Monday, November 29, 2010

Lakaran Muka Selebriti Menggunakan Buku Telefon

Just for sharing...  Unik dan cantik... Material from : http://cisdel.com








P/S : Melakar kehidupan ^__^

Sunday, November 28, 2010

Cicak Oh Cicak

Maafkan aku cicak... Aku tahu kau adalah makhluk ciptaan Allah juga. Tapi aku tak tahu kenapa aku geli sangat dengan kau... Mungkin beberapa peristiwa antara kau dan aku dulu, membuatkan aku tak boleh terima kau la cicak... Hmmm... Dulu masa aku tengah solat, tiba2 sepupu kau yang badan hitam dan besar jatuh dekat sejadah aku. Lama aku tunggu dia pergi tapi dia buat dek aje. Sakit hati aku cicak!!! lepas tu dia siap pandang2 aku lagi... Akhirnya aku terpaksa mengalah sebab aku geli!!!

Masa kenduri kawin salah seorang kenalan aku, Aku dengar heboh orang jerit2 kata ada cicak dalam nasi kawah!!! Aduh, meloya tekak aku ni cicak oii... Tak tahulah sepupu kau yang mana pulak yang terkorban tu... Aku juga masih ingat aku dimarahi oleh mama sebab aku terlupa tutup bekas menyimpan air masak, yang mana kau dah berenang2 sampai kembang badan kau cicak!!! Bukan air masak je aku buang, dengan bekas2 air masak tu sekali aku buang!!!

Sekarang ni pun kau masih cari pasal dengan aku ye cicak... Kau berak merata2 dalam rumah, luar rumah... Eiii geram betul aku dengan kau cicak! Walaupun aku tak suka kau, aku ada belikan hadiah juga utk kau. Semalam aku dah beli PENYEMBUR CICAK dan GAM PERANGKAP untuk hapuskan kau! AWAS KAU CICAK!!! Hahahaha @__@



Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia).

Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.

Kepada yang lebih a'rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan...

P/S :  Aku memang tak suka CICAK!!!

Saturday, November 27, 2010

Peringatan Buat Diriku ^__^!!!

TV? Semua pun tahu apa itu tv. Semua org suka tgk tv. Aku pun suka tgk tv. Tapi yang membezakan kita, rancangan apa yang kita lihat? Macam biasa aku juga sama dengan manusia2 ciptaan Allah yang suka dengan hiburan, namun aku juga suka menonton rancangan2 ilmiah. Mungkin perlu lebih diseimbangkan antara hiburan dan ilmiah. ^__^!!! Atau mungkin lebih baik, jika dapat dilebihkan ilmiah dari hiburan kan?

Sebenarnya, aku just nak share tentang sesuatu yang aku baru tahu, agar orang lain pun boleh tahu dan mempraktikkannya. Malam khamis selalu juga aku luangkan masa tengok rancangan Semanis Kurma. Antara tajuk yg menarik "Tips 8P ke arah Rumah Tangga Bahagia" Mari sama2 kita amalkannya...



1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu ;

1. Membaca surah Al-Imran ayat ke-31, atau
2. Membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah, dan apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

P/S : Bagaimana dengan anda? Anda ada petua anda sendiri dalam memastikan keharmonian rumahtangga yang dibina? Kongsilah bersama ...

Dosa terampun bila isteri bersalaman dengan suami

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya. ”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.


Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.


Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.


Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

P/S : Aku sentiasa menjadikan ibubapaku sebagai contoh kerana mereka saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain dalam keadaan susah dan senang.

Friday, November 26, 2010

DR. SAIFUL AZAM ISKANDAR

Last week jalan2 dengan hubby n Azam dekat Alamanda. Dan tiba2 terhenti dekat satu bahagian yang mana amat menarik minat kaum2 ibu ni... Aku pun sama2 tertarik mendekati tempat tersebut... WOW!!! Contest utk baby 2 tahun ke bawah!!! Apa lagi punya lah excitednya aku masa tu sebab dah lama sebenarnya teringin nak tangkap gambar Azam dekat studio... Mula2 tu malas pulak sebab ramai sangat orang, So pusing2, jalan2 dulu pastu patah jugak balik kat situ... Dan inilah hasilnya... 


Eh, sangkut pulak stethoscope ni
Dr kena senyum selalu   ^__^
Ada gaya model tak?
Dr. Saiful Azam Iskandar (18 bulan)


P/S : Semoga Azam menjadi insan yang diredhai dan diberkati Allah di dunia dan akhirat... InsyaAllah

Thursday, November 25, 2010

Working Woman --> Full Time Housewife ...

Hmm... Mulanya aku anak kepada En. Dahalan dan Pn. Yong yang punya cita2 tinggi... Belajar dalam bidang pengajian Kejuruteraan Elektrik,  bekerja sebagai Engineer dan Consultant. Kemudian aku berkahwin dengan seorang lelaki yang amat menyayangi aku dan tak lama kemudian aku disahkan hamil. 9 bulan berlalu aku telah melahirkan putera sulung kami. Lepas itu, isu menjaga anak menjadi satu kebimbangan. Oleh kerana Azam yang lahir tak cukup bulan dan mengalami sedikit komplikasi, aku dan suami berbincang dan akhirnya aku setuju melepaskan jawatan aku sebagai WORKING WOMAN kepada FULL TIME HOUSEWIFE!!! At least hingga Azam dah besar sikit...

Banyak juga kritikan yang aku terima... Antaranya.... " Penat2 belajar tinggi2... lepas tu duk umah jaga anak je..." atau " Rugi je belajar tinggi2 , akhirnya duk kat dapur..." Uisshh memang berdesing jugak telinga ni... Tapi aku beristigfar dan dah pikir masak2 sebelum membuat keputusan. Parents dan in laws menyokong keputusan kami 150%... 

Orang luar mungkin boleh kata apa saja sebab mereka tak berada di tempat kita. Namun aku tak kisah apa yang org nak kata. Aku anggap ini adalah cuti panjang untuk aku berehat dirumah dengan anak dan melihat dia membesar depan mata aku sendiri... Dari meniarap, menyusur, merangkak, bertatih, berjalan dan skrg dah pun berlari...  



Aku respect ibu yang bekerjaya... kerana mereka pandai membahagikan masa antara kerja dan rumahtangga... Aku juga respect ibu yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa kerana aku sendiri dah merasainya bagaimana menguruskan rumah tangga 24/7. Jadi jangan lah kita cepat sangat menilai orang lain. Kan lebih baik muhasabah diri sendiri agar mendapat keredhaan Ilahi di dunia dan akhirat nnt...

P/S : Aku mungkin akan menjadi ibu bekerjaya semula jika rezeki ku ada di luar sana, dan aku juga tidak kisah menjadi suri rumah sepenuh masa jika rezeki ku adalah bersama anak-anak    ^__^

I' am back with my blog



Hmmm... tak tahu apa yang tersirat dan apa yang tersurat... Lama dah tak mencoret sebenarnya... Dulu-dulu selalu blogging menggunakan laman sosial yang lain, namun dek kerana hari ni blogspot yang berada ditangga teratas, aku ikut aliran semasa, mengikut perkembangan dunia IT... So happy reading everyone... :)