon, penyanyi mereka ni semua kurus2, kulit gebu2 dan kaki panjang2... Pernah aku terbaca dalam magazine beritahu amalan memakan kimci membantu mereka kekal langsing dan kimci juga membanteras selulit. Betul ke? Kalo betul, lepas ni ramai la penduduk malaysia ni yang akan  mula makan kimci kan...

Kara
So sejak melanggan astro antara fav channel aku adalah C391 -KBSW. Aku suka tgk Gag Concert dan Secrets dan juga drama-drama yang ditayangkan and kalau nak layan lagu2 dia aku tgk Music Bank.

Girls Generation
 P/S : Hopefully budaya masyarakat kita masih terpelihara daripada terpengaruh dengan kedatangan unsur2 negara luar ^__^

Saturday, December 17, 2011

My Precious Part III

So this one yang latest sekali la... 

Masuk Tahun ke-2

Makin - makin lagi lasaknya...

Makin banyak gelagatnya...

Makin suka tersenyum

Makin manja lagi...

Makin kreatif dan inovatif... hehehe

dan.. sekarang... makin menjadi kesayangan ibu dan ayah...

P/S : Sejuk perut ibu mengandungkan mu sayang ^__^

My Precious Part II

Semakin hari semakin pintar anak ibu dan ayah ni. Alhamdulillah... Semoga perjalanan mu di dunia ini sentiasa diberkati Allah s.w.t...

Peralihan tahun ^__^

Mata makin bulat!

Pipi makin layut! Tembam!

Spending time together

Makin panjang akal, makin lasak

Sekali lagi di kojak kan (botak)

Yummy Yummy

Start ke Tadika

Kurus skit sejak masuk tadika

My Little Hero!

Love to smile...

Selamat Ulang Tahun kedua sayang...
P/S : Love you my HERO ^__^

My Precious Part I

Hari ni ada masa terluang sedikit untuk edited gambar si manja sorang ni. Gambar2 ni dari mula azam lahir hingga usia 1 tahun...


Sekejap je rasanya dia dah membesar. Pejam celik pejam celik dah pandai meniarap, menyulor, merangkak, berjalan dan sekarang berlari....
waktu ni kena masuk NICU sebab tak cukup bulan n Jaundis

2 minggu pertama... so tiny ^__^

Mata dah bulat sedikit

Masa ni memang nampak sgt ikut muka ayahnya

Lepas majlis cukur rambut -dah botak-

Makin Montel!

Makin Bulat!

Raya Aidil Fitri pertama di Ipoh

Cutey Pie!

Masa ni memang betul2 Montel!

My Preciuos

Love to smile

Makin lama makin ikut muka ibu kan...

Kojak - lagi sekali botakkan kepala -

Finally ... He is 1 Year Old

P/S : Semakin besar, semakin pintar ^__^

Friday, December 16, 2011

Doktor Oh Doktor

Sebenarnya memang banyak nak cerita kat blog ni, tapi entah la. Macam tak cukup masa je kebelakangan ni. Tapi ada satu perkara yang betul2 buat aku HOT sangat baru2 ni.


gambar sumbangan dari mr google


Seperti biasa la ada appoinment dengan doktor dkt Hospital Putrajaya pada 12/12/2011. Kebetulan hari tu selangor cuti tapi Putrajaya tak cuti. So pagi2 dah pergi hospital Appoinment dgn doktor kul 9pagi. So dalam 8.30 dah ke kaunter pendaftaran. Lepas kaunter pendaftaran kena la tun ggu depan klinik O&G. Dah dekat jam 11.30 baru nurse panggil masuk bilik doktor. Lagi buat aku panas lepas tunggu lama, doktor takde dalam bilik. Kena tunggu lagi 20 minit baru nampak doktor.

Yang buat aku geram tu bila doktor masuk kan no rujukan aku dalam komputer dia, dia terus je ckp kat aku result makmal belum keluar. Aku pun dengan muka terperanjtnya pandang muka nurse dan nurse bagi tahu doktor salah bagi tarikh. sepatutnya keputusan makmal dalam tempoh 3 bulan. Doktor pulak terus suruh nurse buat tarikh temujanji baru. Itu je!!!

