Assalamualaikum,
Sekian lama tinggalkan blog ni. Hilang minat barangkali? Kekangan masa? Malas? Atau apa?
Entah!
Mungkin semua di atas.
Skrg di socmed semuanya cepat. Berita, gosip, ilmu di hujung jari. Sebutkan saja FB, IG, TWITTER dan lain2 pasti kebanyakan dari kita ada semuanya.
Jadi apa faedahnya dgn blogging?
For me?
Saja2 suka untuk sharing.
حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, dan sebaik-baik penolong kami."
Friday, June 21, 2019
Wednesday, May 24, 2017
Setelah sekian lama...
Lama nya tak menulis di sini. Kekangan masa menguruskan anak3 dan juga business sendiri. Alhamdulillah... cita2 nak jadi suri rumah sepenuh masa di makbulkan Allah setelah 8 tahun bekerja. Dulu 2 tahun bertahan jadi suri rumah sepenuh masa sebelum kembali bekerja. Tapi kali ni InsyaAllah berpanjangan untuk bekerja di rumah demi menguruskan anak2 dan keluarga...
Sunday, August 17, 2014
Reset Ninetology i9500 Android Phone
Sekarang di Malaysia agak popular juga phone Android keluaran daripada Ninetology, tetapi agak kurang info untuk reset/ hard reset. Di sini lix nak kongsi dengan korang cara dan panduan untuk reset phone android ninetology model i9500. Teknik ini juga mungkin boleh di guna untuk model-model ninetology yang lain.
Mulakan dengan mematikan telefon korang dulu.
1. Tekan buttang volume UP dan DOWN serentak di ikuti dengan butang Power jangan lepaskan ketiga-tiga butang ini sehingga terpapar di skrin
Recovery Mode: Volume Up
Factory Mode: Volume Down
2. Selepas nampak tulisan seperti diatas lepaskan ketiga-tiga buttan tadi.
3. Tekan sekali buttang volume up, tunggu sehingga phone siap boot dan tunjuk “Android system recovery <3e>”
4. Gunakan buttang volume down untuk memilih option “wipe cache partition”
5. Kemudian touch pada butang hadapan sebelah kiri sekali
6. Tunggu sehingga siap, kemudian pilih pula “wipe data/factory reset”
7. Tekan sama seperti di langkah no 5
8. Tunggu sehingga siap, kemudian pilih pula “reboot system now”
9. Tunggu sehingga reboot siap dan korang sudah boleh guna semula phone korang. Semua data dalam phone termasuk lock akan di reset semula.
CARA ROOT NINETOLOGY BLACK PEARL 2