Punya la lama aku tunggu itu je doktor tu cakap. Dah la mcm tu takde la pulak doktor tu  nak minta maaf ke apa kan. Rugi separuh hari aku untuk menunggu dekat situ tanpa diperiksa. Last2 aku bagitau doktor aku batuk dalam seminggu dua ni dan mintak dia tolong checkkan paru2 aku takut kena asthma balik. Dengan muka ketat sambil tak ikhlasnya dia check aku tak sampai 1 minit pun dan hanya bagi aku ubat batuk. Tapi aku tahu nurse tu tahu aku tak puas hati and muka dia pun memang nampak rasa serba salah. Lagi buat aku geram, aku tgk dari pagi aku duk nampak mak bapak n seorang lelaki duk mundar-mandir kat depan klinik O&G and sesekali jumpa doktor tu siap bawak bekal lagi. Aku rasa memang mak bapak doktor tu la kan sebab dia ada panggil amma, appa... bla bla bla...

So sebelum aku balik, aku tanya dekat nurse tu siapa nama penuh doktor tu dan aku dengan penuh semangat akan melayangkan surat aduan kepada pengarah Hospital Putrajaya dan cc kepada pihak2 berkenaaan di Kementerian Kesihatan Malaysia kerana kali ni kesabaran aku betul2 tercabar... So doktor, next time jgn la buat kerja sambil lewa...

P/S : Kalau orang tak sakit, takdenya sesaje suka nak pergi hospital tu ^__^!!!

Thursday, December 8, 2011

Sekejap Aje...

Sekejap aje dah nak habis tahun 2011. Rasanya masa berlalu dengan amat pantas. Semua perkara terasa baru je di lakukan tapi tup tup dah akhir tahun. So bila dah dekat2 akhir tahun ni macam2 la program, macam la planning kan.

Biasala bagi yang bekerja sibuk nak habiskan cuti. Bagi kanak2 pulak, sibuk la ajak parents pergi holiday. Aku pun macam biasa la, tiap-tiap hujung tahun, aku semak balik master chek list aku untuk azam tahun 2011. Ha... Alhamdulillah, tahun ni 80% sudah pun terlaksana. Jadi baki lagi 20% tu kena la bring forward to next year. Add up dengan azam tahun baru akan datang, makin berjela-jela la kan.



sumber dr mr google
And biasa la bila hujung tahun macam-macam SALE kan. Yang paling hebat diperkatakan YES! (Year End Sales) Last week Carefour ada buat sales sempena ulang tahun yang ke 17, tgk dalam news paper sales SHARP 40"LCD FULL HD dengan harga RM1299. Mak!!! Murahnya. Bergegas la ke Alamanda Putrajaya, sampai2 tak boleh masuk parking pun! PENUH! Terus pergi Carefour Sri Petaling. HABIS!!! Hmm.. redha je la kan... Hehehehe Ni pun banyak jugak la terlajaknya dalam belanjawan tahun 2011 kan. So hopefully tahun depan dapat merancang dengan lebih berhemah lagi. CEWAH!!!

P/S : Planning something bigger for next year ^__^

Saturday, December 3, 2011

Delicious Food!

Tiba-tiba je aku tering nak makan nasi beriyani la... Adoi... Hehehe terus la ke Hassan's Sidewalk Cafe. Persekitarannya agak selesa dan cafenya juga luas.

Nice Sign

Muka ceria masa mula2 sampai dan duk tunjuk kat label halal

Lauk pauknya tak payah cerita la kan. Memang superb!!! Macam-macam pilihan lauk. Nasi berianinya juga terdapat dalam 2 pilihan sama ada briyani ayam atau briyani daging. Aku pilih nasi briyani daging dan tambah dengan lauk pauk sampingan. Aca timun itu sgt2 sedap OK.

My Choices: Nasi Briyani Daging (dalam nasi ada seketul daging yang besar)

Ayam madu berkuah

Sotong goreng tepung

Ditambah pula dengan air fav aku Teh O Ais Laici... Memang BEST! Azam pulak aku pun tak tahu la.. Macam biasa everytime pergi kedai nasi briyani atau kedai mamak, mesti dapat gula-gula atau coklat dr tokei kedai dan pekerja2 nya. Musykil jugak.. Tapi aku tak pernah la bagi dia makan pun gula2 tu sebab takut gigi rosak dan takut dia akan terlebih hyperaktif...

Teh O' Ais Laici

So Happy dapat Coklat... No No No... Tak boleh makan ye...

So next time boleh la datang lagi ke sini sebab aku rasa servicenya agak bagus, cepat dan pekerjanya semua ramah2.

Saya bagi 8.5/10 markah ^__^

P/S : Mulakan makan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM   ^__^