Ok. tak nak bebel panjang.. Ada banyak kepentingan bila anda root handphone Ninetology Black Pearl 2 ni.. antaranya :
a) Dapat delete applikasi yang tidak perlu
- Ninetology black pearl 2 didatangkan sekali dengan applikasi Go Launcher Ex Pro yang merupakan salah satu full set interface yang cantik untuk sistem android. Go Launcher Ex Pro mempunyai anak beranak dia untuk melengkapkan kecantikan interface setiap sudut function seperti Go Widget, Go Weather, dan segala applikasi yang mempunyai perkataan Go didepan.. hehehe..
b) Dapat membesarkan internal storage
Selepas anda root handphone anda, anda akan nampak perubahan ketara pada internal storage. Cuba anda lihat internal storage di bahagian Setting >> Apps , di bawah anda akan nampak berapa jumlah internal storage yang anda ada. Sama tak macam yang saya ada seperti gambar di bawah?
c) Boleh buat custom rom
Sebelum ni untuk handphone samsung ramai yang root sebab nak buat custom rom. Tapi untuk Ninetology Black Pearl 2 aku tak buat pun custom rom. Sebab buat masa sekarang aku dah suka dan cukup bagi aku untuk rom yang sedia ada …so tak payah buat custom rom.
Cara Root Ninetology Black Pearl 2
1) Download kedua dua file di bawah
- Usb Driver- http://www.mediafire.com/download.php?0hpmwb57eho9a87
2) Extract ke dua dua file ke DESKTOP atau mana mana partition untuk memudahkan anda
3) Tukar Display Sleep Mode Timing
- Ambil handphone anda, tukar sleep mood timing kepada 10 Minit. Caranya pergi bahagian Setting >> Display >> Sleep >> 10 Minute
- Aktif Unknown Sources – Pergi bahagian Setting >> Security >> Scroll down >> Tick Unknown Sources
- Aktif USB Debugging – Pergi bahagian Setting >> Developer Option >> Tick USB Debugging
5) Sambungkan USB cable pada PC dan Handphone anda
6) Update Android Composite ADB Interface
- Balik semula pada PC atau Laptop anda untuk update Android Composite ABD Interface supaya Handphone anda dapat di baca oleh PC atau laptop
- Pergi ke My Computer atau mana mana folder.. Klik Kanan pada My Computer >> Manage >> Device Manager
- Di sebelah kanan anda akan nampak Other Devices yang mengandungi Android Composite ADB Interface dan simbol warning yang menandakan driver tersebut belum di update.
#sekiranya anda tak nampak warning / tiada Android Composite DB Interface disitu @other devices itu bermakna driver tersebut sudah di UPDATE, so skip bahagian ni. kebiasaannya berlaku pada mereka yang pernah root Ninetology pada handphone sendiri dan nak buat untuk telefon orang lain menggunakan PC/Laptop yang sama.
- So anda klik kanan pada Android Composite ADB Interface dan klik UPDATE..
- Browse file >> cari semula file USB Driver tadi >> Klik OK >> Install.

— KLIK untuk Besarkan Gambar. Gambar sebelum, tiada warning dan ADB interface sebab saya dah update di laptop saya. So gambar selepas, adalah ADB interface yang patut ada. Tidak kisah kalau dia tulis Android Device/Samsung Device.
7) Lakukan ADB Service
- Pergi ke File Root yang anda dah extract tadi. Open Folder Root >> Staff .. double klik untuk run ADB.exe.
8) Lakukan Runme.bat
- Pergi ke File Root seperti tadi , double klik Runme.bat seperti gambar di bawah.
Selepas keluar window seperti di atas, follow step ini
a) Tekan 1 untuk memilih Normal Mode dan ENTER
b) lihat pada handphone ada dan tekan RESTORE MY DATA (abaikan password yang di minta)
c) Handphone anda akan automatik RESTART / REBOOT
9) SuperSU applikasi menandakan anda BERJAYA ROOT!!
10) Uninstall applikasi yang tak berguna atau tak di gunakan

— SuperSU dalam handphone Ninetology saya selepas berjaya Root dan satu lagi tanda anda berjaya root adalah gambar pertama tadi mengenai Internal Storage.
a) Download Link2SD di Google Play
b) Akan keluar satu notification untuk memilih DENY atau GRANT.. Sila pilih GRANT
c) Applikasi yang di install pada handphone Ninetology Black Pearl 2 anda akan di senaraikan.
d) Tekan lama lama applikasi yang hendak di Uninstall dan klik Uninstall.
e) Aku cadang kan uninstall applikasi tak berguna seperti Go Launcher Ex Pro dan anak anaknya, M-warranty, Q-Doctor, Q-Browser, dan lain lain yang tak berguna..
Haaaa.. dah siap… Satu lagi cara untuk kurangkan penggunaan bateri handphone Ninetology Black Pearl 2 anda adalah force stop running applikasi selepas selesai menggunakannnya.. Aku lebih suka force stop dan tinggalkan aplikasi ini sahaja untuk di Running
#psst: jangan lupa tukar Display Sleep Mode anda, yang anda dah tukar masa step ke 3. .. kang tak tidur handphone anda..
Saturday, November 23, 2013
Muzium Alam Semulajadi Putrajaya
Hari ni bawa anak2 ke Stadium Alam Semulajadi Putrajaya. Azam memang suka tgk haiwan dan tumbuhan. So pagi2 lepas brekfast di luar off we go. Sampai terus parking kereta kat basement. Percuma saja. Then naik ke tingkat atas (lobby) bayar tiket. RM2 untuk orang dewasa dan percuma bagi kanak2 di bawah usia 12 tahun.
Tak pasti samaada muzium ini buat pameran ikut musim ke apa. Tapi masa kitaorg pergi mmg ada banner Malaysia Mammals Exhibition. So mmg mammls la semuanya kan. But there is also Pameran Katak & Kodok. Mr H kata nak tgk Buaya Puchong tapi rupa2 nya dah habis dah pameran tu...
Tak luas sangat. Tapi berbaloi la jugak bawa diorang pergi sini sebab kadang2 anak2 zaman sekarang ni tak pernah tgk haiwan hutan secara dekat. Haiwan2 ni banyak yang asli dan di awet. Bukan patung atau replika. So tak bleh sentuh tau. And ianya selesa sebab berhawa dingin dan juga ada tandas di dalam muzium di kedua2 tingkat.
P/S : Boleh la luangkan masa dengan anak-anak di musim cuti sekolah ni kan.
Thank you for reading this entry...
Simplest Resepi : Butter Chicken
Yeay kali kedua buat butter chicken tapi kali ni lebih ringkas. Yang dulu first time buat butter chicken mmg la ikut sukatan kan. Yang sekarang main campak2 aje bahan2nya. Ikut apa yang ada dalam peti ais je la...
1. Cairkan 2 sudu besar mentega.
2. Tumis kan daun kari, bwg putih, cili padi dgn mentega tadi.3. Bila dah naik baunya, masukkan setengah tin susu cair dan 2 sudu susu pekat.
4. Lastly masukkan ayam yg dah di goreng. Tambahkan sedikit lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Apalagi... Makan la!!
P/S : SELAMAT MENCUBA
Thank you for reading this entry
Sunday, November 10, 2013
The Grato
Alhamdulillah... sekian lama nak sangat pergi dekat Restoran The Grato (RTG) ni. Since tengok dekat rancangan Jalan2 Cari Makan dkt TV3. So google2 la pasal RTG then tgk2 ada dua tempat. Satu di Seksyen 3 Bangi dan satu lagi di Seksyen 7 Bangi.

Since lebih familiar dgn Seksyen 7 kami pun meronda la ke sana. Sampai saja di Restoran Suasana, rupa2nya RTG dah takde lagi dekat situ. Yang ada hanya di Seksyen 3. So lepas ni siapa yang berminat nak cari RTG terus je ke Seksyen 3 Bangi OK...


Sampai2 lebih kurang jam 8 malam. Menu diambil oleh anak2 muda yang sopan dan ramah mesra. Menu yang kami pilih pun simple and apa yang aku tgk dalam rancangan JJCM tu je la kan.. Tak lama kemudian menunya sampai and it was SUPERB!!!

Beef Lasagna with Mushroom Sauce (RM11.90)

Lamb Chop Black Pepper Sauce with Pasta (RM 9.90)

Sizzling Lamb Cop with Mash Potato (RM12.90)

Chicken Carbonara Pasta (RM7.90)
Semua sedap. Tapi yang paling sedap adalah Chicken Carbonara dia. THE BEST so far... Dan harganya sangat2 berpatutan. Service juga cepat. So bleh la tgk2 menu ni. Ada banyak lagi option yang lain tapi sebab ni pun dah rasa kenyang tak leh nak order banyak2 sangat.
Next time bleh pergi lagi with different menu...
![]() |
| Tak ingat dah nama air ni apa |
![]() |
| Ibu go for Watermelon Juice |
Next time bleh pergi lagi with different menu...
![]() |
| Pelbagai Menu dengan harga yang berpatutan |
So ni alamatnya:
ISNIN hingga SABTU (5:30 petang hingga 11:00 malam)
TUTUP PADA HARI AHAD.
The Grato
No.12 Jalan 3/7,
Seksyen 3,
Bangi Perdana,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
*Shoplots berhadapan Surau Bangi Perdana.
JUMAAT hingga RABU (6:30 petang hingga 11:00 malam)
TUTUP PADA HARI KHAMIS
*Shoplots di hadapan stesen minyak Shell dan JPJ.
Subscribe to:
Comments (Atom)
























